Thursday 28 February 2013

D'KALA ANGANKU


Kata En. wikipidea,

Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik";

Hitam merupakan ketiadaan warna. Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran.

Apapun istilah hitam dan putih ZK adalah peminat this colours. Tak kira apa yang terlintas untuk dimiliki hitam dan putih mesti menjadi keutamaan. Warna len ngak adakah ibuk ZK? Ada adaa... tapi HITAM DAN PUTIH juga idaman qalbuku. Angan-angan ZK besau... tapi yang ada kecik2 aja dengg.. hitam dan putih koleksi angan-anganku.


 Chesterfield idaman qalbubu..bu (angan-angan)
 
 
suka corak curtain cam gini so simple (berangan laa)
 
 
Paten kat sliding door for day curtain (layan berangan lagi)
 
 
ilham nak cat pintu store ;)
 
 
see tangga! nak tukau kala gak biar selari dengan pintu store (jenuh angan-angan lagu nih)
 
 
OH! My sweet chandelier (keep calm berangan ZK)
 

Nak susun frame paten ni (oh my angan-angan)
 
 
Jom tukau cover meja makan cam gini
(like the lights too)
 
 
Open wardrobe walaupun i bukan retis tapi i letih melipau kain besau-besau so please come to me "wardrobe besau satu" (besau lagi angan-anganku)
 
 
lovely pintu so admire
 
 
admire ni jugak :0
 
 
D'kala ZK kuat berangan-angan ni lah yang dok mai keluaq main dalam otak pikiran ZK. Why angan-angan ni tetiba saja terkeluaq mai dok tang ni!?!?.  Sebabnya MR.D tanya cheq. Hadiah Hari Jadi nak apa? Tak tau nak habaq apa, sebab cheq dah besau MR.D!. Tapi angan-angan cheq lagi besau. Kalau leh nak bagi JADI lagu ni, LEH MR.D! 
 
 Tidak menjadi masalah jikalau kita nak memasang angan-angan nak lagu mana bagi memenuhi rasa tringin dihati. Kala apa yang terlintas di dalam hidup seseorang itu juga tidak menjadi masalah. Pokoknya selesa plus nyaman gitew. Bukan keinginan or warna yang menentukan hala tuju hidup kita.
BAK kata, bukan masalah apakah kucing itu hitam atau putih, selama dia bisa menangkap tikus. Begitu juga kehidupan bukan masalah HITAM atau PUTIH, selama dia bisa terus mengecapi kebahagiaan.  Sangat luas dan universal bagi mentafsir hitam dan putih. HITAM dan PUTIH juga punya ceritanya tersendiri.
 
   HITAM PUTIH kehidupan
 
 
 My 'Birthday Gift'

 
 minta rumah tukau cat lagu nih leh?
HOW MR.D?
 
 
Dont worry i tak minta yang susah-susah, coz i'm very simple person for simple life.
 
 
Disetiap PERTANYAAN mesti ada JAWAPAN nya.
angan-angan kuat
 
 
peace yoo!
 
 

Wednesday 27 February 2013

D'KALA SO FEELING


KETULUSAN HATI

 
 
Assalamualaikum,
 
Pepagi dah melayan Lagu Ketulusan Hati by Marshanda. Godek n godek n godek baru semalam jumpa. (isk..isk..isk.. ngak putus asa buk mengodek)
 
Why this song? Because so touching and make me feeling melayang-layang like main wau terbang di atas kayangan. Lagu ni ZK admire selepas tengok Drama Jambatan Ke Syurga lagi. Punyalah menanah pasang telinga mendengar lirik nak cari lagu ni. ZK memang suka melayan lagu feeling-feeling ni. Bak karektor diri yang mempunyai penghayatan yang tinggi dalam urusan 'sensitive of sense'. I sensitif dalam semua hal dan pandai membawa diri menghayati, mengharungi setiap keadaan yang berlaku. (hahaha like a skrip cerekarama)
 
Disebabkan hari ini awal bebenor ZK masuk opiz, entry pepagi melayan jiwa yang jiwang karauuuu ;)
 
selamat menjamu telinga
 
 
peace yoo!
 
 
 
 
 

Monday 25 February 2013

D'KALA KU BACA E-MAIL

LIKE A RAT TAKUT KAT CAT
 
 
ME : Hi,  I'm also lady boss
(@my Home Sweet Home)
 
 
ME : GO..GO.. GO i like boss! where i can go?
BOS : GO HOME
ME : :( (padan muka ehkau menjawab)
 
 
 
 
ME : I'm surrender bos, the best
 
 
 

 you're the boss and always right, i wishes
 
Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya. Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis “yes boss”
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata “yes boss” walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. Dia senang la, cakap “yes boss’ lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia “yes boss” kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress….


Boss jenis manjang nak cepat
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap.

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa… bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ….

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia… Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm…. duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia.
Jadi boss korang jenis yang macamana? Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa…..

 
 
Mampus kau ZK!, Yes! he's know what i did everyday? Hi boss ;)
 
 
PEACE yoo BOSS!

Sunday 24 February 2013

D'KALA KAU DIJEMPUT PERGI

AL-FATIHAH  
 
Semalam 24.2.2013 pemergian Pak Ngah ZK (My Pak Menakan). Pak Ngah ZK dijaga hampir 7 tahun oleh mak dan abah ZK akibat stroke. Suka duka bersamanya ZK simpan di dalam memori sebagai tanda ingatan. YA ALLAH, kau tempatkan Arwah di kalangan orang-orang yang beriman. 
 
 
AL-FATIHAH buat Pak Ngah ZK
 
ABAH & PAK NGAH
 
tgk gambar ni terkenang macam mana abah ZK jaga Pak Ngah. Hati jadi sayu plak...., sebab ZK berjiran dengan tarikh lahir dia. ZK 11.3. Pak Ngah 12.3.
 

Thursday 21 February 2013

D'KALA JUMAAT

 RENUNGAN BERSAMA
 
Bila i follow you, i can see you. ZK prasan bila drive slowly like a siput sedu dibelakang you, ZK leh nampak kekurangan keta yang berada di hadapan ZK, siap boleh belek apa yang tak ok. Lampu brek tak nyala, lampu signal blur, lampu belakang rosak and macam-macam lagi. Why i so bz body you!?! coz malang tidak berbau Cik None.
 
Sebenarnya apa yang cuba ZK simpulkan adalah, bila kita berada di belakang seseorang baru kita boleh nampak kelemahan orang yang berada di hadapan kita. Baru ZK sedar kekadang orang yang menegur kita mungkin dia nampak kelemahan kita. Paling penting dia sangat CONCERN untuk kita memperbaiki kekurangan yang kelihatan.
 
Bak simpulan kata ZK, keta yang kelihatan kurang enak jika dibaiki skit demi skit akhirnya ok jugak. Yang penting pandu selamat, nyawa selamat. Begitu juga teguran. Walaupun tak semua suka ditegur. 
 
Jangan samakan pula diri kita sebagai hamba ALAH seperti kereta. Kereta ngak punya jiwa dan hati dong!!
 
 
Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
 
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah. 


PEACE! 
(puisi petikan dari I LUV ISLAM.COM)
 

 
 
 

D'KALA PERUT MINTA DI ISI

KONA MAI
 
ZK made in Sg.Petani, Kedah. Jom ZK share tempat makan yang selalu ZK & the geng's singgah makan sampai me'ngah'. Tekak ZK dengan MR.D kekadang together-gether, kekadang over the shadow. ZK cuba juga lain-lain gerai, warung or kedai makan tapi MR.D cakap 'ni the last one' tak kena dengan tekak dia latu. So patah balik tempat yang kena dengan tekak MR.D & the geng's too :)

SARAPAN TIME @
WARONG LOT 10, TAMAN RIA (Berdekatan Market Taman Ria, Sg.Petani)
MENU
ROTI ARAB
ROTI CAPATI
+
KUAH
(gulai sardin/dalca/daging & ikan)

ROTI BAKAR
(sapu plata & sekaya)
TELUR SEPARUH MASAK
NASI LEMAK 
 
Teh Tarik : Sempoi cukup rasa
Roti Arab : Best tak berminyak

Roti Capati + kuah sardin dap..dap..
 
 
 
 
SARAPAN or LUNCH TIME @
KEDAI MAKAN POKOK CERI (Berdekatan Hotel Swiss Inn, Sg.Petani)
MENU
ROTI CANAI
ROTI JALA
PEKNGA
PAU
NASI CAMPUR + PELBAGAI LAUK PAUK
NASI LEMAK
& MACAM MACAM ADA
 

Dulu Roti Canai yang bertatah di hati kat Taman Ria juga, area berdekatan Masjid Taman Ria. Now dah tukau MR.D tak suka plak katanya minyak-minyak.
 
Roti Canai ni kureng minyak kata MR.D
 
 
 
 
MALAM or SAPER TIME @
CHAR KUEY TEOW
(Berdekatan Simpang ke Kem Lapangan Terbang, Sg.Petani)
 MENU
 CHAR KUEY TEOW
SPECIAL : RM5.00 
BIASA : RM 3.50
 
 
 
 
DINNER TIME @
 D'KING MEE UDANG BANJIR
(Berdekatan Jalan Susur Keluar ke Plaza Tol Selatan, Sg.Petani or Jalan ke Padang Temusu )
MENU 
menu uitttt.. macam-macam ada
SPECIAL, mestilah
MEE UDANG BANJIR
IKAN BAKAR POWER
 
meriah menu disini, JOM LAH refer menu
Tak nampak! mai..mai.. singgah sini
 
ni MEE UDANG BANJIR, 
macam ni RM9.00 hengget, sorang gerenti tak abis. Datang bawalah jemaah gerenti puas hati kita makan kongsi-kongsi semua leh rasa.. like ZK & the geng's. 
 
 
 
 
 
DINNER TIME @
HOTMAS RESTORAN (berdekatan SWISS INN HOTEL, Sg.Petani)
MENU
WESTERN FOOD
ALA THAI
&
LAIN-LAIN
 
ZK kalau terasa nak tukau menu timur ke barat HOTMAS lah tempatnya. Punya banyak tempat Western Food dalam Sg. Petani ni, tekak MR.D hanya leh layan tempat ni saja. Ikutkan BIG MOUTH, LE BOSS, apa GRILL (lupa he!) 3, 2 tempat jugak dah cuba. Gila weiii? Secret Receipe's punya Western Food MR.D kata HOTMAS best lagi? Koma ka apa tekak dia!
 
 
 ni lah menu yang bertatah di hati MR.D

 
 
Selamat menjamu selera bila kona mai utaqa.Kita jumpa lagi dalam KONA MAI cari makan di Sg.Petani tercheta bersama ZK.



 PEACE YOO kalian ;)
 

Tuesday 19 February 2013

D'KALA KHIDMATKU

13 TAHUN SUDAH
HB FEBRUARI 2013,
 
OMG! sudah 13 TAHUN ZK memberi khidmat disini. Dalam diri ZK sebagai seorang pekerja mesti rasa macam-macam ada... like an astro pakej.
 
 
so hard working  ;)
 
 khidmatku adalah rezekiku
 
Selagi mana kita mengalas tugas sebagai seorang pekerja kenalah sentiasa tepuk minda INGAT!
(ZK tepuk dahi sendiri)
 
 
1. Dalam Islam, sifirnya sangat mudah. Jika rezeki yang kita cari itu sumbernya halal, maka kehidupan kita akan diberkati dan setiap usaha mencari rezeki itu akan diberi pahala. Sebaliknya, jika rezeki yang kita cari itu sumbernya haram, maka kehidupan kita akan jauh dari keberkatan Allah SWT, ditambah pula dengan dosa yang akan dipikul.
 
2. Apabila bercakap soal “keberkatan”, satu lagi perkara yang perlu kita jaga ialah bagaimana untuk menjamin keberkatan dalam rezeki kita. Terdapat sesetengah orang yang secara zahir, pekerjaannya halal, tetapi rezeki yang diperolehinya tidak berkat. Antara sebabnya ialah terdapat perkara-perkara shubhah dalam urusan pekerjaan yang dilakukannya. Inilah yang perlu kita lakukan muhasabah dalam diri.
 
3. Dalam bekerja perlu berusaha memperbaiki mutu dan prestasi kerja bermula dari sekarang. Indahnya Islam, kita mempunyai alternatif bagi memperbaiki diri. Jika dilihat daripada senario amalan negatif, sudah pasti rezeki yang kita terima mempunyai masalah dari segi keberkatannya. Sebab itu kita ada zakat yang wajib dan sedekah yang sunat. Inilah antara alternatif terbaik bagi menjamin rezeki kita diberkati Allah SWT.
 Sesungguhnya zakat dan sedekah itu pembersih kepada rezeki yang kita perolehi. Allah s.w.t berfirman. “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah al-Taubah, ayat 103).
 
4. Kita perlu bersyukur di atas anugerah pekerjaan yang kita ada sekarang. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan diri sendiri agar sentiasa proaktif dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Menunaikan amanah kerja dengan cara yang terbaik menunjukkan rasa syukur kita di atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
(Surah Ibrahim, ayat 34).
 
5. Setiap kebaikan yang kita lakukan semasa menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, pasti akan mendapat balasan daripada Allah SWT. Kadang-kadang terdapat dalam kalangan kita yang cepat terasa hati kerana tidak diberi anugerah atau hadiah atas perkhidmatannya yang cemerlang, lalu merajuk, mogok serta hilang semangat untuk terus melaksanakan kerja dengan cara terbaik. Ingatlah, ganjaran daripada Allah SWT itu lebih baik daripada yang selainnya. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, (sama ada) lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan berikan balasan pahala kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97).
 
 
moga-moga ZK 
 In Sha Allah
 

Monday 18 February 2013

D'KALA REZKI DIMURAHKAN


AKTIVITI AMAL 'TANIAH'


KELEBIHAN BERSEDEKAH :
"Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. Setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezki tersebut untuk insan lain juga. Contohnya dalam slip gaji kita ada rezki orang lain. Apabila dapat duit maka kereta kita rosak maka ia adalah rezki orang bengkel, tengah bulan pula anak demam , maka ia rezki doktor, petang jumaat perg pasar malam, maka ia rezki penjaja, nak pergi kerja isi minyak, maka ia rezki pengusaha pam minyak. pegi KL lalu TOL( Tahan Orang Lalu), maka ia rezki PLUS. Sebab itu ulama' berpendapat rezki itu ialah apa yang kita pakai, guna, makan sahaja, adapun duit yang berjuta-juta yang kita sayang nak keluarkan , itu belum tentu duit kita, bila kita mati ia milik orang lain. Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti. Sebab itulah kita akan berkira untuk bersedekah RM10 kepada anak yatim berbanding dengan kita sanggup membelanjakan RM10 untuk meracun diri dengan membeli rokok, ini kerana syaitan akan cuba memujuk kita supaya tidak bersedekah kerana takut jadi papa. Percayalah setiap pagi Allah s.w.t utuskan dua malaikat yang berdoa:" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil." Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah."

Di sini saya akan berikan beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah:
Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.
 
ZK join the club ke majlis anjuran FELDA, PRAI  (Kilang Gula, Prai, Pulau Pinang) pada Sabtu lalu. Pekerja-pekerja Islam Kilang Gula, Prai sangat aktif dalam program kebajikan. Mereka meraihkan rumah anak-anak yatim sekitar Daerah, Prai, Pulau Pinang. Majlis ini merupakan program tahunan bagi pekerja-pekerja Islam. Taniah semoga kalian mendapat ganjaran daripada majlis yang diadakan. Dan bonus berlipat kali-kali ganda... Amin... ;)
 

 
 
 
Kredit A+ makanan olala sangat sedap dan banyak. Sori no picture's to share. Tuan blog bz kawat dengan askar kenitku. ;) 
 

  see my askar kenit!
 
 

peace askar kenit!