Sunday 22 February 2015

D'KALA MY MELOW


Salamun salam
my melow is coming 
#sora jiwa



Terkadang bila nak balik rumah dari tempat kerja, badan terasa sangat penat.
8 jam di pejabat, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat.
Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena.
Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau!
Walaupun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri.
Alhamdulillah, selamat sampai rumah.
Makan, solat & tidur..

Balik da pukul 11.30 malam.
Gelap gelita sudah. Bertemankan kepekatan malam.
Takut ke? Taklah.. Gementar je sikit.
Tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya =)
Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!

Dalam 'surat cinta-Nya'.
Dia berfirman:
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit & bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung & penolong selain Allah."
(Al-Baqarah, 2: 107).


Thank you Allah!



P E A C E



Monday 16 February 2015

D'KALA NAK KALA PASAI PINK



Salamun salam.... 

Status tajuk lagu peraduan warna kala pink, tapi baca la sat na... Yuhuu....., hari ni singgah sat nak masuk parking tang kala-kala ni. Dah brapa minggu tak dan nak mengala tang nie. #nak habaq cheq sebok latew. Percaaayalaaaaaah... cheq memang sebok baq youu... Sebok mencari ilham memajukan sumber-sumber ekonomi negara cheq ;). Moga berkat sokongan dan dorongan dari mereka yang sentiasa berada di tulang belakang cheq serta redhaNya cheq dan nonie akan terus bersemangat memajukan usaha niaga kami. Tudiaaa... ayat lagu masuk percalonan usahawan zon utaqa.. #angan-angan melangit, doakan ya ;) 

Masuk tahun 2015, banyak jugak aturcara cheq dengan my nonie mengatur. Untuk new plan biz, kami berdua mengambil kata sepakat cuba buka satu cawangan kecik Little Pink Studio - Wedding + Rental Station di Sungai Petani, bertempat di teratak cheq. Butik comei di satu bilik comei kami mulakan operasi. Mai cheq mai, cheq maiii kita berkenalan dengan Little Pink berkonsep 'D.I.Y' (Do It Yourself) 'Kami Sedia, Anda Reka'.



Little Pink Studio official logo
cerita kala pink nie la, lalala.. 
Little Pink Studio ilham dari NonieErnie...



Pakej Mini Pelamin







Pakej Photo Booth





Little Pink juga menyediakan khidmat kepada yang berminat untuk menyewa secara 'loose' item. Konsep D.I.Y ni sangat fleksibel dalam merealisasikan majlis anda,  sangat mudah dan sangat save buget, bak tagline Little Pink kami 'Kami Sedia, Anda Reka'. Jangan lupa konsep ni anda diminta mengambil barangan yang disewa secara 'Self Services'. Jika ada yang berminat untuk menggunakan khidmat sentuhan dari Little Pink Studio secara total kami akan mengenakan 'installation fee' secara berasingan. Untuk lebih banyak info pasal Little Pink Studio, sila la ke link-link ini, follow la ya...

or Instagram LittlePinkStudioWeddingRental


Ni la story mory what is going on, why sejak dua menjak nie cheq tenggelam tak timboi?!?. Ilham nak mengarang ada tapi tak dan nak menyelit, bizi gaban banyak bab nak tengok, nak jaga and nak pe pantau. Al-maklum la memberi fokus. 1st time nak handle balik bab mak andam, so many things cheq must to do it and must to study hard. Kalau cheq tak study betoi-betoi alahai mati nak mengadam. Pakai keraq tangan ni gantung kain backdrop saja. 

Nak biznes ni mesti kena serba serbi boleh. Ya..boleh!, cheq kalau boleh semua bab nak jaga, bab isteri, ibu, anak, partner biznes, sebagai pekerja, teman, saudara mara. Fuhh.. banyak bab kan?!? moga-moga cheq tabah dan bersemangat dalam perjuangan cheq yang masih belum selesai. Cheq seorang insan biasa yang masih memerlukan sokongan dari semua pihak. Sila tunjuk ajaqku semua, #tundukjepun. Doakan cheq dan Little Pink Studio bersama my partner naa.. :). Sekian, terima kasih.


ku sambut pinkmu dengan hati yang terbuka my boo, 
moga usahasama ini dalam redhaNya...



TERIMA SAHABAT



P E A C E






Sunday 1 February 2015

D'KALA DI FEBRUARI


Salam 12 Rabiul Akhir di Bulan Februari....


Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi,
maka awasilah kerana bila-bila masa sahaja kau akan ke bawah

Namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah,
percayalah bila-bila masa pun akan kau akan berada di atas

Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha

Ingatlah bahawa kabus itu memang gelap,
tapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila munculnya sang mentari

Ingatlah!!
Dalam kita melangkah dalam perjuangan terkadang diuji dengan ujian yang terasa sangat berat sehingga kita terduduk dan menangis layu. Peritnya terasa. Tetapi  ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang yang terkoyak lantaran ada langkah yang tersasar dari landasan keikhlasan dan ketaqwaan. Semoga diberikan kekuatan untuk teruskan perjuangan.


.The Beauty of Islam.



Thursday 8 January 2015

D'KALA KALA...KALAAAAAAA...



SALAMUN SALAM...  SALAM JUMAAT

Saya masih 'mencari' & terlalu banyak lagi silap di dalam diri. Bantu saya dalam mencari sebuah 'erti'. SYUKUR ATAS KESEDERHANAAN INI, MAAF JIKA MASIH BELUM MEMULANGKAN HAK SIPEMBERI. MASIH MENCUBA MENCARI.. 

Kenapa perlu mengembara di atas dunia sehingga ke penghujungnya untuk menjejaki sesebuah kesempurnaan? Tidak akan ku jumpa kerana kesempurnaan yang hakiki hanya milik Ilahi. Hargai apa yang dimiliki & sama-sama pupuk perasaan kesyukuran atas segala apa yang telah dikecapi. Kalau kita bersyukur, confirm Allah tambah lagi! Allah tak kenakan sebarang bayaran pada kita melainkan melakukan sesuatu only for the sake of Allah. 

“Handbag dia jenama Hermes, beli kat Mall Bukit Bintang.
handbag aku pulak, jenama ala-ala ja.”

“Dia ada kereta. Tak payah berpanas berpeluh bila sampai di tempat kerja
Yang aku pulak, terpaksa jalan kaki awal setengah jam supaya tak terlambat. 
Siap berpeluh bertimbun-timbun dan sunburn lagi.”

“Whoaa. Dia pakai SK II la. Mahal! Bergaya! Masuk tv tuu
Aku pakai pencuci muka jenama Safi je. Beli kat mana-mana pun ada.”


Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah mereka yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah mereka yang berkaki ayam. Jika berkaki ayam, pandanglah mereka yang tiada berkaki. Bagaimanakah perasaan mereka yang tiada berkaki pula?

Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada malah sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi.

BERKASUT, BERSELIPAR , BERKAKI AYAM & TIADA BERKAKI


Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayr..




P E A C E





Tuesday 6 January 2015

D'KALA BELAJAR DAN BELAJAR TERUS BELAJAR


Salamun salam................ hari ni dah masuk hari ke-7 di taun 2015
tak tahu macam mana  nak descript tahun 2015 nak macamana? SAPA TAK MAU YANG BAIK-BAIK KAN???
~ keinginan ku
~ kemahuan ku
~ kehendak ku 
~ jiwa dan hati ku
kalau ikutkan nak bawa 2015 ni jadi hat baik-baik belaka, tapiiiii............. sepertimana dalam hati ini selalu berbisik. "Impian kita sama kesukaran kita berbeza". Sabar dan kuat, yakin disitu bermulanya sebuah KEBAIKAN, yang penting kita sedar dan berubah. Mungkin belajar untuk berubah satu kebaikan sedang bermula, setuju dak???  blur sat, #cheq pikir panjang....................................kerna yang lemah itu dari kita, dan yang baik itu dari rahmat Allah s.w.t.


Cheq ni masih ada rasa sedih skit-skit lagi, sedih la kan, banyak peristiwa sedih-sedih yang kita tempuh ditahun 2014, baru ni kejadian BANJIR di Kelantan dan sewaktu dengannya. Banyak post-post sukarelawan cheq baca, sangat-sangat tersentuh rasa hati. #CHEQ HANYA DISINI. 

Baca hat 'hero keyboard' lagi sedih, #MELUAT, rasa nak jadi rimau pun ada... tak abis-abis kutuk sana, kutuk sini... pikiq balik hang pe jadi superman lagi baik kot dari dok depan PC mengupdate benda hat bukan-bukan. #TAK TAU APA YANG ADA DALAM HATI HAMPA.

Baca bab pemimpin! hat ni lagi srabut nak faham!!!. Buat tak faham lagi ok kot?!?, tak faham laa dengan kepimpinan melalui taudalan. Hampa dipilih sebagai satu amanah time-time ni lah bagi keutamaan untuk turun mai cepat-cepat bantu rakyat yang merhain ni. Sembunyi sat bab-bab lain. Ya! cheq faham sedang diusahakan!?! tapi yang cheq tak faham "Inilah masa untuk mereka @*#@)##_+> mengambilalih .......lihat muslihat mereka???!!!?? HELUWW Encik mangkuk?? time nak bersyarah pasai pilih cap dah lepas...., tunggu 5 tahun lagi sat?!? tolong jangan dok bawa keluaq ayat-ayat yang tak sepatutnya leh dak!, ni time banjir bukan time nak kempen parti!?!. Simpan sat cap peqau, kipas, ulaq, bintang or apa-apalah... tolong laaaaa tolong.... #MENGAJI PANDAI TAPI CAKAP MACAM TAK MANGAJI PANDAI


Nak buat entry belajar dari peristiwa.. dah jauh masuk simpang mengarang ni... semoga lagu ni sebagai satu penghayatan, penuh makna yang tersirat. Masing-masing ada seribu macam cara untuk membantu mereka tapi tak perlu la kita kutuk mengutuk mengeruhkan lagi suasana. Jalan kebenaran selalunya didustakan. Yang benar dianggap salah, yang salah dianggap benar. Dunia tidak terbalik, tetapi hati dan akal manusia yang terbalik ketika mentafsir, memahami dan bertindak!


#Gembala kecil menangis sedih ... Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini 
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita 
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ....

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang




terima kasih kepada sukarelawan yang bekerja keras untuk menolong mangsa-mangsa banjir
 #hugkalian #takdakayat




P E A C E







Wednesday 31 December 2014

D'KALA KAU KU TINGGALKAN 2014



TERIMA KASIH 2014, 


KAU KU TINGGALKAN, bersama 
#SUKA & DUKA
#CABARAN & DUGAAN
#PENGAJARAN & PELAJARAN
#KEHIDUPAN & KEMATIAN






2015....kami menanti dengan penuh harapan. Apa mungkin akan ada ujian yang lebih getir sebagaimana 2014 menguji kami? Atau mungkin ada sedikit harapan buat 2015? Wallahualam... Sesungguhnya manusia itu merancang tetapi perancangan Allah SWT jualah yang tetap terbaik untuk manusia. Kita berdoa dan bertawakal kepada Allah moga-moga 2015 ini dapat ditempuhi dengan lebih kuat dan tabah. 

Wallahualam....



P E A C E



Thursday 11 December 2014

D'KALA FROZEN..FROZEN..FROZEN


Salamun salam....

Just nak sharing #OOTD #LATEPOST #THROWBACK #REPOST #FROZEN


 OOTD Party Theme 'Si Esah (Elsa) Beku'

"Happy Birthday Ajla.."



~ FROZEN ~

Puteri Beku Elsa memang sangat trending di abad ini. Memang melatop Si Esah (Elsa) beku nie. My Echa nak gaun kembang-kembang tak jumpa size, redha ja dengan apa yang Mak cheq jumpa ya.... Jangan majuk ya Echa!




 OOTD Funfair time wearing Si Esah (Elsa) Beku lagi ;)

"Happy Face"



v




v




v




v




v




v




yours dreams come true.... Echa...


sapa-sapa nak buat surprise untuk anak-anak let's come to mahani.moleque 
so cute-cute Frozen. Mak Echa harap Echa hapi dapat gelang ni untuk ganti gaun yang tak dak size tu..... ;)






P E A C E