Tuesday 28 October 2014

D'KALA OOTD ~ 'I LOVE EXO'

Salamun salam, hari ni cheq nak buat entry ala-ala fashionista walaupun cheq nie bukan dalam katogeri stylista. 


#pejam mata rapat buat lagu poyo aka gatai sat


Cheq ni takat admire blogger fashionista memang la ramai. Best cuci mata study OOTD lepa baq sat, sesedap mata memandang. Bahagia jadi pompuan tengok orang melawa bagai pun leh tenang dan nyaman gitew.

Nak sharing my admire, seorang blogger a.k.a fashion designer yang simple cool stylosta. Pertama kali tengok stail dia cukup makan hati, sebab cheq salah sorang yang amat meminati ciri-ciri design yang berunsurkan muslimah tapi still relax cool, stylo melow and etc.

Lepas dok study fashion dia meleret-leret walaupun relax ja merendah serata alam benua dan kasut dia boleh tahan high wedges, kekadang rasa nak pinjam sat OOTD dia, copy and paste!. 


yang penting cheq confident dah nie, OOTD meleret-leret woo!!!




"mummy dah minat K-pop?"

"Bila?"

"tu mummy pakai"

"OMG?!!?, I LOVE EXO tu K-pop ka?" wakakaka


cheq ada sorang lagi peserta

v


v


v


v


v


v


 nak copy and paste jugekk!!!
Echa minat K-PoP tapi tak leh pakai I LOVE EXO





P E A C E 








Thursday 23 October 2014

D'KALA "IM OF SADDNESS"


SALAMUN SALAM
Sedih bila hidup dikalangan orang menyakitkan hati


Kebaikan yang tidak dihargai malah dibalas dengan menyakitkan hati?
Pernahkah kita terpaksa berpura-pura untuk kelihatan baik pada luaran terhadap seseorang, tapi dalam masa yang sama kita mencaci sumpah seranah terhadapnya?

Walaupun kita tersenyum, membuat gerak badan yang mesra dan bercakap dengan penuh sopan, tapi dalam masa yang sama dalam hati kita sebenarnya “ membunuh” mereka dengan kemarahan dan bersangka buruk apabila terasa sakit hati.

Kita tidak sedar sebenarnya kita yang egois!

Sebenarnya itu kita tidak cukup baik lagi, belum cukup ikhlas.
Kita ego.

Tetapi mengapa pula kita yang ego, sedangkan merekalah yang jelas-jelas lebih ego dari kita?


Mari saya terangkan..
Sebenarnya kita ego sebab kita mahukan sesuatu. Kita mahukan sesuatu situasi itu diselesaikan mengikut cara kita.
Selalu kita merasakan orang lain salah dan kita adalah betul. Kita merasakan apabila kita sudah memberi dengan kebaikan, kita juga harus dibalas dan dilayan dengan kebaikan.

Sebenarnya kita silap.
Kita tidak sedar bahawa secara umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada kita sesama makhluk yang terbatas.

Sebarkanlah kebaikan kita yang seikhlasnya, tanpa perlu kita terpaksa berpura-pura baik dengan orang yang kita tidak suka.
Memang bukan tugas kita untuk menjaga hati setiap orang, tetapi kita sendiri harus sentiasa berbuat baik dengan sesiapa pun, seikhlas hati. Percayalah, bermula daripada ini, kita akan merasakan lebih banyak kebaikan yang akan datang kepada kita apabila kita menetapkan niat untuk menyebarkan kebaikan kita secara ikhlas.



bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, ‘Teori memang mudah , praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’
Sabar itu Beautiful.
No suffer afflicts us beyond our capability.

menyakitkan hati


Perasaan menyakitkan hati memang memenatkan. Jadikan Ini sebagai ladang peningkatan diri walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang, Jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan, kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita.


perkara yang menyakitkan hati selalu datang apabila kita cuba berbuat baik oleh itu, bunuh mereka dengan kebaikan
(kill them with kindness)


P E A C E







Tuesday 21 October 2014

D'KALA AKU


SALAMUN SALAM

Ingin sekali aku menjadi penulis jalanan

Penulis iaitu aku yang tidak segan berkongsi pengalaman biarpun ianya jelas sebuah kegagalan.
Tiada hentaman, tiada cacian.
Dikongsi bersama rakan, taulan.
Nilai hidup dialas pedoman, erti hidup berbumbungkan haluan.
Akidah telus dijadikan pegangan.
Biar kita berbeza pandangan di atas 1 landasan.
Kerana kau & aku selamanya kawan.
Ingin sekali aku menjadi penulis jalanan..

A K U 
Ingin Kembara
by Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
 

P  E A C E




Tuesday 7 October 2014

D'KALA KITA DI AIDIL ADHA



Salamun salam...  Salam AIDIL ADHA


Hari ini selesai sudah kita menyambut Aidil Adha. Alhamdullilah pada para jemaah kita yang selamat menunaikan Ibadah Haji di tahun 1436 Hijrah. 

Raya Haji kali ni cheq di rumah My Mak Bee. Kita kat Kedah, Raya Qurban sebut Raya Haji ja... Dolu-dolu kalau sebut raya memang ada geng bagi salam nak duit raya. Sekarang dah lain... raya haji semua sebok nak tengok lembu kena sembelih (korban) termasuk anak cheq. Tak takot bebudak sekarang nih. Cheq dolu join geng bagi salam sebab pantang sebut "hari ni Hari Raya..", kira nak bagi salam kutip duit raya sajaa.... ;)


Selesai buat korban di surau TST dekat rumah Mak Bee, agenda seterusnya sebok memasak la. Mak Bee buat menu Nasi Bukhari, Sup Daging, Ayaq Asam dan Mee Rebus. Mak Bee jemput sanak saudara saja. Al-maklum la dia merasakan jiwa sebagai ibu kepada anak-anak saudara nya. Sekarang Mak Bee sudah kehilangan abang, kakak dan adik tersayang. Naluri sebagai tempat kasih penghubung tali silatulrahim sentiasa dimulut My Mak Bee. Banyak sungguh pesanan yang dia suka sebut akhir-akhir ni. "Jangan lupa jaga Mak Teh, jangan belagak dengan mak dan bapak menakan (mak/pak saudara)". "Dengan sepupu sepupu selalu la pe ziarah walaupun Mak Lang, Pak Long, Pak Ngah dah tak dak". Sifat seorang ibu memang banyak mulutkan? dan penuh dengan peringatan!!. Nanti cheq pun lagu tu la jugak, kita tunggguuu............ "Ya.. Mak, Ya Mak.. Cheq memang muka brutal lagu tak dak perasaan tapi jauh dalam naluri hati cheq ni, cheq ingat Mak". (sebut dalam hati). 


Cheq masih ingat Tok yang slalu sebok nak masak walaupun dulu Tok masak dengan dapor kayu saja. Tok suruh kami ligan ayam, ligan itik nak buat menu hari raya. Tok tak pernah marah walaupun seinci pada kami, kekadang cucu-cucu berlari srupa nak rebah rumah. Cucu tok memang ramai. Ada masa tok rajin bawa kami yang sempat naik basekal tua pe tempat mesin getah, lepas buat getah Tok blaja kami makan ais sagat boh ayaq menit. Semua yang pergi tak berganti tapi kenangan yang berlaku pasti berganti, now My Mak Bee pun buat benda yang sama pada anak-anak menakan dia dan cucu-cucu dia. Oh MAK.. me tooo soon..


My Mak Bee anak ke-4 daripada 9 adik beradik. Sekarang banyak sungguh pesanan dia suka sebut... Cheq memang dianugerahkan Mak yang suka beri banyak peringatan... YA, Mak cheq akan ingat "In Sha Allah". 


That my Mak Teh 
Mak Bee slalu sebut nanti jaga Mak Teh baik-baik




Walaupun Mak Lang dan Pak Lang sudah tiada, my cousin still ada My Mak Bee. Mak Bee tak pernah lekang mengingati kami anak Mak Bee "jangan lupa jasa baik Mak Lang dan Pak Lang". Jaga hubungan dengan anak-anak Mak lang Pak Lang baik-baik.



Kami's Mak Bee club


Semakin veteran Pakcik An dah rupa Tok Wan
(adik bongsu My Mak Bee)



LOVE FAMILY 
tu la ayat My Mak Bee
tapi dia sebut lagu nie la
"jangan sombong dengan orang, lebih-lebih adik bradik"
~ panjang lagi syair Mak Bee, cheq ringkaskan. Rohsia cheq;) ~ 


"ya.. ya.. cheq angguk nie..Mak Bee"




P E A C E