Tuesday 25 June 2013

D'KALA MY SWEETIES JUNE

SALAM, SALAM, SALAM..... 



SLAMAT HARI LAHIR MU'AZZ..


Mummy doakan Mu'azz menjadi anak yang soleh,
(pleaselah solehah untuk akak Echa you auwwww.... )
 
 
2 thn on board - (22/6)
 
.... tersimpan di sudut hati ini satu pesanan buat mu anak :
Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan
sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman
kita kepada
ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga.
Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka
tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar.
Lihatlah dengan mata hati.
Siapa kita untuk menilai sesuatu?
Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.

Hargai & syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.
Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.
Kita mencintai Allah & Allah menghantar orang-orang yang dicintai-Nya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.
didik diri untuk memberi walau hanya dengan
seukir senyuman biarpun kita lapar
sebiji karipap biarpun kita kekurangan
seteguk air biarpun kita haus
sekelumit tenaga biarpun kita penat.
InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah.
Sama-sama berdoa agar diri sentiasa istiqamah di jalan-Nya =)
 
"pakcik, makcik tolongla kami anak-anak palestin! ;)
 
"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba hamba-Kuyang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
SELAMAT HARI LAHIR MAKTOK
Mu'azz and makcik memang ada chemistry..., rupa-rupanya Mu'azz berjiran selang sehari tarikh lahir dengan makcik. Trima kasih banyak-banyak makcik kerana menjaga dan melayan karenah askar kenit cheq nih. Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta......  
 
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta & menghilangkan kekotoran hati."
(Riwayat Imam al-Tabrani)

 
"Mu'azz jom cari hadiah untuk maktok @ makcik"  ;)
 
 
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
SELAMAT HARI LAHIR NONI
 
Eh, hari ini? Tarikh lahir teman baikku. Teman dari zaman sekolah lagi. Dalam fikiran mula terfikir apakah hadiah yang ingin diberikan kepadanya nanti. ;) Cool doter, cool mummy... and 'water cooler' as a frez too..... cool sungguh cheq ni. Present kat Noni last bila?, (senyum lebaq Noni dengaq statement cheq ni :), tapi 25hb Jun cheq tak pernah lupa Hari Lahirmu sahabat. Yang slalu lupa hadiah muuuu... sowiiiiiii.
 
Selamat Hari Lahir Temanku Noorhuzaini Udzir. 
 
Doa & Harapan
 
"Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kita bina dengan rasa kasih & sayang. Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagi hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan ini".
 
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian, aku berdoa bahawa akan kita dipertemukan semula dengan sahabatku ini oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi ~ In sha Allah.
 
"Cintailah sahabatmu kerana Allah Halawatul Iman dapat kita nikmati..." Ketahuilah bahawa, memiliki seorang sahabat sejati adalah lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri"
 
 
HAPI BIRTHDAY TO YOU SAHABAT, lebiu  
 
 
 
 
P E A C E  'JUN'

 

 


 
 
 
 

D'KALA TANGKAI AZIMAT TERGANTUNG



 
...Tangkai Azimat...
 
2..3 bulan kebelakangan ni askar kenit dah mengecut, Oleh sebab itu cheq gantung tangkai azimat ni untuk bagi dia mengembang kembali. Oh! tidak, sebenarnya My askar sudah diserang kecacingan. Cheq boleh rasa dan tengok my askar sekarang dah hilang selera makan, kekadang monyot saja, tidoq pun menungging, dia makan, dia luah, dan paling ketara badan dah jadi gitarrrrrrrr.....
 
Azimat emergency, petua dari my abah ambik tali kasut yang dah pakai and bawang putih buat rantai (bagi pakai sat supaya cacing tu dok diam-diam, tidak dia dok jolok mai jolok pe tu yang muntah tak breti-breti, abah cakap). Tetiba my askar muntah-muntah, dan jadi terkulai layu.  Cheq gantung tangkai azimat ni sat sementara esoknya cari ubat cacing. Doktor dah bagi ubat cacing disebakan ubat biji cheq tertangguh nak bagi dekat my askar. Ubat biji dia buang tuan doktor oiiii, so pakai azimat niii sat.... agak mujarabbbbb (petua orang dulu-dulu).
 
 
bukan senang nak gantung tangkai azimat cacing ni, cheq kasi up skit volume, pakaiiiiiiiiiiiiiiiiii! tidak muntah lagiiiii.., dengan rela dalam keterpaksaan tergantung jugak
 
 
5 minit lepas tu dah tertidoq...
 
Tangkai Azimat Cacing ini adalah satu perkara yang tidak formal untuk masalah kecacingan, (ianya hanya petua orang lama, barang yang lama dilupa jangan). Yang formal sila baca info ini ya kawan-kawan.  


C A C I N G, cacing, cacingg. Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak, ianya berlaku juga pada peringkat orang dewasa. Bagaimanapun usia paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah dibawah setahun.
 
Mungkin kita beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera. Masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah fokus pada pembelajaran.
 
Tanda anak dah kecacingan (bergantung kepada jenis cacing)
- keluar cacing daripada lubang najis atau Nampak cacing pada najis
- kegatalan terutaman di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
- Sakit perut, cirit birit, lemah badan, kembung
- Tiada selera makan, pucat,
- Kurang berat badan walaupun selera makan ada
- Batuk-batuk teruk yang berpanjangan (cacing di paru-paru)
- Demam, ruam-ruam badan, alahan
- kaki gatal, sakit, ruam dan bengkak kaki, (untuk cacing kerawit)
 
Kaum kerabat cacing yang menyerang
1. Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang, boleh masuk hati dan paru-paru
2. Cacing kerawit (Necator Americanus) -  gigitan yang tajam, ia masuk melalui kaki dan kuat hisap darah
3. Cacing rambu @ cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
4. Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang, susah nak dibunuh
 
Jom kita buat pengecahan & rawatan
- Perlu jumpa doctor untuk ambil ubat cacing
- kuku selalu dipendekkan
- jangan tanggal kasut ketika diluar rumah
- amalkan membasuh tangan sebelum dan selepas makan
- pastikan haiwan peliharaan sentiasa bersih
- Kerapkan membersih badan dan dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
 
 
 
Selamat beramal, PEACEEEEEEEEE 



 
 
 
 

Wednesday 19 June 2013

D'KALA "FOR YOU ABAH"


 
Alhamdulillah..., sekarang dah banyak yang di highlightkan untuk meraikan sesuatu HARI. Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Keputeraan Ya Rasulullah, Hari Jururawat, Hari Perajurit memang banyak hari yang diingati... Positif is untuk melahirkan rasa terima kasih kita kepada mereka ini. Baru-baru ni Hari BAPA on 16hb. Cheq bukan seorang yang romantika 'D'Amour dari luaran... tapi dalaman ada kot mimbo-mimbo romantikanya? Jauh di sudut hati ini untuk mengembirakan my Abah... tapi apakah itu?
 
Thank you to my brother (Asu Yat), that's gud idea. Bawa Abah and Mak dengar Ceramah Ustaz Kazim Elias, "Ceramah Israk dan Mikraj pada 15hb dekat Kampung Selamat". Abah mesti suka..... mak pun mesti suka gak kan!?!. Now, dah selamat mengembirakan Abah dan Mak, moga-moga sebagai satu hadiah buat Abah gembira sempena Hari Bapa...... (susah jugak jadi anak yang blues geng no... hanya ini yang mampu aku berikan untuk lihat kalian suka menjelang hari tua mereka... aku too ;)).
 
Biarpun last minit bertolak, cheq redah bersama My Echa and My kenit..., bahagia Askar kenit kalut manja-manja saja, mau dia kalut like a ribut tak boleh la cheq nak dengaq ceramah dengan kusyuk.... A+ to My Muaz, walaupun terpaksa tukaq uniform seksi skit pakai singlet... ribuan ramai peluh bercerauuuu muaz cool babehhh...
 
 
 
Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz
 
 
dalam hati nak bawa Abah and Mak bergambar dengan Ustaz Kazim 
tapi cheq malus, tengok kot jauh sajalah.....
best ceramah Ustaz tak sedaq pun jam dah dekat pukol 12 malam
 

Hijjaz in the house
 

dapatkan album terbaru Nasyid Kumpulan Hijjaz, besttttt
tajuk lagu cheq lupa... konsep pop pop skit
 
 
.... ribuan ramai ....
 
 
Cheq beli VCD Ustaz Kazim Elias terbaru buat hadiah dekat Abah, tak reti juga nak kata, "nah hadiah kat Abah",  ayat cheq "Ambiklah VCD Ustaz kat Abah" so cool doterrrrrrrrrrrrrrrrrrr babehhhh. ;)



 
ABAH HAPI.. PEACE


 
 
  
 
 

D'KALA MANISNYA MENULIS

kepentingan menulis diari
Kepentingan menulis diari @ catatan


Simpanlah kenangan masa lalu kita,  
temukan kompas untuk hari esok

Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada satu tahun yang lepas? Masih ingat? Tentulah kebanyakkan orang akan menjawab: TIDAK. Pada beberapa hari yang lepas, telah terlihat catatan dalam sebuah diari lama dan membaca satu catatan pada Ogos tahun lepas yang tertulis: “Dua ekor anak kucing kesejukan di depan pintu rumah dan saya mengambilnya, membersihkannya dan memberinya makan.” Sememangnya ramai diantara kita yang tidak mempedulikan diari @ catatan kita, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati.

Oleh kerana keinginan untuk mengingatinya saya telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari @ catatan dan telah banyak manfaat  telah saya perolehi dari perbuatan ini. Saya mendapat minat untuk menulis ini kerana galakkan daripada peristiwa yang menerangkan betapa pentingnya catatan untuk masa yang akan datang. Mudah– mudahan perkara ini akan membantu kita untuk mengingati kejadian atau hal yang istimewa. Tulislah catatan hidup kita pada setiap hari. Catatkan peristiwa–peristiwa yang penting dan kosongkan ruangan terakhir untuk kenangan yang paling indah.
 
Seperti kebanyakkan orang, saya mula menulisnya tetapi lama–kelamaan saya tidak mempunyai waktu, untuk meneruskannya catatan ini saya hidupkan ruang belog dengan menggariskan tiga panduan untuk menulis iaitu :
- hanya suatu perkongsian bagi orang lain membacanya
- tulis yang jelas
- guna kata-kata yang sebaik mungkin
 
 
Manisnya menulis diari @ catatan
 
Catatan yang ditulis akhirnya telah menjadi teman yang amat berharga yang memperkaya hidup saya dalam banyak cara. Inilah perkara yang saya lakukan dan mungkin juga dapat memberi perkongsian kepada orang-orang yang terdekat dengan kita. Sebenarnya catatan merupakan rujukan yang paling berharga. Seperti sebuah diari dapat membawa kita untuk menemukan diri kita. Biasanya saya akan mencatatkan peristiwa – peristiwa yang menyenangkan sahaja, tetapi kerana hidup saya ini bukanlah sentiasa berjalan lancar, maka adakalanya saya sering mencatatkan perkara – perkara yang bersifat emosi seperti kesedihan, rasa cemburu dan kemarahan. Sekadar menulis perkara – perkara tersebut dapat membuatkan hati saya sedikit tenteram. Membaca kembali peristiwa – peristiwa itu kemudian akan membuatkan saya merefleksi diri dan memutuskan untuk lebih bijaksana lagi dalam menangani perkara seperti itu di kemudian hari.
 

Sebagai hambaNya yang biasa memang tidak akan dapat menduga hidup, namun dengan memelihara catatan akan dapat menolong kita memahami apa yang memberikan kegembiraan dan apa yang membawa kesedihan. Perkara ini dapat memelihara perasaan kita ketika itu yang mungkin akan terluput daripada pandangan kita. Diari atau catatan ini menolong kita menerima penderitaan–penderitaan dengan perasaan sedih sebagai rencah kehidupan. Dengan membalik–balikkan halaman catatan, kita mungkin rasa tercenggang betapa banyak hari yang menggembirakan telah diselimuti oleh tragedi–tragedi atau kesedihan yang tidak pernah disangkakan. Manisnya ada catatan.....


Diari atau catatan dapat meningkatkan kesedaran kita tentang sesuatu. Oleh kerana itu, catatan amatlah berguna untuk membangkitkan kesedaran kita terhadap sesuatu perkara yang selama ini telah kita lupakan... atau yang indah itu sebagai kenangan untuk dikongsi bersama..............


kepentingan menulis diari
Hari ni nak tulis apa ni? PEACE
 
 
  
 
 
 
 
 
  
 
 
 

 

Thursday 13 June 2013

D'KALA RELA BERPAYAHAN SETIANYA 'AYAH'

SALAM.. SALAM.. SALAM..
 
TIGA.... LAPAR DAN DAHAGA
RELA BERPAYAHAN
SETIANYA
A Y A H
 
 
tak terucap dengan kata-kata tentang kasih sayang ku pada kedua ibu bapaku... walaupun ku sangat blues geng...
Terima kasih ABAH now I faham apa yang kau lakukan untuk ku
 
 
SELAMAT HARI BAPA
MY ABAH
"KAMARZAMAN ZAINOL ABIDIN"
ku sayang semuanya
papa and Mr Daddy
mereka ni AYAH yang rela berpayahan....
 
 
TO ALL AYAH
P E A C E
 
 
 
 

D'KALA DUGAAN ITU SATU CUBITAN

Salam.. salam.. salam..

Dugaan itu adalah cubitan sayang dari Allah untuk kita agar kembali padaNya & hanya bergantung harap kepadaNya..
 

Berita baik buat hati yang gelisah. Orang kata bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayah nak datang kepada kita.. hidayah ini bila nak bertakhta dalam hati, tidak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, maka pada waktu itu hidayah terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kita jadi gelisah..


Ambillah kesempatan ini untuk memenangi peperangan tersebut supaya hati anda tenang kembali.. bagaimana caranya? Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

 
kita orang Islam bila susah hati,itu tandanya Allah nak tambah hidayah dalam diri. Dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang. Tumpukan perhatian kepada Allah. InsyaAllah akhirnya hati kita akan menjadi
tenang,
tenang,
setenang tenangnya.
 
 
Selamat merebut hidayah Allah..
 
wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
 
wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
 
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau 
Sang Maha Pengampun dosa
 
Ya Robbi, izinkanlah 
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hamba-Mu
 
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau 
Sang Maha Pengampun dosa
 
berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

ku mohon bersama doaku
yang kudus
agar debu-debu
yang mendebur bukan
lagi gersang tandus
tetapi...
akan terhimpun subur
di atas kasih MU
yang luhur

 
P E A C E
 

D'KALA DISCONNECTION ~ PIN PIN

 
 
Salam, salam, salam

Ni cerita dunia tanpa sempadan aku tetiba disconnected sebulan yang lalu. Orang yang paling bermasalah tentulah tuan belog kan! tapi cheq elek aje.... elek a'aa brother. Aku relex beb. Agak-agak sapalah orang yang tak leh elek tuuuuuuuu? ME! no..no..no.. kan aku dah cakap aku elex beb, walaupun lambat update belog. So sapakah?
 
MR DADDY = SALAH
(paparazzi pun relex brother)
 
ECHA = SALAH
(Echa paling relex, takdak FB relex la kan)
 
jawapannya M U A Z  = BETOIIIIIIIIIIIII
 
Orang yang paling bermasalah time intenet not available adalah askar kenit very the trouble
..trouble double..
 
Mai cheq cerita masalahnya.... besa la askar kenit ni masuk rumah ja sekarang mesti minta nak tengok pin-pin. Layan la pin pin dia sampai ke tengah malam. Tetiba baru-baru ni intenet disconnection minta upin-ipin nak tekan tang mana?, mummy mung tak download just youtube saja selama ni. Hah! muka askar ni muncung 14 depa... Ingat senang nak explain kat askar kenit ni bagi dia faham apadia intenet no connection. Ayat bagi askar kenit ni faham Upin Ipin rosakk..rosak..rosak.. faham la sat, sat gi dia suh pasang pulak............... adoi laaaaaaaaaaaa dia buat dah.. Macam mana nak buat bagi askar kenit faham nih?!?
 
 
Muaz senyummm.....
 
 
kan tomeiiii
 
 
lagi.. lagi.. tenyummmm
 
 
mei... mei..
 
 
awaaa..askar kenit nih
 
 
happy.. happy..
(cheq bagi dia lupa sat angin upin ipin dia)
 
 
happy peaceeeeeeeeeeeeee
LUPA!
 
 
aiskrim juga leh buat dia lupa upin ipin
 
 
makan.. makan, suap kat mulut ka? kat baju nihh?!?  ;(
 
 
acara meluluq dah stat... lengan tangan
 
 
up sket, siku!
 
 
luluq sebelah tangan dahhh
 
 
 tu diaaaa, tomei hat ;(
 
 
muazzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!
 
 
buat mulut itik dah... muncung depa depa..
 
 
merajuk dah, kena tempik dengan sarjan mummy ;)
 
 
makan.. makan.. main-main, senyummmm
LUPA... LUPA... UPIN IPIN.
 
 
 
 
Ingat dia boleh hilang ingatan dari upin ipin dia. Tak jalan, happy la sat, upah la sat ice krim... Angin pin-pin dia mai apa pun tak boleh!. PIN-PIN.. PIN-PIN.., Macam cheq nak pon pon saja budak ni tau. EEE'eee terammm.
 
angin pin pin dia sudah mai
 
 
dah stat
 
 
drama in action
 
 
1 2 3 action..
 
 
Muaz ada cicak dalam tu, cepat keluaq!
 
 
 
The end, pening ngadap macam-macam drama askar kenit ni, cheq suruh Mr. Daddy beli VCD Upin Ipin and pinjam VCD player Kakak Ecah. Tengok la puas-puas jangan dok berdrama dahh... omak mu loteh. Nak masak pun tak senang tau!, tak peace langsung dok pin-pin.. pin-pin...
 
VCD upin ipin + ipin, dok diam-diam
 
VCD player Kakak Echa tu, pinjam ya akak, TQ
 
kang mummymu botak pala mu jadi pin-pin kang!
PIN-PIN... PIN-PIN...
 
 
P E A C E.. PIN PIN