Wednesday 5 June 2013

D'KALA TERSENYUM & SENYUMAN

SENYUMAN, "jika TIDAK PUNYA HARTA DAN  ILMU senyuman dan kata-kata yang baik juga merupakan sedekah yang mampu untuk kamu laksanakan".
 
Salam, salam, salam... tajuk ilmu kita hari ini SENYUM.  Bukan mudah untuk kita memberi senyuman pada orang yang tidak dikenali.  Ibarat telan ubat yang kelat..... senyum?, tak senyum?, senyum...?, tak!?!
So.. untuk memudahkan amal senyum kita let post to minda  "senyum aku ini adalah sedekah"(senyum simpul-simpul okay). Tuan badan pun seseorang yang tidak mudah senyum coz alignment gusi, mulut, plus muka orang susah nak senyum too ;).
 
 
..Senyum itu satu Sedekah...
Rasulullah S.a.w bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar).
 
Kita selalu mengharapkan orang senyum kat kita dulu kan? Pastu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang kat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman.  Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta illahi, lepas senyum kena baling tomato dengan petola pun, kita tak kisah kot. Kot la, insyaAllah ;D. Let’s do it for the sake of Allah J


Let mengislahkan diri
* Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.
 
* Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.
 
* Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~
 
* Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata je ~
 
* Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~
 
* Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. Beghat nanang~


Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri dekut untuk memberikan sesuatu? Guana konsep tu?
Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan.  Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..


* Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

* Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Betapa sombongnya..


 
 Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti. Kalau ada siapa-siapa yang kena tegur, jangan teruih taboh ja orang tu. Pandang dengan mata hati. Allah hantaq seseorang tu untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupanya.!.


P E A C E
Hamdan Lillah J
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment