Monday 25 August 2014

D'KALA BERBISU BERSAMA KALIMAH AL-FATIHAH ~ MH17

Salamun.... 


Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...


MH 17 dirimu di dalam lipatan kenangan, semoga rohmu bersama mereka-mereka yang beriman dan mereka mereka yang terpilih. Amin. 




P E A C E






Wednesday 13 August 2014

D'KALA DUNIA KITA MUNGKIN BERBEZA


Salamun...


Lumrah hidup
kekadang kita ikut rentak orang... dan adakala pula orang ikut rentak hidup kita...
orang zaman dahulu kata...
"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali "


terfikir jugak sejenak... mungkin dunia kita berbeza


buat baik ikut keadaan...jangan jadi terlalu baik pada orang yang TAK sepatutnya...dan jangan tunjuk baik pada BUKAN masanya...terlalu mempercayai, akibatnya kita yang disalahkan dan menerima hukuman... memang ada rasa tidak puas hati...tapi selagi boleh bertahan dan bersabar... cuba sedaya upaya... waktu diperlukan tiap saat dicari... bila tenang setahun sekali nak bertegur sapa pun belum tentu...


terfikir jugak sejenak... mungkin dunia kita berbeza


di saat memerlukan pertolongan
hari-hari ada untuk kau... cuba semampu... dan bila semuanya dah beres kau mula diamkan diri...kau dah mula jauhkan diri.. terus mencuba pelbagai agenda mendekatkan diri...namun hampa... pabila kau mula mengelak ku akur isyarat diberikan...


terfikir jugak sejenak... mungkin dunia kita berbeza


cuba bersikap positif... mungkin kau ada masalah lain... tapi dengan lelain kau normal ja... cara yang dilakukan ini membuatkan sepi berlabuh jua..... dan fikiran mentafsir adakah manusia kategori ini dianggap KAWAN?

mungkin?!?


terfikir jugak sejenak... mungkin dunia kita berbeza


aku tak sempurna, 
" bila kita redha dengan segala ketentuanNya..
meski teralir air mata..
insyaAllah,
senyuman pasti terukir semula "


ya... terasa dunia kita berbeza


Oooooo...

 Cause I know,
 Once in a while we will find,
 The sound of your heart beats with mine,
 And someday,
 The crash of the waves will be far away,
 And I will sail in your eyes,
 Cause when it's time,
 I'll leave the ocean behind


  Oooh...
  Sebab aku tahu,
  Sekali-sekala kita mendapati,
  Bunyi jantung kau berdegup dengan aku,
  Dan suatu hari nanti pabila,
  Kemalangan ombak akan menjadi jauh,
  Dan aku akan belayar dalam matamu,
  Menyebabkan bila tiba masanya,
  aku akan meninggalkan lautan jauh dibelakang.


cayaq jadi ice cream jiwa ini.. 





P E A C E






Tuesday 12 August 2014

D'KALA KALA... KALA...



Wordless Wednesday.... ERTI SAHABAT


 "adakalanya rahsia itu terus terpendam dan akan kekal sebagai rahsia hati..."









Thursday 7 August 2014

D'KALA "WITHOUT A WORD IN WORDS WITH WORDS"

............. tenit..tenit..tenit... salamun 8 Ogosku,

kekadang peqittt dan lauteh dengaq orang bukak mulut keluaq ayat "nieee.. hang, orang tu tak ok bla..bla..bla, dia tak baik dalam bab tu.., dia memang tak reti bla..bla.. bla.. dia masalah skit...bla..bla..bla.., pendek kata tak baiklah dimata orang yang komlen tu. Maklum la diakan jiran sebelah katil i tau?!?!

Kekadang rasa tak adil menjadi ringan mulut disebabkan pendapat berbeza, tapi mak aiii komlen tak boleh blaa bila dengaq... cair taik telinga bebbb!. Ni brader....! bagi pendapat sebab ketidaksamaan rasa tak salah jika niat nak betulkan agar jadi lebih baik. Tapi ayat brader keluaq cam brader ja baik..., baik brader tarik nafas banyak-banyak. Rugi saya dengaq ni?. Ikutkan nak jadi followers brader gak... tapi sayang brader pun tak brapa nak boleh follow tang ayat asyik semua orang tak baik.... mulut jangan kebas sangat sebut orang tak baik.. bla..bla..bla.. Yang diamanah tidak sampai pada pihak yang dijanjikan itu urusan mereka dengan Allah.  Urusan orang macam kita ni teruskan niat murni nak buat kebajikan saja nak cari saham. 

Isk.. isk.. sapa yang tak baik ni??? Ni brader kalau brader confiden sangat diri tu baik.. doakan orang yang brader rasa tak brapa nak baik tu jadi baik macam bother. Mohon agar Allah swt memberkati diri brader dan dirinya semoga dipelihara mendapat petunjuk kebaikan. Letih hat dengar asal bukak mulut semua orang tak kena... ya betul tak salah tegur orang demi kebaikan tapi ubah la pulak cara tue.... Mak Kiah letih dengaqqqqqqq brader oiiiiiiiiiiiiii.................. semput dah...lama dah... bukan setahun 2 brader?


Wordless friday... Mak kiah pun tak suka perasan baik, mungkin 10 orang di belakang Mak Kiah pun tak suka Mak Kiah. Ingat! bukan senang nak jadi baik dimata orang yang tak suka kita disebabkan ketidaksamaan citarasa or pendapat or etc....  Mak Kiah pun tengah pikiq formula lagu mana nak minta brader tut cakap guna ayat baik-baik skit...  kita ni mulai ayat tak brapa nak baik kesudahannya pun orang tak suka guna ayat yang baik dengan kita. "Kau tak kesaH?" tapi aku kesah! Kesah takot kau jadi sombong!




sombong?
ingat kawan...jangan terlalu sombong dengan apa yang kau dah ada...semua yang ada kat dunia ni hanya sementara...ianya pinjaman untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang diberi...tapi...kalau kau dah sombong sangat sampai orang tegur pon kau tak peduli......

bila dinasihat...kau kata
ada aku kesah...

ya, benar...kalau kau xkesah sekalipun...tapi aku kesah...sebab aku kawan kau...tanggungjawab aku untuk sedarkan kau kembali ke pangkal jalan...jangan kau ingat kau berada di atas selamanya...

hidup umpama roda, berputar seiring jalan, terkadang di atas dan di bawah

tak salah kau kejar cita cita...
tapi bila dah berjaya...jangan kau lupa...
ingat jasa orang sekeliling kau yang selalu bagi sokongan dan dorongan...
tanpa mereka, kau tak berjaya...

mungkin pada zahir nampak kau megah bergaya...berjaya di atas sentiasa...tapi hakikat yang sebenarnya...kau gagal dalam hubungan sesama manusia... kerna kau hanya memilih insan yang punya banyak harta...

untuk berjaya dunia akhirat...
ingat pesan ini

" tinggikan azammu setinggi bintang di langit
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

tak mengapa letakkan harapan setinggi gunung, namun jagalah hati agar sentiasa merasa kerdil di dunia ini...
kerna yang pasti...
sentiasa ada yang lebih besar dari kita untuk selamanya...


Oh diri!
aku sentiasa ingat pada siapa yang pernah jasa padaku
tapi hati kecil sentiasa rajuk pada mereka yang tak sudi singgah... 
ada suatu ketika diuji dengan rasa ketidakpuasan hati 
walaupun jasa diberi bagaikan hutang budi bawa ke mati padaku
...biarkan sepi mengajar aku menjadi lebih dewasa.... 
"...kadang2 kita perlu diam utk buat org tenteram..."
ikhlaskan diri meredhai dalam sepi


p/s utk Mak Kiah, pasni jgn la dok dgr crita lebih2 sgt
sbb Mak Kiah dgr terlebih la jadi keluat tuee...,
mcm tu la jugak la org dgn kita, kekdg dok pe crita lebih2
sgt.. lepa bukan suka dgr.... tp Mak Kiah jgn dok meluat2,
nnt hat kita meluat tu la Allah tetapkan dia dalam pertolongan kita tatkala 
kita dalam kesusahan.... D.I.R.I. 



P E A C E




Tuesday 5 August 2014

D'KALA 'TAK TERUCAP RASA ITU..TU..TU..'



"I cannot always show it but don't doubt my love" 


Salamun salam.... raya 2014, raya dah masuk hari ke 10 rini..., tetiba tahun ni rasa nak sebut saja orang-orang yang sentiasa di hati ni, takpa pendam ja kat jiwa sebab muka cam tak sesewei la pulok. Sejujurnya muka cheq memang brutal tapi hati kecik ni sangat brutang...(lemah gemalai). Itulah masalah kalau muka bujursirih tapi jiwa bujur tigasegi. Tak terucap like my tajuk hari ni....., nasib baik dihadiahkan 1Syawal boleh jugak cheq yang brutal ni ambil peluang bermaaf-maafan tidak jenuh cheq bercakap dalam perut ja laa..la..la..la.. Ampunkan kesilapan dan kesalahanku yang sengaja mahupun yang tidak tersengaja. 

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita selalu bersua
Ketika kita kerap berjumpa
Saling berkongsi duka dan tawa.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita bermain bersama
Bertepuk tampar bertukar bahagia
Setiap cubitan menghangatkan jiwa
Rindu terubat tersenyum gembira.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika aku dihimpit duka
Ketika aku diuji Dia
Ketika terasa air mataku kau seka.

Aku terlalu merindui saat itu
Menunggu di pintu menunggu kiriman
Tiap kali menjelang lebaran
Segala kiriman kini kusimpan
Tinggal kenangan menjadi tatapan
Tika keseorangan dihiris kerinduan.

Aku terlalu merindui saat itu
Setiap kerlipan seindah memori
Setiap bisikan menyentuh hati
Gadget canggih masih asing dalam kamus kami
Bukan ianya menjadi kepentingan diri
Ketika itu,
dunia kami indah sekali..

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika salam tiada lagi berjabat
Ketika tawa tiada lagi bersambut
Ketika senyuman tiada lagi berbalas
Ketika bicara tidak lagi terdengar
Ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika yang dekat terasa asing
Ketika yang jauh makin menyepi
Ukhuwwah hanya semudah memetik jari
Gusar pudar manisnya nanti

Aku berangan-angan suatu hari nanti
Biar rumah kami kecil sekali
Duduk rapat terasa kehangatan diri
Setiap bisikan akan didengari
Keluarga yang dicintai sentiasa dihati
Sahabat yang disayangi tak mungkin kulupai



Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini

P E A C E
zarirah kamarzaman