Wednesday 29 May 2013

D'KALA MEMBANGUN OPTIMISME DENGAN SIKAP POSITIF

 
I'M TOO POSITIVE TO BE DOUBTFUL
TOO OPTIMISTIC TO BE FEARFUL
AND TOO DETERMINED TO BE DEFEATED
 
 
"Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri." Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Skop OPTIMISME & POSITIF sangat luas, stop with the if ONLY's and start with I will. 

ORANG menjadi kuat, pada dasarnya kerana mentalnya kuat. Orang menjadi lemah, kerana mentalnya lemah. Begitu juga, orang sukses, kerana ia memiliki keinginan untuk sukses. Dan orang yang gagal, kerana ia berbuat gagal. Dalam hal ini, ada keterangan yang menyebutkan bahawa: “Orang yang kuat lebih disukai dan lebih baik dari orang yang lemah.” Jadi, manusia tangguh dan kuat itu, sudah seharusnya menjadi cita-cita kita dalam rangka mengabdi kepada-Nya.
 
Dalam hal ini, kesuksesan menurut pandangan agama Islam itu memiliki dua syarat pokok.
Yakni iman dan ilmu
 
Kedua hal ini, kalau kita kaji secara rinci, jelas-jelas memiliki pengaruh sangat besar dalam kehidupan manusia. Dengan kuatnya iman seseorang, maka ia akan sangat berpengaruh terhadap kualitas kehidupan manusia. M. Ridwan IR Lubis, menyebutnya ada tiga pengaruh iman yaitu berupa:
kekuatan berfikir (quwatul idraak),
kekuatan fisik (quwatul jismi), dan
kekuatan ruh (quwatur ruuh).

Sedangkan menurut M. Yunan Nasution, mengungkapkan bahwa pengaruh iman terhadap kehidupan manusia itu berupa: iman akan melenyapkan kepercayaan kepada kekuasaan benda; menanamkan semangat berani menghadapi maut; membentuk ketentraman jiwa; dan membentuk kehidupan yang baik.

Menyikapi keadaan seperti saat ini, kita seharusnya tidak menjadi pesimis dan berserah diri. Kita harus optimis dan selalu berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini. Sehingga untuk menjadikan peribadi pantang menyerah dan tangguh ini, maka dalam diri kita harus tertanam sikap optimis, berpikir positif, dan percaya diri.

Setiap manusia harus memiliki optimisme dalam menjalani kehidupan. Dengan sikap optimis, langkah kita akan tegar menghadapi setiap cubaan dan menatap masa depan penuh dengan keyakinan. Kerana garis kehidupan setiap manusia sudah ditentukan-Nya. Tugas kita adalah hanya berusaha, berfikir dan berdoa. Atau kita harus luruskan niat dan sempurnakan ikhtiar.

Sedikitnya, ada tiga pengaruh dari sifat optimisme bagi kehidupan manusia.

Pertama, optimisme dapat menumbuhkan cinta akan kebaikan di dalam diri manusia dan menumbuhkan perkembangan baru dalam pandangannya tentang kehidupan.

Kedua, optimisme mampu mengurangi sejumlah problem dalam kehidupan manusia. Wajah-wajah optimis akan memancarkan kebahagiaan. Tidak saja pada saat mencapai kepuasan, tetapi dalam segala situasi.

Ketiga, orang yang menjadikan sifat optimis sebagai bagian dari kehidupannya, maka akan tumbuh kepercayaan di antara anggota masyarakat. Dan kepercayaan tersebut merupakan sebab yang mendesak dalam memulihkan dan memajukan umat (bangsa) yang sedang “sakit” seperti saat ini.
Setelah kita mampu bersikap optimis, lalu pula fikir kita juga harus dibiasakan berfikir secara positif dan percaya diri. Berfikir positif kepada siapa?
 
Berfikir Positif Kepada Sang Pencipta
Setiap kejadian, peristiwa dan fenomena kehidupan ini pasti ada sebab musababnya. Artinya segala kejadian di dunia ini telah Allah atur dengan secermat-cermatnya. Tinggal bagaimana kita menyikapi setiap kejadian itu melalui akal dan pikiran yang dilandasi dengan ilmu-ilmu Allah.

Jadi, tugas kita, hanya berpikir dan membaca. Ada apa dibalik semua itu? Lalu, kita mengambil pelajaran dari setiap kejadian tersebut dan selanjutnya mengamalkan yang baiknya dalam perilaku keseharian.

Berpikir Positif Terhadap Diri Sendiri
Setiap manusia, dilahirkan sebagai pribadi yang unik. Kerana bagaimanapun wajah dan sifat kita mirip dengan orang lain. Tapi, yang jelas ada saja perbedaan antara keduanya. Sifat dan pribadi unik itu, harus kita jaga. Itu adalah potensi positif, modal dasar untuk mencapai keleluasaan langkah kita dalam menjalani kehidupan ini. Bagaimana orang lain akan menjunjung kita, kalau diri kita sendiri meremehkan dan tidak ‘mengangkatnya’.

Selain itu, kita juga harus yakin bahwa kita dilahirkan ke dunia ini sebagai sang juara, the best. Fakta membuktikan, dari berjuta-juta sel sperma yang disemprotkan Bapak kita, tetapi ternyata yang mampu menembus dinding telur Ibu kita dan dibuahi, hanya satu. Itulah kita, “sang juara”. Hal ini, kalau kita sadari akan menjadi sebuah motivasi luar biasa dalam menjalani hidup ini.

Berfikir Positif Pada Orang Lain
Orang lain itu, manusia biasa sama dengan kita. Dia mempunyai kesalahan dan kekhilafan. Yang tentu hati nuraninya tidak menghendakinya. Pandanglah, orang lain itu dari sisi positifnya saja dan menerima sisi negatifnya sebagai pelajaran bagi kita.

Belajarlah dari seekor burung Garuda. Ia mengajarkan anaknya untuk terbang dari tempat yang tinggi dan menjatuhkannya. Lalu jatuh, diangkat lagi dan seterusnya sampai ia bisa terbang sendiri. Hati Garuda juga bersih, tidak mendendam. Ia kalau waktunya bermain “cakar-cakaran”. Tapi, kalau di luar itu ia akur, damai kembali.

Berfikir Positif Pada Waktu
Setiap manusia diberi waktu yang sama, dimana pun dia berada. Sebanyak 24 jam sehari atau 86.400 detik sehari. Waktu itu, ingin kita apakan? Kita gunakan untuk tidur seharian, kerja keras, mengeluh, berdemontrasi, bergunjing, santai, menuntut ilmu, menolong orang lain, melamun, ibadah, dan lainnya. Waktu itu tidak akan protes. Yang jelas, setiap detik hidup kita akan diminta pertanggungjawabannya kelak. Bagi mereka yang biasa mengisi waktunya dengan amal-amalan saleh/kebaikan dan berada dalam keimanan, maka ia akan memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Akhirnya, untuk memaksimalkan potensi optimisme yang ada pada diri seseorang, kuncinya adalah diri kita perlu dibangun dengan kebiasaan positif. Dan kita berdoa, agar Sang Penguasa diri ini memberi kemampuan kepada kita untuk membangun pribadi yang tangguh dan pantang menyerah.
 Amin. Wallahu’alam***
 
 
AL-KISAH TABIAT YANG BERPOSITIF
(Lelaki dan Jadual Penerbangannya)
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!" Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!" "Bagus!" Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?" "Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu." Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!" Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!
 
kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan"
"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."
 
 


Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah
 
 
 
 

Tuesday 28 May 2013

D'KALA 'YES' 'NO' & 'YES' 'NO'

SALAM... SALAM... SALAM...,
 
Pejam celik, pejam celik..Musim raya bakal menjelma lagi. Hanya berbaki beberapa bulan sahaja. Sebagai persediaan kebanyakan orang dah mula berduyun-duyun mencari dan menghantar kain ke kedai jahit untuk dibuat baju raya. Ada yang nak pakai sedondon satu family, tak kurang juga yang sukakan fesyen lain dari yang lain. Jika diikutkan peredaran masa, kaum wanita lah yang bakal berdepan dengan masalah nanti. Masakan tidak, kos upah jahit untuk sepasang baju kurung wanita sahaja dah mencecah hampir RM50-60. Itu baru sepasang, belum lagi berpasang-pasang..alamatnya botak lah kepala time nak bayar nanti.
 
Bila sebut bab bayar mula lah nak pikir cari tailor yang murah-murah. Hello.. baju nak grand bayar nak ciput-ciput, banyak la lawa. Sebab tu ada pepatah berkata (sendiri kata) banyak keluar duit bayar, banyak la lawa dapat. Nak lawa semua kena bayar naaa. Now garu kepala nak cari tailor or nak jadi own tailor.

Sebut pasal tailor, dulu lepas habis SPM cheq belajar menjahit sat... Baju kurung, PAS. Seluar & Kemeja, PAS. Baju Kurung Moden, PAS. Skali masuk part Skirt n Blazer cheq jait skali dengan tangan cheq ni... pas pada kejadian tu cheq stop menjait sampai la. Adoi laaaaaaaaaa.... nak kena p ambik ayaq tawar nak buang geruh ni, baru jin jait masuk balik dalam badan cheq ni. Entry menyaikokan diri kembali menjahit. 

Now ada teknik belajar menjait di zaman moden ni tak payah tunggu jin jait masuk, zaman canggih serba moden ni semuanya dihujung jari. Kalau setakat baju kurung, rujuk sahaja ebook ini. Sesuai untuk sesiapa yang inginkan belajar bagaimana hendak menjahit baju kurung dengan cara yang betul. Bermacam-macam teknik diajar bermula daripada teknik mengambil ukuran sehinggalah teknik menyiapkan kemasan akhir. Semuanya dilengkapi dengan ilustrasi, gambar sebenar dan penerangan secara terperinci yang mudah difahami. Untung-untung bila dah pandai jahit baju kurung sendiri nanti, bolehlah buat side income pula. Tukarkan ilmu yang ada itu kepada sesuatu yang boleh mendatangkan pulangan dan keuntungan buat diri sendiri. Bukan ke seronok tu. Ilmu dapat, duit dapat, jimat kos pun dapat.
 
 
 
Sapa-sapa yang tringin nak menjait tapi mood tak masuk-masuk lagi pa kata kita selak-selak belajar, and then try buat baju sendiri dulu. Dah tera kita boleh buat baju yang kita suka. Cheq tengok yang pro-pro buat baju letak kain atas patung tudia gunting zup zap, zup zap senang saja....ambik tempek-tempek, jait bagi cantum-cantum kemudian baru buat kemasan. Syok tengok pro-pro menjahit baju..... Moga-moga leh zup zap, zup zap juga, kembalikan aku...
 
 

Tengok baju ni rasa la lani nak menjait baju
yes or no?
 

 
Cheq suka paten yang simple-simple
Baju simple tapi menjahit tak dak yang simple-simple.
Kena ikut prosedur dasar baju.. ishhhh!
yes or no?
 
 
berjalanlah masuk ke dalam diri ini
supaya dapat ku jadikan sepasang kurung moden
untuk ku kali ini, pleaseeeeeeeeeee!
yes or no?
 
 
 
PEACE YOOO.. YOOOO..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 22 May 2013

D'KALA SATU PERKONGISAN


ADAB MENGUAP
BETULKAN YANG TERBIASA
&
BIASAKAN YANG BETUL
 
Pepagi yang harmoni ni ZK just want to share sedikit ilmu yang kita tahu kena buat tetapi tujuannya kita terlupa ambil tahu. Tujuan disamping niat ganjarannya pahala. So kita ambil tahu ilmu pasal adab menguap. Why kena tutup mulut rapat-rapat. Membayangkan tuan badan menguap tak tutup mulut fuyooo hudohhhhhhhh. To save tuan badan letak gambar baby tomel tu menguap, letak my gambar wale.. wale.. laliiiiiiii semua maaa.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r a., daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin & membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya."

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci mengangkat suara ketika menguap & bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah SWT."
 
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana
memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
 
Bila mana terasa nak menguap kita cuba :
. menahan menguap sekadar termampu
. meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
. makruh mengangkat suara ketika menguap 
 

LET MENGISLAHKAN DIRI
 

 
 Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah
 
 

 
 
 
 
 

 

 



Tuesday 21 May 2013

D'KALA 'HOT' HARUMANNYA

 Salam, salam, salam....

Salam aciluttt HOT! Mari-Mari ni  ada HOT.. HOT.. punya story. Tapi ini lagi HOT dari kes tangkap-tangkap sana sini. Ini HOT leh kasi hidung banyak sumbatttt, mari.. mari.. bikin HOT...
 
Awai hari ni cheq kasi HOT. Saja buat gempaq sat. Entry just nak sharing-sharing pasai perfumes & Air Fresheners brand HOT. Coz dah sebulan lebih guna pewangi ni dekat rumah baru tau produk haruman muslim & 100% bumiputera. Sabit la wangi dia ala-ala nak macam bunga-bunga asli, tak tengit, hidung suka kira perfumes ni ok la. Selalu suka bau roses, lavender macam bau dekat kedai english-english tu. Tapi la ni dari English kita pe Islamic pulakkk.. :)
 
Home perfumes : Jasmine

komen cheq : ok, baunya asli bunga meluq

tapi botol kecik, nanti cepat abis
 
esok abis cheq D beli lagi na.... yang tu cheq suka.
Comei cam kak ton dak home perfumes ni? (pinjam tagline kak ton na)

SEDIKIT INFO :
Terdiri daripada bauan English Rose untuk para peminat English style, Green Apple yang menyegarkan, Lavender yang mampu memberikan ketenangan, Lemon Tree yang ceria, Strawberry yang manis dan White Gold yang elegan. Berharga RM10 setiap satu, pembelian anda berbaloi-baloi kerana pewangi 8ml ini, minimum boleh bertahan selama dua bulan.
 
ooo... ada iklan ka?
jom tengok sama-sama.., apa lagi HOT!



Selamat harum haruman, daaa....
 
PEACE YO..YO..
 
 

D'KALA ADA KALANYA

Salam, salam, salam,


selalu terimpi-impi,
terbayang-bayang,
terangan-angan,
termenung-menung,

termengelamunku
 Kita hidup saling memahami antara satu sama lain tanpa perlu berburuk sangka. Bukankah bahagia?
 
bilamana diamku bertukar dalam satu bisikan
D O A
bagaimana diam itu menjadi doa?
kerana yang sedang mendengarkan itu DIA (Allah).
dan kerana harapan untuk melihat kamu mampu berbahagia,
tanpa air mata dan sesal dalam jiwa,
itu adalah doa. :)



"Da'wah is not about to preach hard but to reach their heart"...
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday 17 May 2013

D'KALA ASKAR BUAT CERITA LAGI

Salam.. salam.. salam..,
 

3, 4, 5 menjak ni memang rasa nak meroyan sat. Meroyan dekat Askar kenit ni. Adoi la.... Dulu dia layan pin-pin (Upin Ipin) takat kol 9 10 malam saja. Sekarang dah melarat ke 11, 12, 13, 14. 14 tu 2 pagi la.., Huwaaa... Caya tak? Sebab sampai ke 2 pagi la omak kau nak meroyan ni... Macam-macam teknik, tektik dan tempek sampai tercekik sora ni malam-malam buta dok suh Askar kenit ni tidor. Jiran tetangga tidor lena tiba-tiba dengaq sora cheq dengan dia saja. Sorang terpekik-pekik, sorang lagi teriau-riau. Cheq tangkap gambaq ni tunjuk bukti kat Mr daddy why lately ni cheq meroyan sampai ke pagi. 



cewahhh.. kau boleh tersenyum nooo kol 1 tuuuu
 
 
dia tak suka tgk pin-pin dekat sini tecik...slamat kakak
 
 
 
 
macam mana den tak meroyan tengok... elekkkkkk jer dia layan
 
 
 
muaz, meh kita main games sama-sama
 

game-game dia tak layan... fesyen dia tgk pin-pin ngadap sampai nk masuk biji mata dalam tuuu...
 
 
 
Askar ni kalau mendarat masuk dalam rumah mesti dia cari pin-pin... tak dapat tengok pin-pin pemberontakan akan berlaku, mulut muncung empat depa nunnnn...
 
 
muaz! mulut itik satuuuuuuu
 
 
 muuuuuuuuuuuuuu... lawa la tuuuu
(meroyan cheq)

 
Anak hat ni turun sapa ni... online mengalahkan orang update biz online, gaya nuuu! Setiap masa, setiap waktu tidak bergerak skit pun dia ngadap benda ni. Kusyuk plak tu. Senak perut cheq tengok. Memang dia tak kacau cheq tapi sekarang dia dah kacau waktu tidoq cheq. Dia boleh berjaga sampai pukul 1 ke 2 pagi. Sekarang cakap rosak pun dia dah tau bateri habis. Cucuk tang nie, tekan tang nie... picit tang nie, meroyan takkkk!!!  
 
percaya dah Mr Daddy.... turun sapa? no.. no.. turun temurun naa, serummm mak cheq naaa.. sungguh tak sesuwei ok!


 ada aku kesah apak aku update dalam FB!

ada aku kesah online berseksi

ada mak aku kesahhhhhh!?!
 
 
 
P E A C E
M U M M Y
 
 
 
 
 

Thursday 16 May 2013

D'KALA YOU LOVE ME

& i luv you toooo...

12HB HARI IBU.... Ibu nampak cool, anak control cun. Kecik-kecik lagi dah pandai menghayati untuk mengasihi ibu. Alhamdullilah.. waktu kecik dah pandai menghargai ibu bila besar jangan lupa okey! jasa ibumu. Moga kasih sayang anak dan ibu membawa ke syurga. Mana mungkin hati seorang ibu  tidak terharu syahdu syahdan mengenangkan segala penghargaan, walaupun hadiah darimu buat aku tersenyum.....
 
tiada kata
tiada gambaran
tiada madah gurindam
untuk aku luahkan
betapa aku sangat menyayangimu IBU...
 
ZK juga dalam kategori ibu cool plus anak yang cool too, jenis kasih sayang tidak terungkap dengan kata dan jua harta. Jika terucap berguguranlah ia. Maka ku pilih cool saja. Cool sungguh. Anak cheq mungkin yang tak cool, pagi2 dah sebok suh cheq potong kertas. Saja berdialog, "Echa nak buat apa ni," "Echa nak buat Art." "Buat Art gunting la sendiri, Art kena ikut kreativiti Echa sendiri baru Art Echa, ni Art mummy" "Echa dah buat tapi tak jadi LOVE", "So jadi apa, jadi LEH..." sama-sama gelakkkkkkk. Anak penyeri bahagia, Ibu pemberi bahagia.
 
 
Hasil 'Art' Echa. Buka mata dari tidor terus buat kad.
Nak sembunyi-sembunyi katanya..  
 

Dapat lagi
 
Dia pujuk Tok Be beli jam (sian Tok). Time dia bagi jam ni kan, ZK suka ayat ni "jam ni Echa pilih warna feberet mummy, mummy suka!?!, SUKAAA... (Echa tau warna feberet mummy). Bunga pula dia beli kat sekolah, habis duit belanja sekolah hari tu. Tah! makan ke tidak tu???
 
 
 
T E R I M A  K A S I H
A I S Y A H....mummy luv you
 
 


D'KALA PENA & HATI DANCING LAGI

Salam, salam, salam..
 
Huhuhu..kalam apakah ini? Kalam hati. No..no..no sementara idea tengah penuh ingin menulis, di sini tempat hamba menumpang teduh menyusun kata bagi tatapan bersahaja-saja.
 
Bunga meluq, bunga mawar
sila baca jangan ketawa
(nyum ja..)
 
SAMBUNGAN,
Ya Allah! merenung air sungai ini boleh buat aku hilang akal. "Sorry.. Shida, Ok..ok aku otw sekarang." Apa pulak aku nak cari alasan dekat Shida kali ini. Minta maaf ja lah. Moga-moga Shida tak buat soalan macam inspektor polis nanti.

Khayalan ku melayang..... "Hai permaisuri hati Abang, dah makan? Waalaikummussalam kataku. Mana salam.? Terlupa bila dengar suara sayang... Assalamualaikum Puan Nili, lepas kerja kita dinner kat kedai mamak okay! Baiklah Kanda pujaan hati dinda. See you. Sibuk ke Puan Nili?. Sibuk la Cik Abang sayang, nanti kita cerita lagi ok! ok.. see you."

 
"You penat? Skit-skit saja. Kalau tak boleh nak bahagikan masa tangguhkan dulu study tu? Abang takut Nili dah macam kena paksa belajar tu. Biasa saja Abang, selagi Cik abang sayang jadi My Leader Nili tidak pernah merasa penat. Lagipun cepat Nili habiskan study, cepat Nili boleh temankan abang futher study pula? Itukan perjanjian Abang dengan Nili. Nili tak rasa abang yang paksa Nili study. Tak! aku bisa-bisa ajee. Duh!! ngak perlu risau abangku."
 
Aku tak sabar-sabar nak abiskan pengajian aku yang hanya tinggal 2 semester sahaja lagi. Selepas ini giliran Sang Arujuna aku pula meneruskan cita-citanya  mengengam segulung PHD di benua sana. Sunguh aku tak sabar-sabar ingin ke sana. Riq sangat setia menemani aku pabila aku sibuk belajar hingga larut malam walaupun aku bertemankan sepi. Sekali sekala aku memandang wajah Riq yang mendamaikan hati. Tidak pernah sekali pun kami bersengketa, Alhamdullilah syukur padamu Ya Allah, kau berikan aku ARIQ MOHD  moga bahagia ini milik aku. Sambil tersenyum melihat Sang Arjunan hati sudah terbaring di sofa sambil buku yang dibacanya menutup muka. Sesunguhnya wahai Sang Arjuna hatiku...semua ini kerna untuk mu.
 
Untukmu...
Untukmu...untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu...untukmu

Setiap apa yang ku buat
Setiap apa yang ku lakukan
Tidak risau pasal mereka
Walau apa yang terjadi padaku
Kerna ini semua untukmu
Untukmu...untukmu
Kerna ini semua untukmu
Untukmu...untukmu    
(petikan lagu Ila Damia)
 
 
Nili itu dulu, hadapilah ruangan hari ini dengan hasta yang nyata. Aku cuba meleraikan resah, dalam luka bermukim aku hanyut di muara duka bersama sepi bertandang. Lara mengisi ruangan kosong tika leka membuai rasa pada kenangan bermusim dan takdirku rebah. Di persisir hatimu lalu larut dalam sendu yang panjang.
 
hanyutkan hati bersama lagu Angin Syurga
 
 
"Ya..ya aku dah sampai ni. Kejap nak cari parking Cik Shida." Kesian shidah aku yang beria-ria janji nak keluar dinner dengannya. Konon nak try new restoran western food. Dengar kata bagus bangat, kan aku yang nak kena sengat dengan Shida. Nili...control-control. YES..... 
 
 moga-moga Shida tidak pernah akan perasan!?!
 
 
~ BERSAMBUNG ~ YOO YOO PEACE


Friday 10 May 2013

D'KALA HATI MENARI DENGAN PENA

CERITA NOVEL PENDEK (CERNODEK)

"Ya sayang"..., lembut suara itu. Kutoleh, rupanya inai mereka masih dijari. Tersemyum sendiri.  Murninya jika hari-hari itu bisa mewarnai hati ini yang berlagu sepi. Tap! hati kembali, tersenyum sendiri. Aku jua begitu dulu... sekarang aku redha!
 
Sudah 20 minit aku disini, berteman sang batu sungai bersama haruman kayu cengal. Aku damai di muara sungai Kampong Alur. Mood aku  hari ini mendung-mendung saja. Aku dah mula risau bila urusan kerja di pejabat mula surut. Aku lebih suka bertemankan kerja yang mengunung, bagiku jiwa lebih segar mendaki gunung berbanding menetasi denai-denai rerumput dipadang. Begitulah aku ibaratkan bila kerja aku makin berkurangan. Shida kata aku gila kerja. Ya.. Shida, gila kerja inilah yang mampu merawat hati aku yang luka. Aku rela.
 
Kukira hati ini sudah sedia redha tetapi ia tetap menusuk jiwa. Walau telah 5 tahun berlalu, rupa-rupanya tempatku bukan redha dengan apa yang berlaku. Ku panjangkan doa bertalu-talu mengharapkan peristiwa yang berlaku dihirup bersama keAMINnanku padamu YA ILAHI. Ya Allah! adakah aku tidak redha lagi?  Mengapa datang jua rasa ini. Jika aku redha mengapa masih hatiku berdarah lagi.
 
Dua Dunia, kembali berdarah.........

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis , dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati (Kau selalu di hati) tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru

Senyuman di kaca kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa

(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)

Dua dunia kita berbeza
Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza

Suka di kala malam termimipi-mimpi (termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari (mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora

Dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata

Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti

Sabar menanti Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung (walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran (satu kesyukuran)

Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata (Kata apa saja)
iya tapi tentang apa (iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi

Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi (Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia (Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang (Biar khayalan ku melayang)
Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza
 
Lagu ini Dua Dunia ada sedikit persamaan mengapa aku 'HANILI SHEILWA dan ARIQ, terpisah......yang aku tahu kami diikat
dengan restu,
dengan kata,
dengan redha
tetapi
tidak dengan jodoh.....
 
 
Nili bersendiri hingga terlupa janjinya dengan Shida. BERSAMBUNGGGGGGGG...................................................



ZK tringin nak tukaq angin plak dah. Dari bayu ke salju gitu. Hari ni mood apa kena tah! Cheq tringin kembali ke jemari untuk bermain dengan kata..... Dia mai dahhhhhh. 

yoo yoo peace!