Monday 1 April 2013

D'KALA D'PANGKOR - SIRI 1

~ REUNION D'PANGKOR BERSAMA CHERRY 2C  vs SISTA 93' ~
 
Selesai sudah cuti persekolahan penggal pertama. Now, mood nak kemas-kemas belog. First thing nak kemas buat cover cuti-cuti Mesia bersama Cherry 2C vs Sista 93'. Story siaran tertunda seminggu. 
 
Pada 23hb Mac 2013, ZK and the geng's bercuti di Pulau Pangkor. Malam sebelum nak bertolak ke Pangkor hati sangat gumbira sebab nak berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Dari Utaqa ZK dah janji nak konvoi dengan Yatie Kaktie and geng's and Noor Humaizah and geng's. Kami janji nak jumpa kat R&R Bukit Merah. Jumpa kat fesbuk dengan live on air mood dia len skit kan! Rindu mereka!
 
Sangat-sangat nak berterima kasih kepada sahabat a.k.a Tok Ketua kepada Classy Lady (Nonie Ernie) yang berhempas pulas menjadikan impian jejak kasih  terlaksana.  ZK join small reunion kerana rindu sahabat lama yang dulunya satu  kepala grabak ketapi dekat VSPII. Akhirnya setelah 19 tahun terpisah, bertemu jua di Pangkor Inn. Memang in memory.
 

Zaman kegemilangan pra-sejarah suatu ketika doluuu
ni dia, CHERRY 2C yang di anggotai oleh
dari kiri : Noni, Izah, KuYah, Yatie & Ida
(fokus pada baju kotak2-kotak naa..)

 
ni plak, SISTA 93' grup vogue ni terdiri daripada
atas dari kiri : Azura, Shelly, Mimi, Ana, Zilla
bawah dari kiri : Along, As & Azah
 
 
CHERRY2C + SISTA 93'
bila dua gergasi besaq berkumpul nama kena tukaq len skit, jadi  
SISTA NEK CHERRY 13 sebab tak cukup korum.
Dari kiri : As, Shelly, Zilla, Nonie, Izah, Yati & KuYah.
(Nama zaman kegemilangan pra sejarah hamba jgn tak tau plak, 'KuYah')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pakej yang Tok Ketua cari sangat berbaloi dan mendapat persetujuan bersama daripada ahli yang lain. Al-maklum la semua pakat angkut bala tentera masing-masing. Pakej kenala sesuai dengan buget agar happening supaya tak pening dikemudian hari. Kami semua ok dengan pakej nie.

 PAKEJ 2 HARI 1 MALAM
Kandungan Pakej ini,
 1. Penginapan di bilik berhawa dingin dan dilengkapi TV
2. Penginapan berdasarkan perkongsian 4 orang sebilik ( Family diberi 1 bilik )
3. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang penginapan.
4. Karaoke percuma selama 1 Jam

Harga untuk dewas : Rm 65 seorang
Harga untuk kanak2: Rm 35 seorang

***Kanak kanak ialah 4 hingga 12 tahun
***Kanak kanak dibawah 4 tahun adalah percuma.

Tambahan kepada pakej ini (pilihan)
1. Pengangkutan dari Lumut (Fery) ke Chalet (Teksi) pergibalik = Rm20 seorang
2. BBQ = Rm15 seorang
3. Snookerling = Rm15 seorang
4. Karaoke = Rm50 sejam
5. Lawatan mengelilingi pulau dengan Teksi (2 jam) = Rm10 seorang

***Kanak kanak separuh harga dewasa

Contoh: Jika nak tambah kedalam pakej ,pengangkutan dan BBQ

DEWASA KANAK KANAK
Pakej = Rm65 Rm35
Pengangkutan = Rm20 Rm10
BBQ = Rm15 Rm 7.5
JUMLAH SEORANG = Rm 100 Rm52.5

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ZK bawa mengimbau zaman pra sejarah CHERRY 2C IN D'HAUS suatu tika dolu. Geng's lima #&~**(0)*! (kalau la mak pak kami tau jadi hantu lagu nih dulu nayaaa?!?), noti manja-manja gitew! Geng satu kepala grabak ketapi...
 

DORM B4 (SMVSPII) ni dia otai
 
 
 
 
KONSERT DI BUKIT CAHAYA SERI ALAM. OTAI LAGI!
JUMPA FAUZIAH LATIF KAT SINI


DEAR MY, CHEERY 2C
MISS U ALL
 
ZK stop sat siri 1 intro ~ Reunion D'Pangkor ~ Nak rehat jap seminit dua ambik mood sambung next siri.... :) Thanks geng's sweet reunion.
 
~ entry zaman pra-sejarah ~
 
peace yoo!
 

No comments:

Post a Comment