Wednesday 22 May 2013

D'KALA SATU PERKONGISAN


ADAB MENGUAP
BETULKAN YANG TERBIASA
&
BIASAKAN YANG BETUL
 
Pepagi yang harmoni ni ZK just want to share sedikit ilmu yang kita tahu kena buat tetapi tujuannya kita terlupa ambil tahu. Tujuan disamping niat ganjarannya pahala. So kita ambil tahu ilmu pasal adab menguap. Why kena tutup mulut rapat-rapat. Membayangkan tuan badan menguap tak tutup mulut fuyooo hudohhhhhhhh. To save tuan badan letak gambar baby tomel tu menguap, letak my gambar wale.. wale.. laliiiiiiii semua maaa.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r a., daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin & membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya."

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci mengangkat suara ketika menguap & bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah SWT."
 
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana
memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
 
Bila mana terasa nak menguap kita cuba :
. menahan menguap sekadar termampu
. meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
. makruh mengangkat suara ketika menguap 
 

LET MENGISLAHKAN DIRI
 

 
 Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah
 
 

 
 
 
 
 

 

 



1 comment: