Wednesday 17 April 2013

D'KALA BENDERA SANA SINI

 TANDA PRU-13 DAH HAMPIR
 
 
Bulan kempen bendera. Macam-macam kita boleh lihat dan dengar ragam kempen pilihanraya PRU-13, but i'm not pro or kontra mana-mana parti. Sebagai rakyat yang lahir di bumi Malaysia ZK tetap akan menjalankan kewajipan untuk mengundi. Cheq saja yang tahu politik dalam diri ni. Dalam kehidupan semua perkara boleh didefinasikan sebagai politk. Bezanya politik baik or non baik. Kita juga boleh dikira sebagai pemimpim. Ketua wanita (para ibu) bagi kerajaan rumah tangga. Ketua Negara tak betul suara kita berkumandang, ingat leh pandang-pandang saja. Banyak tugas yang dipikul untuk membentuk kerajaan rumah tangga. Bijak mentabdir, bijaklah pembangunan kerajaan. 
 
Jom kawan-kawan kita mengundi parti mana ikutlah kata diri sendiri.
  
Professor Doktor Muhaya : Mengapa perlu mengundi?
Jawapan Prof Dr Muhaya  :
Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.
 
Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
 
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global..”
 
 
 J O M  U N D I

 
 

No comments:

Post a Comment