Wednesday 31 December 2014

D'KALA KAU KU TINGGALKAN 2014



TERIMA KASIH 2014, 


KAU KU TINGGALKAN, bersama 
#SUKA & DUKA
#CABARAN & DUGAAN
#PENGAJARAN & PELAJARAN
#KEHIDUPAN & KEMATIAN






2015....kami menanti dengan penuh harapan. Apa mungkin akan ada ujian yang lebih getir sebagaimana 2014 menguji kami? Atau mungkin ada sedikit harapan buat 2015? Wallahualam... Sesungguhnya manusia itu merancang tetapi perancangan Allah SWT jualah yang tetap terbaik untuk manusia. Kita berdoa dan bertawakal kepada Allah moga-moga 2015 ini dapat ditempuhi dengan lebih kuat dan tabah. 

Wallahualam....



P E A C E



Thursday 11 December 2014

D'KALA FROZEN..FROZEN..FROZEN


Salamun salam....

Just nak sharing #OOTD #LATEPOST #THROWBACK #REPOST #FROZEN


 OOTD Party Theme 'Si Esah (Elsa) Beku'

"Happy Birthday Ajla.."



~ FROZEN ~

Puteri Beku Elsa memang sangat trending di abad ini. Memang melatop Si Esah (Elsa) beku nie. My Echa nak gaun kembang-kembang tak jumpa size, redha ja dengan apa yang Mak cheq jumpa ya.... Jangan majuk ya Echa!




 OOTD Funfair time wearing Si Esah (Elsa) Beku lagi ;)

"Happy Face"



v




v




v




v




v




v




yours dreams come true.... Echa...


sapa-sapa nak buat surprise untuk anak-anak let's come to mahani.moleque 
so cute-cute Frozen. Mak Echa harap Echa hapi dapat gelang ni untuk ganti gaun yang tak dak size tu..... ;)






P E A C E 













D'KALA 'YES' CINTA, 'MORE' BENCI!!, NO EXTREME PLEASE?


SALAMUN SALAM.... 12hb Disember, 2014. 

Setiap dari kita berada di antara dua macam manusia,
iaitu mereka yang saling mencintai & mereka yang saling membenci.

Hati kita terasa lebih dekat kepada golongan pertama & terasa lebih jauh daripada 
golongan kedua.

Namun sebenarnya adakah kita tahu apakah garis panduan cinta & benci yang mesti kita turuti sebagai seorang Muslim?

Islam melarang kita melampau (extreme) dalam mencinta & membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran & bertindak secara tidak rasional. Prinsip terpenting adalah, (moderate).

Saiyidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,
"Cintailah kekasihmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
Ucapan ini diriwayatkan oleh Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Beberapa riwayat yang lain menisbahkan kata-kata ini kepada Nabi s.a.w namun melalui sanad yang sangat lemah.


JANGAN MELAMPAU MEMBENCI

Apabila kebencian melampaui garis (moderate), kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Rasa sesak dada dibuatnya. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci disebut, fikiran menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati seolah-olah terbakar. Ada pengalaman? Kalau takde, bagus! Alhamdulillah =)

Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Sukar dipercayai bahawa dia juga mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik! Maybe, kita ingat kita ni baik sangat agaknya =D

Tdak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun. Malah tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Sibuk membuka aib & keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikannya. Na'uzzubilah. Minta dijauhkan oleh Allah dari tabiat seperti ini. Aamiin..

Tahap yang lebih parah, bukan hanya membenci si musuh,
malah turut sekali membenci setiap orang yang ada bersamanya. Ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran & mungkin haiwan ternakan termasuk ayam belaan & kucing kesayangan si musuh pun turut dibenci sekali agaknya. Aduyai..

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang dibenci a.k.a musuh. Dan saban hari juga, semakin berkurang bilangan orang yang boleh dipercayai. Akhirnya, hidup berada di tengah-tengah ramai musuh & sedikit kawan. Hati pula selalu berada dalam keresahan.

Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri. 
Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata,
"Bersederhanalah dalam mencintai & moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerena berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang binasa kerana berlebihan dalam membenci." (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

: Membela orang yang dicintai adalah satu tindakan yang mulia. Namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia. 
Mampukah kita?


Ya Allah,
kami meminta & memohon agar kami dapat menjaga keadilan dalam cinta & benci kami.
Dan bantulah kami dalam menjaga mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya.
Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada Hamba-Mu di atas muka bumi-Mu ini.
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin..





P E A C E