Wednesday 8 May 2013

D'KALA MENEGUR

"SAYANG" tiba-tiba saya bersuara...

 
Sepatutnya berdiam lebih baik daripada bersuara takot-takot menjadi isu dikala kita bersuara. Posting kali ni macam baru abis blajar Dr Falsafah hah! Hanya di sini tempatku menulis falsafah hati.

Posting ni ZK ambik dari sebuah blog (lupa add pulak). Maaf tuan belog, hamba tumpang berteduh dibalik pergertian kita yang sama.
 
Saya tadi, membelek-belek buku nota kecil saya yang saya bawa ke mana-mana sahaja. Apabila ada sesuatu yang berlaku di sekeliling, saya akan membebel sedikit mengenainya. Sebagai luahan, pandangan atau keluhan. Kata sepupu saya, buku itu diari sayakah? Jawapan saya, mungkin. Tetapi sepupu saya tidak berpuas hati dengan jawpan ‘MUNGKIN’ dari saya.
 
Saya terbelek dan mata saya melekat kat satu tajuk yang saya tulis, Teguran Itu Sebenarnya Adalah SAYANG. Menarik.. Benarkah teguran itu adalah sayang? Kalau memang benar sayang, mengapa ada teguran yang menyakitkan hati dan ada teguran yang bernada lembut tapi cukup menyentuh hati orang yang menegur. Berbeza kan keduanya? Kalau saya ditanya, teguran jenis manakah yang saya sukai? Saya pun tak tahu. Saya terima sahaja teguran yang bernada pelbagai jenis asalkan orang yang menegur itu tidak memaki-maki atau mencarut atau yang sama waktu dengannya. Sejujurnya saya katakan, sebagai manusia biasa.. Saya akan ‘cepat panas’ jika teguran dari seseorang itu berbaur makian atau carutan atau ayat yang tidak elok didengar. Takut nanti keadaan masa itu bertukar jadi lain, si penegur tadi akan ditegur oleh yang ditegur. Hehe. Tapi, pernah saja saya dapat teguran macam tu. Makian? Sindiran? Ejekan? Oh. Banyak betul.. Tapi tak kisahlah. Kata orang, ambik saja manisnya.

Baiklah. Jika seorang anak membuat kesalahan, maka ada ibu bapa yang akan menegur si anak. Kadang-kadang teguran itu dengan bebelan dari ibu, kadang-kadang juga dari tengkingan atau jerkahan si ayah. Dan jika seorang murid membuat kesalahan disiplin seperti tidak membuat kerja sekolah atau sebagainya, maka guru akan memarahinya. Mungkin juga akan merotan si anak murid itu tadi. Dan begitu juga jika seorang sahabat tersilap langkah di mana-mana, maka sahabatnya akan sedaya upaya memikirkan cara-cara untuk menegur dengan cara yang berhemah agar sahabatnya tidak berkecil hati.

Selalu dengar masa kecik-kecik dulu, mak cakap.. “Orang tua tu tegur dan marah sebab sayangkan kamu..” Dan sekarang saya mengerti apakah yang dimaksudkan oleh mak. Hal ini kita boleh faham apabila kita dah mengalaminya sendiri. Sebagai contoh, kamu menegur adik-adik yang nakal. Kat situ anda akan rasa anda tegur bukan sebab benci, tapi sebab sayang..
Saya bukan nak tulis panjang lebar. Tapi nak cakap kat diri sendiri, bahawasanya.. Teguran itu adalah tanda sayang terhadap diriku. Berkenaan dengan buku kecik yang selalu saya bawa, saya menulisnya mungkin kerana baru lepas menegur seseorang.
 
Maaf kekadang ketika aku bersuara kedengaran seperti garang dan keras.... sepertimana menegur kamu, aku juga menegur diriku sendiri. Moga niat sentiasa membarisi hati ini. Aku hanya manusia biasa.
 
AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT,
TAPI KU MAU BELAJAR
DARI ORANG ORANG YANG HEBAT.
AKU ADALAH ORANG BIASA
TAPI AKU INGIN MENJADI
ORANG YANG LUAR BIASA.
DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA,
TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESEORANG
MENJADI ISTIMEWA...........

 
 

No comments:

Post a Comment