Thursday 31 October 2013

D'KALA, SENSITIF OR PLEASE SENSITIF?

 
 

Ayat kita ada kalanya menyakitkan hati?
 
Let I throw you on this ;-
 
A : "You buat silap ni, sepatutnya bukan macam nie. Silap ni,
    macam mana you buat jadi macam ni?"
 
B : "I buat kerja ikut instruction you laa, bla..bla..bla.........."
 
A : "You ni, tegur suruh ubah skit macam tu pun nak sensitive ke?!!?
 
 
Situasi ~ nak membetulkan kesilapan bukan begitu...... sebab bercakap dengan ayat yang tidak betul pada keadaannya, ianya melibatkan perasaan. Nak membetulkan kesilapan kerja perlu bercakap dengan fakta so perasaan is hiding... BE SMART
 
Manusia ini bila dia mula bercakap tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang padahal semua yang mereka luahkan itu adakalanya menyakitkan. Adakalanya benda yang sama juga jadi kat dia, cuma dia perasan atau tidak saja!!! (kita menjawab menyakitkan pun dia tak suka, kan?)
 
 
PENGAJARANNYA…
sebelum kita  berkata-kata yang tidak baik or tidak berapa sesuai, fikir dulu apa betul tindakan kita? layak kita meletak ayat begitu, seolah-olah menghukum? Untuk menjadi sempurna dimata orang lain kita pun perlu menjadi lebih baik dan sempurna dimata orang... Seribu kali cuba memperbetulkan kesilapan orang, kita perlu perbetulkan kesilapan diri kita dahulu baru orang lain boleh terima?!? so tidak akan kedengaran jawapan yang sumbang sumbing dari pihak sebelah....
 
 

 BAB KERJA PLEASE USE FAKTA AND LOGIK ON DATA.......  SO FINE, BUKAN SAJA-SAJA NAK SENSITIF
 
 
SENSITIF AND PLEASE SENSITIF?
DUA MAKSUD YANG BERBEZA IMPAKNYAAAAA
 

 
 
 

P E A C E
 
 
 
 
 

D'KALA KAU SEMBUNYI....., OOOO ANDIII LAGIIII

Berdialog jap dengan askar kenit...
MUAZ : "Ammi.....Ammi... nak andi..."(askar kenit cheq minta nak mandi) 
MUMMY : Not way askar... sari brapa kali nak mandi nie? 



Muazzzz..!  muazzz..! Niee kalau senyap sunyi semacam, panggil pun tak bunyi-bunyi cheq kena check...
ouwww.... tak dak kat sini!!
Mummy tau la port muaz.. jangan nak sembunyi
 
 
 
Tudiaaa..
Bukan dia yang nak mandi pun...,


tapi nak mandikan kaum kerabat menan dia. Satu hari brapa kali nak mandi tak tau! Bakteria pun tak dan nak hinggap punya rajin mandi sekarang nie... Menan berkilat, habis yang OK jadi tak ok punya bagi mandi... Budak-budak memang suka dengan ayaq, nie kalau tak buat pemantauan macam-macam boleh jadi. Sebab tu kena skodeng kalau panggil ja anak-anak tak bersahut, jangan biar cari sampai dapat tengok apa yang mereka asyik sangat tu! 
 
Pandai nooo... minta dengan cheq tak dapat, dia pujuk tok wan dia.... NAK ANDI... NAK ANDI....
 
MUAZZZZZZZZZZZZZZZ buat apa nie????
Azz.... cuh ayaq ammi...
 
ama~amaaaaa
 
 
"CCTV KAN ANAK-ANAK KITA SENTIASA"
 
 
 
P E A C E
 
 
 
 
 
 

Wednesday 30 October 2013

D'KALA COPY & PASTE LAGI........

 
Salam..salam..salam..
 
 

 
Jom nak sharing pasal design copy and paste. Kali ni copy design gegirl pulak. Memang cheq suka copy design orang dewasa untuk digayakan oleh kanak-kanak Ribena nie. Mereka ni golongan yang ceria meria... kalau kena dengan gaya yang tomei-tomei... alahai sweetnyaaa. Jangan mama ja nak stylo melo, anak kita biaq jadi ayaq milo.... tak adil... tak adil. (ayat milo memang sweet diminum kalau tumpah alahaiiii...belemoihhh ~ pepatah baru untuk hari nie ) ;)
 


 
~ SUPER SWEET ~

i copy on you.... Tomei tak?
 


 
Kali ni copy design musim meleTOP di pasaran
 

FISHTAIL ~ DRESS & SKRIT + SHAWL 

 
 
FISHTAIL la jugak!!!
 
 
 
 
 
CHIFFON MAXI DRESS
 

 Ko ada?!? lai-lai.... order la, lalalala....

 ~ nak gaya kasual?
~ nak gaya muslimah?
 
SO ada satu Maxi~Dress nie kan senang untuk kelihatan comel sentiasa... hureyyy
 
 
 

JUBAH MUSLIMAH

santek tak jubbah saya???? Cantek kan?
saya suka...
saya selesa....
saya nampak pink yang penting...
 
mummy skrip, hi*~*
 
 
 
Tak salah mencantikkan anak-anak kita dengan gaya mengikut citarasa mama masing-masing. Yang penting mama suka, anak selesa. Cheq suka The Simple + Voge... baru jadi super sweet...
 
 
Nak tropong gaya apa pulak?
 
 
 
 
P A E C E
 
 
 
 
 

Thursday 24 October 2013

D'KALA KAMI MERINTIH....


Salam..salam..salam..
 
Kenapa kita suka membanding-bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada? Sebenarnya, keadaan macam ini, hanya akan melelahkan jiwa kita..
 
Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah mereka yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah mereka yang berkaki ayam. Jika berkaki ayam, pandanglah mereka yang tiada berkaki. Bagaimanakah perasaan mereka yang tiada berkaki pula?  Orang yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka akan membuat perbandingan nikmat yang dikecapi dengan yang lain!?
 
 
 
Kenapa aku miskin, dia kaya?
Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri & riya'. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya? Malah lebih miskin dari kita. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah.

 

 

 

Kenapa pula aku kaya, dia miskin? Allah tak sayang aku ke?
Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalan-Nya. Tidak semua orang berpeluang. Gunakan kesempatan ini sebaiknya. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah.
 
 





Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam?
Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat time UPSR, PMR, SPM, STPM. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya. Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA or GPA kita. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah & setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi & lagi.




 
Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak?
Itu adalah bonus. Bersyukurlah. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh. Sama ada kau bersyukur atau tidak. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan & disampaikan. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi.




 
Ada orang yang lebih menderita,
tetapi masih mengekalkan imannya.
Dan ada orang yang lebih bahagia,
tetapi sedang menggadaikan imannya.
Tarbiyyah bukan segala-galanya
tetapi segala-galanya
hanya dapat diraih dengan
Tarbiyyah
 
 
 
The Beauty of Islam
P E A C E



Monday 14 October 2013

D'KALA SALAM 5 KUNING....

 
Salam.. salam.. salam...
 
 
Dalam hidup ini apa yang dilalui setiap hari menyimpan seribu kenangan...  saat manis, masam & masin yang diharungi bersama teman-teman  merupakan kenangan yang tidak boleh di tukar ganti. "Sangat Memori Zaman Nie". Zaman separa remaja cheq dulu banyak dilalui bersama mereka-mereka ini. Nak crita panjang tapi rasanya mereka pun tak lupa kan??? Geng kayuh basikal pe sekolah. Lani mana ada budak-budak pe sekolah kayuh basikal dah??? Tu..tu.. Yatie, Watie, Leeney, Linda ngan Mimi teman kayuhan cheq. Dolu kami konvoi ramai-ramai nunnn..., nak pe sekolah kena lalu sekerat kawasan kebun getah mau tak kumpul sekampung time nak pe sekolah, nak lalu kawasan keraq, kawasan tentera jepun, kawasan tentera tak dak kepala, kawasan keta putih... macam-macam adaaa, sapa lambat macam siput confirm kena tinggai laa... huhu la tang belakang sana... sampai sekolah sure muka masam cam cuka. Maqah, merajuk meradang kena tinggaiiiii nooo.....
 
 
Mereka ni merupakan teman-teman cheq di Convent Sg.Petani. Cheq tak pi mana pun dari dulu sampai la.. pusing kot SP ni la, tapi susah sungguh jumpa kekawan kalau tak buat gathering mering nie... Semua sembunyi tang mana tak tau??? Atas jemputan Linda dapat la kami semua bertemu semula. Lama tak bersua muka. Interview punya interview semua pakat dalam Sg.Petani ni saja kecuali Watie dan Yatie. Rapo-ropanya kekawan cheq terperangkap dalam kesibukan rumahtangga... HAHAHA~~ kira-kiranya semua katogeri ibu mithali, balik keja pakat berkurung dalam rumah melayan anak dan pak anak...... bagus-bagus.... keepitruppp geng!!!
 
 
Geng dalam gambar nie sangat aktifast kat whasup, kecuali cheq. Cheq kumpoi 'ASAP' banyak-banyak dulu, dah berkepoi nanti baru I join youall naa!. Geng ni slalu lepaking kat whasup bersembang sampai lenguh urat jari, Linda ajak bersidang kat rumah dia sambil buat makan-makan.... together celebrate birthday Miss Mentain Rasinah. Umo dah #*# tapi celebrate birthday prasan cam umo 17 tahun auwwwwwwwwwww~~wow~wow.... Apa pun perasaan kami, moga kami dipanjangkan umor oleh Allah s.w.t...... Aminnnn. 
 
 
 
BIRTHDAY Gurl.. "Mama Sinah"
kek sponsor by Haslynda Delights
 
 
Promotion sat : Mari Belajar Kek Bersama Chef Amer anjuran Haslynda Delights pada bulan NOVEMBER.
 
Linda tuan punya Haslynda Delights. Bulan November ni dia jemput sekali lagi Chef Amer mengajar 7 jenis Komersial Kek. Baru rasa sejenis kek dari air tangan Linda so sedop.. ni kan pulak dari Chef Amer. Awat cheq rasa nak daftar blajar buat kek plak niee?!?!. Tudiaaaa banyak  agenda nak daftar...., nak buat..., nak ikut. Jenuh hatt semua nakkk!!!
  



SI kuning yang tamak
 
 
 Thanks teman-teman kerna sudi menjemput diriku ini... Disebabkan Reunion X-5Kuning, cheq berkuning... SEE!! youolls tetap dalam ingatan ku frezers
 
 
Panjang umo jumpa lagiii...... misyoualls
 
 
"SELAMAT HARI RAYA QURBAN" semuaaaa....
 
 
P E A C E
 
 
 
 
 


Thursday 10 October 2013

D'KALA BER'MONOLOG'


Salam..salam..salam...
 
Semalam lena cheq bersama otak yang banyak berfikir. Pukol berapa cheq melelapkan mata pun tak pasti. Hati gusar dan perasaan tidak enak sudah singgah di benak ini. Terus-terusan mencari asbab. Allahu Robbi~ Terasa seperti adanya sesuatu di dalam dada. Ayuh! lelapkan mata.. Besok banyak tugas perlu dilaksanakan olehmu.
 
 
OH! Pagi Jumaat... hati detik
 
"Manusia tidak sempurna. Ada yang sudah mengenal jalan ALLAH sedari rumah lagi. Ada yang mengenal cinta ALLAH setelah meningkat dewasa. Ada yang merasai tarbiyah setelah berada di Kampus. Dan ada pula yang baru sedar betapa penting untuk istiqamah dengan amal ibadat setelah bekerja. Manusia itu unik bukan? Melalui perkara yang berbeza-beza dalam hidup. Dan yang harus kita ingat, ALLAh tidak menjadikan semua yang berlaku itu melainkan ada kebaikan kepada manusia." Wallahu’alam.
 


I know. But I keep silent myself.

 

Sometimes I don’t know how to face it!
 
 

Do you think I’m happy with all this?
 
 
 
TRUST
again
 
 
 
"melainkan ada kebaikan kepada manusia"
 
 
 
 
P E A C E

 
 
 
 
 

Thursday 3 October 2013

D'KALA BENDA TAK BEST KENA TRIMA JADI BEST


Salam.. salam.. salam...
 
Hari ini yang terasa seram sejuk..seram sejuk..... cayaq jugak. Tak dak rezeki Echa meneruskan kelas bersama-sama Teacher Susana yang baik hati tu... Hari ni teacher Susana called me, teacher asked mmy to drop your class anakku. Walaupun berat mulut nak kata ok.. terpaksa, demi kesejahteraan bersama-sama. Kesian juga dekat teacher Susana yang memberi full komitmen membantu Echa belajar memahami Maths dengan besar hati tetapi Echa slalu skip kelas pasai demam.. demam .. dan demam.... Cheq ambik kelas blajo maths ikut semester per subject, asyik skip kelas teacher kata sangat rugi.... My Echa dah mis 1 Sem to complete her subject. Dalam dok revised class pun dia skip jugak. Haiiii..."Ms Demam Echa". Mummy redha dengan ketentuan. Mummy memang suka over bab peling.... ~.~ sob..sob..sob, dehhh!....
 
 
Jap nak story mory, Why?, My Echa cheq antaq blajo maths pada umo 6 tahun. Pencapaian dia dalam memahami nombor agak ok. So untuk mengekalkan prestasi dia memahami cheq cari extra class untuk Maths subject... Puas hati jugak sebelum melangkah ke tahun 1 Echa dah boleh tambah, tolak dan kenal digit sa, puluh & ratus, walaupun ding-dong, ding-dong jugak. Bagi cheq  yang penting cheq boleh rapatkan dia dengan nombot-nombot sebelum dia masuk darjah 1. Tak yah cheq menjerit 5 + 5 = brapa Echa? 3 minit pikiq pun tak jawap.. jawap lagi. Dia angkat jari pun dia tak leh nak kira... sebab ada singa kat depan kot!?!..
 
 
Betul!, semua ibu mahu yang terbaik bab belajar untuk anak-anak. Macam cheq bagi tuisyen maths dekat Echa walaupun pendapat kata masih hijau dalam umo tu pergi tuisyen, tapi cheq rela sebab bukan suatu kerja yang senang memberi kefahaman dalam bab belajar untuk anak. Kefahaman penting, baru ada minat nak belajaq. Cheq sedaya upaya mengkaji macam mana nak bagi anak-anak suka maths. Besa la dolu-dolu cheq segan mengira.., mai tang anak pandai cheq kalut cari chemistry dengan maths.....
 
 
Tapi hari ni chemistry Echa dengan Teacher Susana terpaksa di berhentikan seketika. Teacher pesan "Echa kena pandai jaga kesihatan". Moga-moga kita bertemu kembali dan cheq dapat cari chemistry baru untuk Echa?!? Sebab tu mummy pesan dekat Echa jaga baik-baik kesihatan. Pantang la sat ayaq ais tu!!! Jangan sembunyi-sembunyi nak minum juga.... Your tonsil is kissing-kissing you senang jadi Ms. Demam Echaa...tudia laaaaaaa cakap mami tak mau dengaq...... Echa mesti rindu dekat teacher Susana nanti... (Echa lompat sakan tak yah pe kelas... mmy plak dok haru rindu merindu) 
 
 
 
Cheq suka konsep ni dalam Maths. Lepas ni tak leh la nak ushar-ushar nota matematik Echa yang gempaq like monkeys. Ngap pulak otak tengok nombor nak mengajaq Echa pasni, selama ni cheq pun tumpang pandai mengira jugak. Time tolong anak buat homework control macho sambil mata ushar nota anak... Ngehhhh!!!
 
 
 Bye bye Teacher Susana yang baik hati, TQ sebab banyak membantu 
hope can see you again.... :) 
 
 
 
P E A C E