Wednesday 3 April 2013

D'KALA MC & MC

MS DEMAM 'ECHA'

Baru saja MC 2/3/2013. Now 1/4/2013 Echa dapat MC lagi. Ikutkan demam dari 30/3 lagi. Konon tak mau ambik antibiotik. Cuba kadeah yang boleh menyembuhkan tanpa antibiotik. Keadaan tidak mengizinkan Echa tanpa antibiotic. Jom p klinik kakak Echa. Pergi klinik doctornya ngak mahu kasi ubat. Doktor panel suruh refer pakar sebab dalam sebulan sampai 2 kali demam.  (Ms deman Echa ni disahkan ada Tonsillitis since umur dia 4 tahun lagi).
 
 
 Ms Demam 'Echa'
 
Kol 7 register dapat NO.10. Klinik malam kol 7.30 baru buka
 
Jom makan dulu perut dah main lagu dangdut
 

Ms demam 'Echa' nak jumpa DR. Loh Chee San.
 
Dapat No.10. Pukol brapa nak kena panggil ni? Now dah kol 8 malam Cik Misi!. "No.10 masuk", Cik Misi dah panggil. Dah jumpa Dr. Loh, dia suggest ambik antiobiotik yang low dose dulu, ubat titik or spray and mencegah lebih baik daripada merawat. Doktor tanya cheq why doctor klinik bagi antibiontik Zithromax? Cheq genyeh ja, sungguh kurang periksa bab ilmu kedoktoran and kesakitan ni. Pasni kena banyak timba ilmu kedoktoran ropanya. Untuk menjadi ibu yang lebih prihatin.
 
Jom study dengan ZK
 
 
 

Bab 1 : Apakah itu tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari system pertahanan badan. Tisu limfiod ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
 
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
 
Apakah itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada system kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher boleh membengkak sekiranya terdapat di dalam mulut, misalnya pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.
 
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak sebagai salah satu system limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsillitis atau radang tonsil.
 
BAB 2 : Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oelh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, Adenovirus atau Measles juga menyebabakan pembengkakan tonsil juga.
 
Antara gejala radang tonsil
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
 
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5 - 15 tahun
 
Yang sering menjadi masalah kepada ibu bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsillitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu bapa akan dating ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
 
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabakan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberpa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
 
Tonsilitis kebanyakkannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
 
"Sleep apnoea" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oelh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
 
BAB 3 : Rawatan Radang Tonsil
Pada kebiasaannya, dengan memberi ubat lozenges atau hisap untuk merendahkan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doctor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana efektifnya tidak pasti.
 
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetomol atau ibuprofen utnuk tujuan menahan sakit.
 
Ubat antibiotic akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotic yang diberikan ialah jenis penicillin seperti amoxicillin atau ampicillin. Kadang-kadang juga memberi antibiotic dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Amat jarang memberi antibiotic bertenaga nuclear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana mengamalkan prinsip memberi antibiotic yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
 
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boelh mengurangkan sedikit pertahan badan. Oleh hal demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.
 
Untuk tujuan itu, anda perlu berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episode jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.
 

Komplikasi Tonsillitis
 

 
Mummy doa yang terbaik untuk Echa
makan ubat rajin-rajin Ms demam 'Echa'
 
 
Semua ibu akan memastikan yang terbaik untuk anaknya. Next follow up 2 minggu lagi. Mummy genyeh lagi. Mr Daddy claim laju-laju please?
 
 
peace yoo!
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment