Tuesday 25 June 2013

D'KALA MY SWEETIES JUNE

SALAM, SALAM, SALAM..... 



SLAMAT HARI LAHIR MU'AZZ..


Mummy doakan Mu'azz menjadi anak yang soleh,
(pleaselah solehah untuk akak Echa you auwwww.... )
 
 
2 thn on board - (22/6)
 
.... tersimpan di sudut hati ini satu pesanan buat mu anak :
Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan
sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman
kita kepada
ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga.
Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka
tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar.
Lihatlah dengan mata hati.
Siapa kita untuk menilai sesuatu?
Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.

Hargai & syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.
Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.
Kita mencintai Allah & Allah menghantar orang-orang yang dicintai-Nya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.
didik diri untuk memberi walau hanya dengan
seukir senyuman biarpun kita lapar
sebiji karipap biarpun kita kekurangan
seteguk air biarpun kita haus
sekelumit tenaga biarpun kita penat.
InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah.
Sama-sama berdoa agar diri sentiasa istiqamah di jalan-Nya =)
 
"pakcik, makcik tolongla kami anak-anak palestin! ;)
 
"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba hamba-Kuyang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
SELAMAT HARI LAHIR MAKTOK
Mu'azz and makcik memang ada chemistry..., rupa-rupanya Mu'azz berjiran selang sehari tarikh lahir dengan makcik. Trima kasih banyak-banyak makcik kerana menjaga dan melayan karenah askar kenit cheq nih. Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta......  
 
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta & menghilangkan kekotoran hati."
(Riwayat Imam al-Tabrani)

 
"Mu'azz jom cari hadiah untuk maktok @ makcik"  ;)
 
 
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
SELAMAT HARI LAHIR NONI
 
Eh, hari ini? Tarikh lahir teman baikku. Teman dari zaman sekolah lagi. Dalam fikiran mula terfikir apakah hadiah yang ingin diberikan kepadanya nanti. ;) Cool doter, cool mummy... and 'water cooler' as a frez too..... cool sungguh cheq ni. Present kat Noni last bila?, (senyum lebaq Noni dengaq statement cheq ni :), tapi 25hb Jun cheq tak pernah lupa Hari Lahirmu sahabat. Yang slalu lupa hadiah muuuu... sowiiiiiii.
 
Selamat Hari Lahir Temanku Noorhuzaini Udzir. 
 
Doa & Harapan
 
"Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kita bina dengan rasa kasih & sayang. Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagi hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan ini".
 
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian, aku berdoa bahawa akan kita dipertemukan semula dengan sahabatku ini oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi ~ In sha Allah.
 
"Cintailah sahabatmu kerana Allah Halawatul Iman dapat kita nikmati..." Ketahuilah bahawa, memiliki seorang sahabat sejati adalah lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri"
 
 
HAPI BIRTHDAY TO YOU SAHABAT, lebiu  
 
 
 
 
P E A C E  'JUN'

 

 


 
 
 
 

No comments:

Post a Comment