Friday 28 February 2014

D'KALA BERHEEL TERPISAH DUA

Salamun... salam....

Tip tap.. tip tap dah Jumaat, hari terakhir di bulan Febuari..... 

Hari jumaat fesyen nak masuk opiz mestiii nak cari gaya muslimah skit, al-maklum la nak menghormati hari penghulu segala hari. Mood hari ni sarung jubbah meleret. Bila pakai jubbah meleret lawannya kena pakai kasut berheel baru ngam hooo!!!

Cheq ni sakit lutut, sejak sakit lutut nie memang dah jarang sarung heel heel ni, lagipun ketinggian cheq dah terlebih tinggi bila sarung heel lagi la meninggi, jalan dengan kawan-kawan nampak cheq sorang tinggi macam galah. Ikutkan dah lama cheq pencen pakai heel ni, mungkin hari ni terpandang kasut-kasut cheq terbiar lesu entah bila akan bersarung cheq ambik wedges dan pakaiii....  Selesai malasah meleret cheq.

Enter saja opiz dengan senang hati jubbah meleret cheq tak payah peegang-peegang, and then terlepas juga gian sebab dah lama tak pakai heel. Taun bila punya wedges dan berapa taun sekali cheq pakai wedges ni pun cheq tak tau!! lupa?!? 

Hari ni ada dating lunch dengan Rina Bebe cheq pakai wedges plak!!!, memang cheq cari penyakit. Hari lain boleh plak cheq dok diam-diam waktu lunch time. Lupa! hari ni bulan penuh (GAJI) kepala otak buat decisions kita dating dekat CS (Central Square). Lagipun Rina Bebe nak tukar kasut dekat sana, so boleh lunch sekali. Perut kenyang suka hati...... syok la lama tak bergosip CNN dengan anak mami nieee... Hapi jugak anak mami bagi cheq komisyen jual kain dekat dia. TQ frez, nanti cheq jual lagiiii....


Jalan punya jalan nak pe parking tu diaaa azab cheq dah sampai!!!


V


V


V


V


V


V



terpisah dua....


nasib baik dah dekat dengan kereta, mau dalam mall tadi jenuh cheq kawat dengan senget sebelah..... (pecah gusi kami gelak kat tempat kejadian tadi). Rina Bebe dah offer beli la kasut dapat komisyen tueee? sengeh lagiiii, lani sengeh sambil pegang kasut terpisah dua masuk dalam keta. Mampuihhhhhh....


Dari konon nak vogue tak mau meleret-leret cheq kena pakai hat nie...... 

pinjam selipar Rina Bebe masuk opiz....



saiz kaki zirafah pinjam saiz kaki kancil



macam-macam punya cerita daaaaa.....
konon tak mau meleret-leret la hari nie. Nak Vogi Da Vas. Cheq memang serasi dengan fesyen-fesyen sapu lantai.



..bai bai..



P E A C E 





Friday 21 February 2014

D'KALA ANAK DARA VS ANAK TERUNA

Hamparan santai bab anak-anak, intro direct to the point..

Anak dara cheq terlebih mesra camera! anak truna plak langsung tak mesra camera! budak-budak macam-macam peel. Lama cheq tak buka crita pasai Ms Echa dengan My Askar. Saja buat santai nak share gelagat dua anak yang berbeza cara. Tapi nombot dua tetap no.2. Very the different, jeng..jeng..jeng..jeng macam cheq ka? OH no..no..no.. 

Besa la lelaki kalau tak mesra camera, normal la no? control macho la katakan...... sekarang anak laki cheq dah tak mesra camera. Nak minta posing ka? minta buat peaceee ka? candid ka?  dia tak mesra alam dahhh, jenuh berputaq alam nak ambik gambar dia sekarang. Big boy dah semua malu and cover line.


pakai pamper saja? malu la..



mesra camera vs tak mesra camera


tgk cara askar cover line




dapat PEACE dari askar!



askar dah semakin ringan mulut,
 suka dengaq dia sebut
"iskkk mummy niee!!"


"iskk daddy niee!! " anak truna pemalu
time umo-umo macam nie memang ceria tumbesaran mereka,



Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.


1. BERSYUKUR. Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan ...kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari sehingga menjadi satu tabiat . Do’a sebelum tidur juga boleh dijadikan ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .

2. SENYUMAN. Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum, neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih dahulu.

3. JURNAL. Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.

4. BERMAIN. Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan dan kemurungan
.




P E A C E





Thursday 20 February 2014

D'KALA ANGAN KACA DAN PERMATA


Salamun salam.....



“Apa yang kau mahu? Kesempurnaan dalam hidup?”

“Aku ingin kebahagian seperti dalam anganku, tapi dalam sekelip mata bertukar jadi mimpi ngeri” matanya semakin kuyu. Dia termenung jauh.

“Tapi angan itu kan hanya khayalan yang tiada kepastian, jadi mengapa berharap? 

Ya memang ramai yang melihat sesuatu keindahan dengan angan-angan namun ingatlah..keindahan bukan bermakna akan bahagia.

Namun, bahagia itu ada keindahannya. Jangan jadikan angan-angan itu satu impian yang sentiasa indah, kerana kepalsuan dibalik angan-angan itu ada.


Perbicaraan kami terhenti, namun aku tahu dihati sahabatku ini mula terselit hati yang baru yang ingin mengganti kaca dalam kehidupannya dengan permata yang berkilau dengan cahaya dari-Nya. Aku yakin…. :) Allah beri apa yang kita perlu.



P E A C E




Tuesday 4 February 2014

D'KALA MOOD MACAM-MACAM KALA

Salam Januari di bulan Februari..,



Cerita Isnin di hari Selasa, sessi luahan macam-macam ada....

Lama sungguh tangan cheq ni stop tup tap tup tap.... sangat bizi dengan jadual 2014. Bukan senang nak menstabilkan jadual masa dengan aturcara majlis sempena tirai baru Januari 2014. Banyak agenda 2014 yang perlu diselesaikan mengikut perancangan semasa. Kita merancang, DIA menentukan segalanya. 

Jadual baru, Echaku punya acara.
- 7.15 ready to go, gerak anta Muaz pastu Echa
- 7.45 KAFA Echa 
- 8.00 Cheq In Da Opiz ;)
- 10.45 Ambik Echa dari KAFA hantar pe rumah Tok Bee
- 17.45 End Office, ambik muaz dari rumah maktok (pengasuh)
- 18.30 Check in rumah Tok Bee 
- 19.00 makesure Echa dinner (tertakluk hari Ahad & Isnin shj)
- 19.30 homeworks & time table untuk esok 
  (tertakluk pada Ahad & Isnin sahaja)
- 20.00 Tuisyen (tertakluk hari Ahad & Isnin shj)
- 22.00 Tamat tuisyen
- 22.30 Check in 'My Home sweet home' 
*(tertakluk hari Ahad & Isnin sahaja, tak leh ikut terbungkai cheq)

Letih wooow....  tu di minggu awai-awai dulu, Minggu pertama dan kedua Januari. Tahun nie my Echa masuk KAFA. Darjah 2 baru cheq antaq dia masuk KAFA. Cheq dapati prestasi dia agak menurun dalam bab pembacaan dekat tempat mengaji yang lama. So cheq tukorrr.... Dah tukor, jadual cheq pun turut bertukor. Dari leh bangun pagi bersantai-santai sekarang pagi-pagi buta dah masuk opiz. Caya lahhh... 

Cerita minggu ketiga my Echa buat drama nak masuk tuisyen pulokkkk... Dia beria nak tuisyen dengan Cikgu Sains sekolah dia lakkk.., my Echa so kalot sampai berdrama ayaq mata lah!. Dia suruh cheq tanya bila boleh tuisyen, 10 kali ulang bila nak telepon, semangat la wahai anak cheq. Nak tuisyen pulokk dahhh?!?

Cheq pun kalot susun jadual. Woooo tuisyen kol 8.00 malam sampai kol 10.00 malam. Adoi la anak, mak cheq letihhh... cheq taraa letih ka??, (hari Ahad dengan Isnin jadual cheq ketat). Sekarang jadual hari Ahad dan Isnin dah tukor, so termasuk aturcara dalam rumah, semua benda kena setel awai sebelum tidoq. Lani anak tidoq awai cheq pun sama naik tidoq awai. Tak dak masa nak dongdang dendang lipat baju tengah-tengah malam. Iron uniform lepas tengok drama no way dah! Waktu tidoq anak tepat 9.30pm. Tudia cheq pulun buat jadual. 

Mulai berjadual nie kan, tiada masa jalan-jalan cari makan belah malam lagi. Daily day cheq kena ikut atuqcara majlis yang sedia ada, tidakk!! cheq yang terbabas.... 

- mood dah cooldown -

discuss pasai transport ambik Echa dari KAFA dah setel
discuss pasai tuisyen dengan Echa dah setel
discuss jadual hari AHAD dengan ISNIN dengan Echa pun dah setel

Setel bab Hal Ehwal Rumah Tangga


Coming Up

bab pecah kepala

iaitu, Hal Ehwal Tangga Pejabat!?!

Hal Ehwal Pejabat, mestilah bab kerja kan! Cheq tetiba jadi plus bizi. Malas nak share cerita bab periuk nasi nie... yang penting cheq cuba buat selagi boleh. Selagi otak cheq ni mampu pikiq lagu mana nak bekerja dengan kerja-kerja yang ada, cheq usahakan. Payah kita nak menyoal di mana skop kita? The End kita juga di pusing di balikkan, selagi ada kerja buat ja kerjakan? kan... kan... kan... Dalam otak tengah stress cheq godek sana sini plus memujuk diri menerima kenyataan,jumpa ayat termotivasi cheq pun terkesan. Cheq share na, intipatinya;

“Jika kakak di beri pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

beginikah yang berlaku? 
pikiran ku "Mood stress" lagi 


Dalam aturcara hal ehwal rumah berjadual baru dan hal ehwal pejabat yang mencabar... cheq memang mengharapkan weekend yang ceria. Baru demam rasa boleh kebah, cheq demam tau dak?!?. Stress sampai demam. Alhamdullilah dalam demam-demam pun leh layan my Echa pegi celebrated birthday kawan dia. Mood hapi la skit boleh lupa nombot-nombot yang berselerakkan dalam kepala otak nie. Tengok belon, tengok kartun and tengok gelagat kanak-kanak riang ria, pastu minggu akhir Januari last minit dapat jemputan celebrated birthday anak nakan. Mummy dia kata tak plan tetiba saja jadi majlis tu.... stress semakin berkurangan berganda-ganda sebab otak boleh layan benda lain dahhh... 


2nd week di bulan Januari
Birthday classmate My Echa

Birthday Girl 'Cik Puteri' 


Echa hapi, mummy hapi too


Minggu akhir di bulan Januari 
celebrated Birthday Rayyan 

2 bradik ni sangat suka... tema Upin Ipin 


kata mummynya last minit punya preparation,
ada tema lagi!?!


kalau betoi-betoi punya preparation lagu mana mummy Rayyan? 

Sesiapa yang berminat untuk menyediakan majlis-majlis yang berkaitan sila ke https://www.facebook.com/sixtosixwardrobe
 mummy Rayyan ni pakar dalam bidang-bidang berkenaan




MOOD cheq ibarat pasir pantai berubah, 
dalam stress pun kena bagi ceria ;)




Mood ceria datang bila keazaman 2014 untuk mengakifkan semula projek 'COPY & PASTE'. Mereka baju kanak-kanak ilham daripada mereka yang terhangat di pasaran. Cheq memang suka beli kain comei-comei, tak kira time janji sesuai dengan kanak-kanak cheq beli dan simpan. Ada masa cheq design. Bukan senang nak tunggu ilham masuk, kena berimiginasi dulu. Imiginasi cheq yang simple-simple aja dong! Buat masa sekarang sel-sel sedang berhubung. NEW ilham Army Jubah, Bo'Boy Jubah dan baju raya Gegirl. Projek ni atas keminatan cheq, insyaAllah jika diizinkan rezeki ada bersamanya, cheq akan terus berusaha.... sekarang cuba bereksperimental dulu. 

Tajuk ilham 'Copy & Paste'



'Copy & Paste' inspiring by Shea Rasol


'Copy & Paste' inspiring by Iman Muda Hassan 

Doakan cheq Man Jadda Wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berhasil, jangan pernah remehkan impian walau setinggi apa pun sesungguh Tuhan Maha Mendengar.



MOOD orang stress bercerita lagu nie laa, ke tepi ke tengah ke atas ke bawah..

ada masanya stress rasa nak haria
ada masanya ceria bagaikan kena histeria

...INILAH KEHIDUPAN...



P E A C E