Thursday 17 July 2014

DI KALA 20 RAMADHAN 1435 'KHABAR PILU MH17'

SALAMUN SALAM....


Hari ni Ramadhan masuk hari ke 20, masuk opis hati baik-baik saja, semalaman tak tatap TV. Pijak departmnet sendiri letak beg terus ke section Account nak tukar duit Raya... tup tup dengar bualan teman sekerja "baby pun ada..." "diorang sekeluarga nak pulang ke Malaysia dah 2 tahun dekat Kazakhstan". Pelik ja bunyi ayat tu.. aku terlepas berita apa nih? Jom balik tempat buka FB kejap ja boleh tahu, what is going on to Duniyaa... OMG! MH17 Malaysian Airlines terhempas.  Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎).

Hari ini terpaku lagi bagaikan paku diketuk pada dinding simen yang dalam, melekat ke hati menyusuk ke kalbu melihat peristiwa MH17 jatuh terhempas. Siapa yang suka dengan duka? Adakah kita suka diberikan khabar yang duka? Oh tidakkk.... pujuk hati yang sayu lagi sedih aku baca kembali "Jentikan kasih" dariNya. Jiwaku dititik redha dengan kalimah "Allahuakbar". 

~ JENTIKAN KASIH ~ 
Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi… kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Untuk aku sharing is caring, no feeling to pointing. Yang baik sebagai tauladan untuk diriku. Sharing "Always A Traveler, Reclaim Your Heart" Ustadha Yasmin Mogahed menjelaskan perkara "baik" dan "tidak baik". 


Taniah kepada Mizz Nina, aku teruja dengannya. Betul! bukan senang untuk kita mencari istiqomah. Moga diberi petunjuk, dipelihara hati dengan ehsan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kita terpilih menjadi insan untuk mendekatkan diri kepadaNya selalu. 

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!





P E A C E, AL~FATIHAH MH17





Tuesday 15 July 2014

D'KALA PALESTIN KEMBALI BERDARAH.....


KAN KEMBALI KEDAMAIAN OH PALESTIN....

Aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi... hari ini telah masuk 17 Ramadhan. Sejak berita di dada TV dan intenet mengenai serangan rejim zionis di bumi Palestin aku diam seketika lagi. Bagaikan raksasa gila rejim zionis ini membedil bumi Gaza yang hanya tinggal sekangkang kera. Perjuang Hamas yang mempertahankan bumi para anbiya dikatakan pengganas. OH! Gila! kamu rejim zionis. Allahu Akbar !jika itu dapat menebus sebagai satu kemenangan dalam mempertahankan bumi Palestin... apapun pihak Hamas cuba gadaikan. Allah yang menentukan segalanya.... Allah sebaik-baik perancang... ayuh kita tadah tangan berDOA dan ringankan beban dalam membantu rakyat Palestin, bersama Aman Palestine 


https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

Aku tak pandai nak memperincikan sejarah kekejaman israel yahudi ni. Aku pun hanya membaca sejak bumi islam diambang kekalutan oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam. Krisis kepimpinan di syria dan mesir menambahkan lagi parah kepada rakyat Palestin yang mencari perlindungan di negara kejiranan islam. Sedih, pilu, sayu tak dapat nak gambarkan perasaan ketika menatap kesengsaraan rakyat islam yang ditindas dan ditindas. Aku cari di youtube tak dapat, so aku share link nie... misi bantuan Aman Palestin di kem pelarian Yarmouk bersama TV Al-Hijrah. Please ayuh bantu menderma sahabat-sahabat ku... pleaseeeee.. please... please....






#SAYASANGATPILU# 
PLEASE MBB562263010787



Friday 4 July 2014

D'KALA, BERKENALAN SAMA MEREKA YUNK!!!


Salamun salam.. today is 6 Ramadhan... 
omputeh plak dah, Heh ;)

Alhamdullilah dah 6 Ramadhan kita pada hari ni. Jangan la layu.. jangan la macam ikan yu, okay?.. muncung-muncung tak mahu you. Hujung minggu ni youalls plan nak buat apa? Cheq dah pikirin nak atuq-atuq baju nak pakai raya ni.. Hihihi..., posa baru 6 hari dah nak atuq baju raya. Listing kena ada kan?!? tidak, tak tau mana satu baju kurang raya pertama 2 3, 4 ....... :)

Sentuh pasai baju cheq suka kaji muslimah fashion di Indonesia. Dapat rasakan sentuhan kreatif mereka sangat berbeda. Walaupun mereka berhijab cara muslimah fashion mereka berkembang so move on.. Muda-muda lagi tu. Kreativiti golongan mudawanis mereka menarik yunkkk....


 This is Fitri Aulia, fashion designer,
Cheq the one of her follower slalu skodeng fashion dia.. ;)

 miliki butik KIVITZ



 Its, Nada Indah Puspita
 "I love fashion, designing, decorating, painting , singing, acting, dancing, photography, and yes I am very passionate about Art and everything about Art. I am a student and also a model and a designer for my fashion brand

so INDAH



 Mimi Alysa
Founder and principal designer of SimplyMii, KidsMii and Mimi Alysa Brand (premium collection)

 so sweet design by MIMI ALYSA...





Yang ni Ghaida.. GDA gallery




Siapa Tak kenal Dian Pelangi... Fashion designer
fofular di indonesia.


Ikutkan ramai lagi yang cheq admire's. And, satu lagi baru admire. Very the girliss la... Awat sentuhan mereka bagaikan ceria, cheq suka lagu tue....

JADE

cheq hapi to them, muda-muda lagi dah banyak idea yang amazing untuk berjaya. Untuk anak-anak muda-mudi Malaysia please amazing race untuk mengejar cita-cita kalian.... Malaysia BOLEH. 


#nakshareblogger'sindonesiaaje,tpceritanyapanjangyunk# 




P E A C E





Thursday 3 July 2014

D'KALA KAU INSAN TERPILIH


Salamun salam...., 5 Ramadhan yang menyentuh rasa dan jiwa.

Umum banyak mengetahui pasal Felixia Yeap. Hari ini 5 Ramadhan secara sah dia muslimah islam. Alhamdulilah. Secantik rupa begitulah secantik susunan bahasanya mengalah aku bila ditatap dalam luahannya. 

Ya Allah, bagai dipanah petir bila membacanya Felixia Yeap @ Rania. Saya pernah cuba mencari Tuhan, cuba mendekati diri dengan Tuhan ~ Felixia Yeap

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan. 

Hidayah...perlu dicari...bukan ditunggu....

" Allah yg menerangi langit dan bumi. Perumpamaan nur ALLAH adalah seperti sebuah "mishkah" (lubang yg tidak tembus) yg didlmnya ada sebuah pelita, pelita itu didlmnya kaca, kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yg bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dgn minyak drpd pohon yg diberkati iaitu pohon zaitun yg tumbuh tdk diseblah timur dan tdk pula disebelah barat yg minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tdk disentuh api, cahaya berlapis cahaya. ALLAH membimbing sesiapa yg dikehendakiNYA kpd nur hidayahNYA itu dan ALLAH mengemukakan pelbagai perumpamaan utk umat manusia. ALLAH Maha Mengetahui akan sesuatu" An-Nur, 24:35


Subhanallah...itulah perumpamaan ALLAH bagi HidayahNYA...umpama cahaya berlapis cahaya...ibarat kita berada disuatu tmpt yg gelap...dgn hadirnya cahaya itu...maka teranglah sekeliling...sama juga dgn Hidayah ALLAH...pemandu utk meraih Syurga ALLAH...tanpanya kehidupan akan gelap...tanpa arah tuju yg pasti...tapi..kehadirannya mmpu menerangkan kehidupan..dengan 1 tujuan yg pasti..utk meraih Syurga ALLAH....

Hidayah ini pula boleh dtg dlm pelbagai bentuk...bentuk pertama ialah Hidayah naluri atau keinginan. Hidayah ni adalah semulajadi ada pada diri kita semenjak lahir...contoh bayi yg baru lahir..keinginannya utk mendapat susu bg menghilangkan rasa lapar...dan bayi pon menangis utk memenuhi keinginan tu....

Hidayah bentuk kedua ialah pancaindera...ALLAH kurniakan kita pancaindera...cukup dan sempurna semuanya..Alhamdulillah...Gunakanlah pancaindera pinjaman ALLAH itu utk melihat segala kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT....Bentuk ketiga ialah akal fikiran..Hidayah ini membolehkan kita membezakan sesuatu yg baik dan buruk...dan...dgn Hidayah ini jugalah kita dpt memikirkan tentang kekuasaan ALLAH yg amat sempurna sifatNYA...Dan..apabila seseorang itu sdh mencapai umur baligh..akalnya sudah sempurna dan menjadi kewajipan baginya mencari Hidayah ALLAH dan menuju kearah kebenaran...

Hidayah keempat ialah Hidayah Agama...iaitu Islam...patuh dan akur dgn suruhan serta larangan ALLAH...Nabi SAW pernah bersabda "Sesiapa yg ALLAH kehendaki kebaikan padanya, maka akn difahamkannya perkara agama" (Riwayat Ahmad)..Orang yg faham agama pasti patuh dan akur dgn setiap suruhan dan larangan ALLAH..Hidayah yg terakhir ialah Hidayah Taufik..Hidayah Taufik hanya ALLAH yg berkuasa memberinya kpd sesiapa yg dikehendakiNYA...Hidayah ini merupakan Hidayah tertinggi yg dikurniakan ALLAH pada sesiapa yg dikehendakiNYA...

Hidayah kurniaan ALLAH ini perlu dipelihara...kerana...ia akan hilang jika dibiarkan...dan...ramai yg salah sangka...mereka menunggu ALLAH mengurnikan Hidayah tanpa sebarang usaha...hanya menunggu...dan akhirnya...Izrail menjemput sebelum Hidayah menyapa...Hakikatnya..Hidayah itu memang milik ALLAH...ALLAH berkuasa utk memberikan Hidayah kpd sesiapa yg dikehendakiNYA...Namun..kita masih perlu berusaha mencarinya...ALLAH kurniakan kita Hidayah naluri, Hidayah pancaindera..Hidayah akal fikiran...Hidayah agama...maka...gunakan Hidayah ini yg sudah tersedia dalam ekspidisi mencari Hidayah Taufik...

Fitrah manusia memang sukakan kebenaran...setiap org pasti pernah ada keinginan utk berubah menjadi yg lebih baik kn...tp ramai yg kalah..tewas dgn nafsu...keinginan yg ada terus terkubur sepi...Gunakanlah anugerah naluri, pancaindera, akal fikiran serta agama yg kita ada utk teruskan perjalanan mencari Hidayah ALLAH...Jangan malu utk merintih..menangis mohon Hidayah dari ALLAH..Sesungguhnya ALLAH kasihi hambaNYA yg suka meminta padaNYA...Hidayah ALLAH perlu dicari dan bukan ditunggu...Ayuh sahabat2 sekalian...mulakan eskpedisi mencari Hidayah ALLAH!



 P E A C E 



Tuesday 1 July 2014

D'KALA AJI~KUTA & ZK KONA'S INDAHAUS

Hai... Salamun salam dari Car Booth Sales
 Aji~Kuta ZK Kona's

Ini cerita sudah berlalu, nak masuk dalam dairi jugak sebab takmau terlepas dari liputan sejarah dairi hidup cheq. Cheq dalam bulan Jun lepas sebok jugak. Banyak sangat benda-benda bersusun dalam jadual nak buat. Jadual ikutkan bizi. Kan! Jun cuti sekolah. Mana nak bawa anak dara cheq jalan-jalan, pastu nak pergi menyelam cari stok Aji-Kuta.., pastu nak follow-up projek kecik cheq yang nyawa-nyawa ikan, (moga kali ini tidak dikecewakan). Fuyooo bagainya nak buat. In Sha Allah kita mampu merancang  DIA jua yang menentukan akhirnya. Car Booth ni ikutkan tak ada dalam perancangan tup tup dengan izinNya cheq dapat ikut serta. Yang rancang bagai nak rak nak pe bercuti bersama MIL family tak jadi. Kesian my Echa... next time ya... Udak tetiba kena pegi kursus... so soriiii Echaku.


Assistant Aji-Kuta gigih susun prop...


berjaya juga hadir ke Car Booth Sales ni selama 2 hari


Orang kuat pemberi semangat padaku My Nonie.. jiran sebelah Aji-kuta, see My Nonie dia lebih semangat dari cheq. Dari Kolumpo turun Sungai Petani for Car Booth Sales. Kita pohon dibukakan pintu rezeki. Alhamdullilah jalan pintu rezekiku pada bulan Jun... Thank you ALLAH.

Akak ni jiran Aji-Kuta sebelah kanan, dia jual barang kraf. Stay dekat Sri Astana, so peramah.

Ni jiran jual baju kanak-kanak, dari Kulim Padang Serai


Akak ni jiran depan Aji-Kuta dia jual buku..., Dia kata banyak lagi buku kat rumah dia. Peruntukan buget beli buku 600 permonth. Mau stok tak banyak... 

Yang lain-lain jiran tak sempat nak skodeng... Next time jumpa lagi yaa... Liputan diakhiri dengan wasalam setakat ini sahaja dari Ajikuta promo...





PEACE CAR BOOTH SALES