Tuesday 25 June 2013

D'KALA TANGKAI AZIMAT TERGANTUNG



 
...Tangkai Azimat...
 
2..3 bulan kebelakangan ni askar kenit dah mengecut, Oleh sebab itu cheq gantung tangkai azimat ni untuk bagi dia mengembang kembali. Oh! tidak, sebenarnya My askar sudah diserang kecacingan. Cheq boleh rasa dan tengok my askar sekarang dah hilang selera makan, kekadang monyot saja, tidoq pun menungging, dia makan, dia luah, dan paling ketara badan dah jadi gitarrrrrrrr.....
 
Azimat emergency, petua dari my abah ambik tali kasut yang dah pakai and bawang putih buat rantai (bagi pakai sat supaya cacing tu dok diam-diam, tidak dia dok jolok mai jolok pe tu yang muntah tak breti-breti, abah cakap). Tetiba my askar muntah-muntah, dan jadi terkulai layu.  Cheq gantung tangkai azimat ni sat sementara esoknya cari ubat cacing. Doktor dah bagi ubat cacing disebakan ubat biji cheq tertangguh nak bagi dekat my askar. Ubat biji dia buang tuan doktor oiiii, so pakai azimat niii sat.... agak mujarabbbbb (petua orang dulu-dulu).
 
 
bukan senang nak gantung tangkai azimat cacing ni, cheq kasi up skit volume, pakaiiiiiiiiiiiiiiiiii! tidak muntah lagiiiii.., dengan rela dalam keterpaksaan tergantung jugak
 
 
5 minit lepas tu dah tertidoq...
 
Tangkai Azimat Cacing ini adalah satu perkara yang tidak formal untuk masalah kecacingan, (ianya hanya petua orang lama, barang yang lama dilupa jangan). Yang formal sila baca info ini ya kawan-kawan.  


C A C I N G, cacing, cacingg. Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak, ianya berlaku juga pada peringkat orang dewasa. Bagaimanapun usia paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah dibawah setahun.
 
Mungkin kita beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera. Masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah fokus pada pembelajaran.
 
Tanda anak dah kecacingan (bergantung kepada jenis cacing)
- keluar cacing daripada lubang najis atau Nampak cacing pada najis
- kegatalan terutaman di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
- Sakit perut, cirit birit, lemah badan, kembung
- Tiada selera makan, pucat,
- Kurang berat badan walaupun selera makan ada
- Batuk-batuk teruk yang berpanjangan (cacing di paru-paru)
- Demam, ruam-ruam badan, alahan
- kaki gatal, sakit, ruam dan bengkak kaki, (untuk cacing kerawit)
 
Kaum kerabat cacing yang menyerang
1. Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang, boleh masuk hati dan paru-paru
2. Cacing kerawit (Necator Americanus) -  gigitan yang tajam, ia masuk melalui kaki dan kuat hisap darah
3. Cacing rambu @ cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
4. Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang, susah nak dibunuh
 
Jom kita buat pengecahan & rawatan
- Perlu jumpa doctor untuk ambil ubat cacing
- kuku selalu dipendekkan
- jangan tanggal kasut ketika diluar rumah
- amalkan membasuh tangan sebelum dan selepas makan
- pastikan haiwan peliharaan sentiasa bersih
- Kerapkan membersih badan dan dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
 
 
 
Selamat beramal, PEACEEEEEEEEE 



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment