Tuesday 2 April 2013

D'KALA D'PANGKOR - SIRI 3

~ 2ND DAY, SALAM TERAKHIR D'PANGKOR ~
 
Salam.. salam.. salam..,
 
Nak buat camna no tuan tanah orang baru kena la buat acara meramaikan majlis. Satu cerita 3 series yoo!
 
Sambungan daripada siri 2. Selesai berkaroke sakan kami sambung gembang sampai 2 pagi, ikut hati leh sampai cerah pagi. Tapi kenalah  sedar diri esok masih menanti. Kot boleh bercuti lagi encik para-para somi pakat tarik permit bercuti dengan teman-teman sebab sembang tak ingat sapa teman seperjuangan. Alhamdullilah para Classy Man's sangat-sangat berhati mulia. Kena lah puji 5 6 kilo lebih-lebih, biar lebih puji sebab pasni nak jalan-jalan lagi...:) 
 
Today our last day in Pangkor... pagi-pagi lagi ZK dah dengar bedebusss bunyi orang terjun dalam kolam. Punya la control tak mau bagi askar kenit ZK terjaga. Gelap-gelap pagi anak sapa la dah mandi ni. Tup.. tup.. kakak echa pun tak senang tidor jugak. Dia keluar tengok sapa yang terjun kolam. Ropanya anak sahabat cheq la tu! Pastu kakak echa minta nak join, alahaiiii echa kol 7 pagi nie!. Hai dekat rumah suh mandi pe mengaji punya menyanyi, dok tang nie gelap gelap hari nak mandi dah, akai jenuh no budak-budak nie! Control punya control alih-alih askar kenit dah jaga. Kakak la ajak mummy buat skrip drama pagi-pagi hari. Tak dan nak mengeram lama-lama. Padan la muka tidor lambat kena bangun awai. Lai.. lai bangun sebab askar kenit dah buka mata. Cepat-cepat satgi dah kena berkawat.
 
Skali lagi Tok Ketua dah sediakan brekfes untuk para-para Classy Lady's. Tak yah susah-susah nak menapak cari brekfes... saya suka, saya suka... Menu nasi lemak, roti berjemkan stawberi & skaya & Teh O, tapi nasi lemak sedoppp. Selesai makan ada mesyuarat tergempaq, semua ahli bersetuju untuk buat last aktiviti. Kita berisland hoping nek bot. Tup tap, tup tap boleh lah ikut menikmati keindahan alam maya ini disamping askar kenit yang tak reti duk diam-diam. Rasanya askar kenit ni very the enjoy, dia dah macam terlebih kawat, sakan sangat!
 
Pagi-pagi askar kenit dah exercise
 
dia menguatkan otot-ototnya, senaman kuatkan kaki mummy!
 
Sempat buat cover sebelum nek bot..  smiley ;)
time ni kalih-kalih askar kenit hilang.... copat sungguh kau menyelinap
 
come..come.., pakai life jaket untuk keselamatan diri agar kau tak ilang dalam bot, moga-moga kau duduk dediam dalam bot anakku, aminnn!
 
cepat abang bot askar kenit dah jemu pakai benda oren nie. Cepat la buka mummy! "jangan buka nanti fish makan muaz"
 

akhirnya askar kenit duduk dediam dalam bot sambil senyum simpoi, mummy leh menikmati keindahan pulau nan indah... bestnya angin bayu menyapa pipi ini sejuk and aman!
 
Mr Daddy pun menikmati keindahan pulau dengan aman, kau memang aman sebab askar kenit dengan cheq! Geng ada kepitan Puan Izah, tapi anak dia dah besaq skit daripada askar kenit cheq
 
 batu berkepala penyu. Ada lagi kepala buaya, ikan paus dan lupa ingatan sebab no foto.
ZK hanya sempat ambik gambar ni saja. 
Al-maklum berkepitan dengan askar kenit.
Hilang kawalan macam-macam boleh jadi.
Nak pegang camera ke nak pegang askar kenit tue!
 

Ikutkan dari pantai tempat berfotoshot tadi kami ke pantai seberang sana, lupa tajuk pantai tu. Selepas menghabiskan segala aktiviti mandi manda and bercanda kat seberang sana just call abang bot tadi mereka akan bawa kita pulang sambil mengelilingi pulau pulau sekitar pantai. Ikutkan kami leh singgah untuk snorkelling tetapi hari tu binatang gatai-gatai terlalu banyak, tak sesuai untuk kanak-kanak kami putuskan meneruskan perjalanan menikmati keindahan pulau. Oh! indahnya bumi ciptaanMU..., aman, damai dan tenang bila berada ditepian pantai. Tapi ditepian askar kenit sangat tak aman damai., Sian anakku! Peace Mu'azz..., kau memamg menceriakan otot-otot mummy. Sayanggggg muaz pergi berpakaian lengkap balik tiada pakaian. Comboyyy! No foto gak!?!!?
 
Harga Island Hoping RM80.00 perboat, kami tong..tong 3 family's dapat RM27.00 seorang. Semua urusan aktiviti sebut saja mesti diselesaikan dengan pantas oleh tok ketua & tok siak Puan Zilla. Tugas-tugas khas kena bagi dekat mereka yang tiada kepit-kepitan. Bagi kat ZK jenuh ligan nak minta RM. ZK dah penat berisland hoping so sessi kemas-kemasan nak berangkatan.
 
Mood syahdu belanda tapi tak leh berada dalam mood sepatutnya sebab mood sentiasa kawat kiri kanan kiri, kiri kanan kiri.. lagi kanan kiri kiri. Moga-moga sahabat-sahabatku memahami diri ini. Next trip mungkin mood tu mai lagi. Apa-apa pun thanks to all my beloved friends forever. Sayang semua walaupun tak terluah dengan kata-kata. Boleh melihat kalian semua diri ini sudah teruja. Semua macam dulu jugak walaupun alignment dah lari sana sini. Alignment saja lari tapi otak grabak ketapi tak lari jugak. Berada di samping kalian gusi tak kering langsung. Senyum molek-molek belaka. Nanti kita kumpul lagi ajak ramai-ramai lagi, save buget lagi... aktiviti ramai lagi. See you lagi friends.
 
 
HERE CLASSY LADY'S in PANGKOR
 ni dia Tok Ketua a.k.a Puan Noor Huzaini bt Udzir a.k.a Nonie Ernie. Hanya bawa Abang Amar,
cik somi absent atas urusan bisness matters.
 

ni pulak Tok Siak a.k.a Puan Zilla Bakarin (jangan maqah na) a.k.a Zilla Tajuddin & the geng's
from Kay EL.


 yang nie Shelly a.k.a Puan Suhaily binti Hashim a.k.a pura-pura tak tahu la?!? (sesuai dengan fav petnya) & the geng's also from Kay EL.


 this pula Izah a.k.a Puan Norhumaizah binti Ismail a.k.a hutan kampong & the geng's from ES P.


 this is As a.k.a Puan Nur Asmiza binti Marzuki a.k.a jala-jala itik, jala ayam, jala ikan (sampai sekarang hobi dia suka menjala ikan now upgrade guna joran) & the geng's from KAY EL.


yang nie Yatie a.k.a Puan Nor Hayati binti Hashim a.k.a Yatie Kaktie & the geng's, en.somi pun absent sebab cuti tak approve bz bos.
 
 
yang nie in the haus ZK a.k.a Puan Zarirah Kamarzaman a.k.a Ku Yah & a.k.a Cik Yah a.k.a IRAH glemer skit. A.K.A ku memang ramai.
You all know my geng's! alooo tuan tanah pra-santan & prasaan.
 
 
Selesai sessi fotoshoot kami bertolak ke jeti dah kol 2 petang. Rakyat ramai yang bercuti-cuti Malaysia so terpaksalah menunggu giliran teksi-teksi pink van mengambil penumpang. Time check out serentak dan setapak so kena lah bersabar buat barisan ke jeti. Sesiapa yang tidak mahu terkandas sila buat panggilan & tempahan awal ke jeti. (Mungkin berlaku pada musim cuti-cuti Malaysia sahaja) Jem dekat 1 jam. Letih den kawat kiri-kanan.
 
Sempat lagi menambahkan koleksi gambar kenangan walaupun tengah kawat sakan nie.
 

anak-anak kendos, ribena, askar sedang memberi pose kuit miut. Kita jumpa lagi sayang!!

En askar kenit tengok depan nie.. no belon!
 
 kakak Echa yang meriah.. pengerusi belon!
 

kasi baju sama senang cam,
all you kena tahu anak-anak ZK kuat kawat
 
Finish berfoto already, bateri camera handpon pun dah kong sebenarnya. Setengah gambar-gambar nie ZK buat pinjaman dari sahabat-sahabat tercheta. Tidak rangka saja la ceritanya ZK. Coverage meluas tentang Percutian di Pangkor ni jom tropong TOK KETUA  punya belog. Coverage ZK tak cukup gigs. Apa-apa pun ZK sangat-sangat hapi bila kumpul bersama walaupun tak boleh menghayati setiap gossip yang dibentangkan oleh mereka. Rezeki next trip pulak. ZK and the geng's still satu bot time balik. Kemudian berpisah dengan geng's Kay EL As dan Shelly di jeti. Tok ketua bersama cheq sebab masih ada agenda yang tersembunyi. Nanti kita sambung crita tersembunyi next enrty. Still gender-gender berkonvoi balik ke utaqa dengan Yatie dan Izah. Isikan perut anak-anak biar kenyang kemudian para mama & para bapa posa sebab nak menghayati makan Mee Kuala Sepetang. Sanggup you simpan mood nak makan mee. Sepetang sungguh kami lunch kol 6.30 petang. Kemudian tolak pulang ke SP hantar tok ketua, sampai rumah kol 9 malam. Bahagia dapat merehatkan anggota-anggota kawat ku. 
 
Entry terakhir ini ku tujukan khas buat sahabat-sahabatku yang dekat mahupun jauh. Biar pun sedetik kita penah bersua kalian tetap teman yang mewarnai diri ini. Sesungguhnya kalian sangat bererti buatku. Memori di PANGKOR menjadi satu lagi peristiwa yang memahatkan hati dengan kalian agar jiwa persahabatan ini lebih berseri.
 
WE are
F O R E V E R
 
 
 
I LUV YOU ALL.....
yang tiada kat Pangkor I still luv you all too, moga dapat jumpa kalian juga suatu hari nanti ;)
 
 
~ tamat siri ~
 
peace yoo PANGKOR 2013!
 
 
  
 
 

No comments:

Post a Comment