Thursday 28 March 2013

D'KALA HELPFUL TIPS

 
 
Kelas kita hari ini buat kerja shortcut. Kongsi tips sharing is caring. Petua hari ini sangat sesuai untuk para-para ibu yang menghadapi kes diluar kawalan tapi save belanja, masa dan tenaga. 
 
 
Mana yang sesuai leh cuba. Slamat mencuba!
Tips 1 : Tetiba ja mak mertua datang rumah. Takat kita-kita saja don't worry ler!!. Kang sedia teh still nampak stain dalam cawan kopi. Sapa-sapa yang setal cawan dengan sunlight still tak nak light jangan segan ambik serbuk soda penaik dan sapu dengan air perlahan-lahan pada kotoran degil. Kejap lagi nyah lah karat degil. Baru laa.. tak malu nak hidang secawan teh untuk mak mertua dalam cawan bershine-shine.
 

 
 Tips 2 : Ni sesuai untuk gegirl. Suka fashion mestilah kena salin-salin baju kan! Tiba-tiba penarik zip hilang la pulak. Don't worry paper clip leh jadi pengganti. Kes macam ni kalau tarik guna jari abis cik kuku kan!. Pas tarik jangan lupa buang paper clip tu, kang ada plak nota tambahan kat belakang baju.



TIPS 3: Floor protection yang bergaya. Cantik tak! 3 in 1. Sapa-sapa yang letak floor board kat rumah sesuai guna tips ni demi menjaga keselamatan lantai anda. Kanak-Kanak memang suka tolak sana sini letak stoking comei2 ni so sweet. Tak nampak kesan calar sana sini, sejuk memandang lantai. Save, Selamat, Sempoi. 
 
Satu lagi stoking helpful. Kita beli spek untuk budak2 jarang dapat casing so carilah casing seperti di atas, comei kan! Berguna jugak stoking-stoking lama yang kuit miut nie!
 

 

 TIPS 4 : ZK suka tips ni sesuai diguna pakai untuk bilik kanak-kanak ribena. Kanak-kanak you all tahu kan, lepas mandi mesti tanya mamaaaaaaa panties kat mana? baju kat mana? itu ini kat mana? Nak explain drawer sana sini, guna dialog panjang-panjang, kan buat la muka penin!. Guna ayat simple, panties kat riben biru, t-shirt kat riben merah, seluar tidoq kat riben hijau or bla-bla..bla..bla.  So easyyy kan!



TIPS 5 : Jom skali skala berkreatif dengan anak. Lilin kek yang lebih-lebih pasni jangan buang. Kita asah bakat anak buat card sendiri. So esk ada ja birthday kawan-kawan mereka leh buat sendiri kad. Tak yah kalut-kalut ajak pe beli. "Mummy echa nak beli kad untuk alang.. untuk tok, aleeya jugak",  "Lilin banyak pe pelekat buat kad", save gila. ;)




 
 
  ZK sentiasa  guna tip yang ni. Mop lantai masukkan pencucui lantai + cuka,  so berseri-seri lantai. Slamat mencuba.
 
 
 peace yoo...!
 

 

Thursday 21 March 2013

D'KALA TEKAK NAK KEK

 
I'm around SP wokay... susah wooo mau cari Home Made Cake's  Fresh  From D' Oven. "Hello Chekmoon ka! Ya kak ZK, nak kek ka? Ya..ya.., pandai chekmoon teka". So sapa-sapa yang berada kat area Sg. Petani tringin nak order Home Made Cake's Fresh From D'Oven let come calling-calling chekmoon dia can provide you cupcakes . cakes . candy buffet . chocolate . tags n stickers . hantaran .
 
Sedap..dap..dap leh masok kek ceklat dalam mulut ;) 
 
Jemput yuhhh!  


SERIOUSly..SEDAP..DAP


dapnya...
 


 PEACE YOO!

D'KALA SOLVED!


Empat, 5, 6 hari yang lepas i'm stuck on blur day. Nak diam tapi ngak boleh, nak tulis tapi ngak bisa. Masalah negara jiwa raga ngak boleh bikin rebut-rebutan. Sindrom bulan mengambang sama, hormon-horman sensitivity mudah terhasil. Pikir macam-macam. Yang tak jadi ku pikirkan terjadi. Yang terjadi ku pikiran jangan terjadi. Kecelaruan indentitikah aku?
 
No..no..no.., dalam hidup ini apa yang terjadi hati mudah terusik tambah-tambah dengan orang yang paling dekat dengan kita. Anak buat perangai jadi Hulk Hogan, pening? Duit lari ke hulur ke hilir, ni pun pening? Robek hatiku, ni lagi pening? Sampai ku messages nobody reply pun aku nak jadi pening? Mula la hati macam diserang darah tinggi naik turun - turun naik.

Sindrom macam ni ZK memang kena cool lebih-lebih. Settle, settle, and settle. Anak! budak-budak besala. Duit! hello bank pinjam skit leh!, (tulis sonang la!) Hati! sabar je la..., lain-lain hal yang tak bisa setel ku redha je la. Bukan mudah untuk memenangi hati semua pihak. Mana bisa ku luahkan apa yang tersimpan di dalam hati ini. Luah gitu-gitu kat kala-kala skit ajer leh?. Ku yakin suatu hari nanti langit pasti cerah.

Yang biasa-biasa kembali normal... yang luar biasa pasti akan kembali normal. In Sha Allah. ZK dah setel baru leh kembali bermood. (semua orang lagu tu la :) ALHAMDULLILAH.


peace yoo..yoo!
 


  

Monday 18 March 2013

D'KALA PEREBUTAN TAKTHA BERLAKU

Bila anak dah pandai beronline, perebutan taktha akan berlaku. Perang beronline. Ini laaa kalau anak-anak zaman IT. Kita bagi mainan penuh bakul dia boleh buat tak layan. OH my anak! Dekat rumah sekarang jangan harap nak beronline tenet. Ada ja askar yang akan serang hendap nak bersosial jugak. Haiii macam la dia tau apa tu tenet-tenet nie. Please la anak not the right time for you anymore berintenet. Gi la tengok 611 astro ceria tu. Inilah kes nape mummy zarirah tak boleh bersiaran sekarang. Asyik-asyik siaran tertunda tengah malam kelam, takpun omak yang tertunda bersama siaran. Ngantuk tahap gaban tunggu musuh tumbang....
 
 
Jom skodeng askar kenit ~o.o~ 
Suruh tenet kat sini dia tak layan
 
 
 
Askar kenit sudah datang menyerang
 
 
Askar dkenit dah terpancak atas meja. "Mummy NO FB, upin & ipin please?"
 
 
Askar kenit tengah layan pin..pin..



Bestnya tempat kau parking anak huiii... mai turun!

 

Dah turun, dia layan Cartoon CAR plak
 


na..na..na..na (Ya hanana plak dia layan)
 

Abis nananana....



omak nak Hey! omak kau faham nak, Untuk Dia, Hey!
 

Askar kenit tunjuk perasaan bila omak buat rampasan kuasa

 
mai..mai...nah ambik balik intan payung omak
 
 
alahai askar kenitku... sungguh tak tenang beronline jika askar ada
 
 
muka dah ngantuk tapi nak juga berebut kuasa
Pandai askar kenit guna tektik cry.. cry.. cry sampai muntah  


~Episod seterysnya ~ Dalam bilik 
sanggup bergelap gulita tengok pin.. pin.. lagi

 
muka askar kenit den yang akan tumbang kejap lagi
 
Askar kenit den dah tumbang.....
 

Den bermaharajalela dalam gelap gulita..
 


D'kala perebutan taktha berlaku ZK beronline lah di dalam gelap gulita. Kena tunggu askar ni letih dan tumbang dulu baru omaknya leh bermaharajalela. Sekarang dia dah pandai buat helah, buat muka kesian dan menangis sampai muntah2. Kau memang bijak nak hoiii, tektik yang berkesan. Budak-budak zaman IT otak pun IT. Budak memang cepat belajar tapi jangan kau belajar macam omak kau ni, d'kala tengah bulan mengambang pun bertenet jugak. Tak bagus untuk kesihatan tidorrrr...  Sebelum tidor chat chut jap dengan Noni D'owl, jap nak online seminit!


mencari #hashtaguntukdirisendiri#

#tagdapatni# ramai ibu bapa mengeluh: Eh! mana ada masa nak menguruskan anak-anak. Balik kerja lewat..macam mana?. Pengurusan masa ibu bapa seharusnya bijak. Masa itu ada. Wardina Saffiyah pula berkongsi, tiada istilah berehat dalam mendidik anak-anak dan melakukan kebaikan kerana rehat sebenar adalah di Jannah.


peace yoo!

 

Thursday 14 March 2013

D'KALA LA..LA..LA..

Sungguh gumbira hamba hari ini, sebab pulun mencari sesuatu yang menari dihati sampai dapat. Sejak blog memblog ni semangat macam-macam. Rumah baru la katakan. Bersemangat, yea!! 
 
Apa yang buat hati hamba ini gumbira!! Dah jumpa sesuatu pengubat jiwa. Jiwa orang feling lebih, lagu ni la ;). Nak bagi jiwa nari-nari pulun mencari sampai keras jari... cari, cari, cari lagi.. cari lagi.. lagi.. lagi..lagi yes dapat. HAPI LAGI ;)
 
Disebabkan lupa sapa penyanyinya, mesti dah tau apa ZK cari! dan lupa juga tajuk lagunya. Yang tau penyanyinya Indonesia dan lirik yang nie "Burung burung camar hiburlah hatiku, burung burung camar titip rinduku, buat si dia, dia yang sangat ku sayang si dia, dia yang sangat ku sayang". Fuh! peeling layan lagu ni sambil rambut dituip angin sepoi-sepoi bahasa, melayang bagaikan sang camar terbang diangkasaraya....indahnyaaaaaaaaaaa.



Al-kisah di sebalik lagu yang ZK cari. Dulunya sewaktu umur 9 tahun (Darjah 4) kena masuk satu persembahan nyanyian di sekolah. Guru kelas tulis nama wa.. huwaaa, lagu ni dia yang pilih suh wa nyanyi. Murid dulu-dulu manalah reti bantah-bantah, semua bertindak mengikut arahan cikgu. Cikgu wa suh nyanyi lagu ni. Vokal wa manalah tinggi sropa Endang S.Taurina vokal wa macam Endang Dendang saja, terpaksalah cikgu wa tukar lagu lain. Wa still mencari lagu apa yang wa nyanyi, wa lupoo (lagu apa Cikgu Md Noor tukar & nyanyi dulu). Ingat lagi menyanyi tegak macam tiang bendera, alahai ropa wa?!?.. Mastura Abdul Manaf the winner of persembahan tu, dia nyanyi lagu kuda kepang.. so sweet. Dah jumpa lagu apa wa nyanyi, wa share yoo!
Huwaaa.... wa pernah nyanyi dulu, wa tak cayoo!
 

Rewind the happiness @ ROCK KK, N joy!


peace yoo!




 

Wednesday 13 March 2013

D'KALA SUATU ZAMAN DAHULU


Suatu ketika dolu. Kisah dulu jika dikenang memang best. Leh bayang-bayang and senyum sumbing. Maklumlaa.. sweet memori kita sendiri. Sweet memori like sweet7teen. Terkenang balik apa yang mak ZK pernah kata. Zaman sekolah zaman yang paling best untuk dikenang. Kawan-kawan zaman tu tak akan sama macam kawan yang kita ada sekarang. Kawan sekolah yang kekal sampai sekarang merekalah sabahat sebenarnya. Wow mak! u are correct. Emmm....(terbayang dah).
 

Zaman tingkatan-tingkatan dulu (zaman sekolah menengah) kami kawan-kawan suka kumpul benda ni. 
Badges ni! ingat dak!

 
Yang ada artis pujaan lagi la banyak koleksi. Duit sekolah mak bagi simpan sebab nak beli badge artis pojaan hatiku.
 
 
Satu beg penuh dengan badges!
Abah ZK tak suka benda ni. Dia kata merapu ;(
 
 
Zaman sekolah menengah style rambut tengah hot 'Jamboi Style' panggil remoih tinggi-tinggi tu. Zaman tu jamboi depan kena sikat tinggi-tinggi skit pastu spray. Zaman rock kapak la katakan. Tengah mengikuti trend terkini ZK and the geng's kena panggil sebab jamboi tinggi sangat. Ingat lagi sorang Cikgu namanya Puan Zuraini denda kami. Cikgu Anti-trendy. Adoiii, dia siap ukur jamboi kami dengan pembaris, sapa punya jamboi tinggi mengalahkan A.Mahmud tolong tambat dengan getah. Habis jamboi kami kena ikat rapat-rapat hari tu, dia bagi sepit tolong kapit. Cikgu Zuraini pesan kat kami esok sapa-sapa mai sekolah buat pesen jamboi A.Mahmud lagi tolong tambat sebelum masuk kelas dia. Luv u cikgu... 
 
Cikgu Zuraini panggil Jamboi A.Mahmud. Mak ZK panggel Merbah jamboi. (jamboi O jamboi)
 

 
Hi! ni autograf zaman dolu-dolu 
Zaman ZK dulu autograf lagu ni sangat top. Ada 2 little couple romantika. Best ada autograf leh bagi dekat kawan-kawan suruh tulis. Apa autograf tu? Untuk kawan-kawan beri kata-kata semangat buat diri kita sebagai tanda ingatan. Ayat time tu skema lagi. Ini autograf zaman tingkatan 2 or 3 kot.
 
Zaman tingkatan 4 n 5 dah kreatip sikit, ambik buku nota kulit keras buat sendiri. Habis majalah, paper kena gunting nak ambik gambar penyanyi kesayangan buat cover autograf. Skali buku teks penuh gambar penyanyi. Kena lagi dengan Cikgu.... Cikgu tanya ni buku teks or majalah URTV?!?!! Dua-dua cikgu. 2 in 1. (Pelan ja jawab dlm hati)
 

Artis pujaan 
 
Dari dulu sampai sekarang pe sekolah buku teks tak penah kurang. Demi nak jadi pandai ku galas sampai koyak beg. ZK dulu pe sekolah naik basikal. Kayuh basikal selalu bunyi ngok.. ngek.. ngok.. ngek, bunyi raga basikal nak tercabut. Raga pun tak larat nak carry buku berat-berat. Tapi dulu ada pengikat buku. Rasanya dulu benda ni sangat trendy, senang nak carry many the books.
 
Dulu macam-macam kala n rupa. Lani susah nak cari. Yang ada pun tak stylo "O".

  
Suatu ketika dulu zaman kumpul koleksi Garfield very the vast. Sapa yang dak koleksi kucing malas nie. Dari beg, jam, toy's, teddy, t-shirt, mug semuanya ada. Sapa yang takdak angkat tangan? Kira yang mengikuti trend terkini mesti buat koleksi garfield ni. ZK pun join sekali, simpan duit ooo. ZK gila kumpul koleksi garfield ni dengan my cousin Atie. Time tuee ZK dah sweet8teen, dah keja. Dah boleh beli apa-apa yang nak. Kedai yang jual segala macam koleksi Garfield dulu ada kat Taman Sejati dalam Parkson, Sg.Petani. Sekarang kedai tu pun dah tutup. Dulu pantang ada duit lebih mesti pe kedai tu beli garfield comei ni. Mengimbau semula koleksi garfield dolu-dolu.
 
 
My Kucing Malaih collection's
Dulu ZK ada jam lagu ni, now dah hilang tah pe mana 
 
Dulu gila pakai beg style ni
 
 Key Chains koleksi yang terbanyak. Modalnya kecik.
 
 
Still simpan t-shirt2 ni. Selai dua ada jugak bagi dekat adik ipaq. Tgk-tgk lani dah jadi kain lap-lap. Ayoyo my kesayangan tue. Lepa tak tau nooo.. 


 Dulu bantal kepala garfield ni mesti ada. Habuan peluk-peluk sebelum tidoq.
 
Yang gila collect barang-barang garfield mesti ada sebiji mug lagu ni ;)
  
Tapi ini semua tinggal kenangan, seronok share kisah dolu-dolu. Ikutkan banyak kenangan dulu-dulu yang masih fresh dalam otak ni. Semua orang ada crita 'old skol' sendiri.
 
Macam anak dara ZK  nie, agak-agak tau dak apa koleksi dia. Budak-budak zaman 2000an!
PRINCESS ~ BARBIE'S ~ PINKIS
 
dengan Al-Kisah Suatu Zaman Dahulo! ;) 
 
peace yoo