Tuesday 2 April 2013

D'KALA D'PANGKOR - SIRI 2

~ DAY FIRST, IN PANGKOR KAMI DATANG ~
 
23hb Mac, cuti sekolah baru-baru ni ZK join reunion nak jumpa sahabat-sahabat lama ZK. Majlis anggota sepakat buat perjumpaan pada cuti sekolah penggal pertama. Pakej 2 in 1,  makan angin with family + gender2 reunion. Yang paling bahagia mama in da house.... Percutian paling bermakna setelah 19 tahun terpisah. Nak buat jejak kasih, jejak ropa, jejak saiz n jejak sgalanya . ZK dari Sungai Petani tercheta bersama my geng's
 
That my geng's
watak jemputan : Mr Daddy 

 watak tambahan 1 : Cik Echa
 
watak tambahan 2 : Askar Muaz

 
ZK and the geng's bertolak dari SP kol 8 pagi, coz janji nak jumpa dengan 2 sahabat ZK kat R&R Bukit Merah. Kami nak konvoi pe skali ke  Pangkor. ZK walaupun duduk senegeri dengan Yatie and Izah tapi jauhnya macam duduk 40 negeri. Disebabkan reunion nie lah kiambang bertaut kembali. Padahal satu negeri saja. Yatie di Istana Anak Bukit & Izah di Tikam Batu. Nak buat camna masa mencemburui kitakan (very the reason noo...). Dari R&R Bukit Merah kami 3 family's terus ke destinasi PULAU PANGKOR KAMI MAI NIE... Tak sabaq nak jumpa sahabat-sahabat lama nak sembang sampai pagi. Sat na semua...
 
Yeah! sampai dah. Tapi bukan Pulau Pangkor lagi, sebelum ke seberang sana kena ambik feri dulu. Ribuan rakyat nak ke Pulau Pangkor jenuh menunggu giliran nak naik bot. Barisan punya la panjang disamping perut kembang kempis minta diiisi. Adoi la lapaq tahap gaban niee..., time ni dah dekat kol 2. 
 
 Yea..yea feri dah sampai

 
"Nonie! hang nampak aku dak, Aku dok bye bye kat hang nie!" (bercakap tepon dengan makcik rabun mana dia nampak apa!)
 

sambung lagi "hang nampak dak muaz pun dok bye bye nie...." time ni nonie roger bagitau geng's lepa berangkat dulu, depa tinggai cheq!!


Sementara menunggu Mr Daddy parking kereta and tunggu giliran nek bot, buat jap sessi tangkap apa yang boleh tangkap sebagai kenangan. Last mai Pangkor tika echa setahun lebih. Nie kali kedua mai Pangkor, so tangkap la gambar sebagai tanda ingatan buat kali brapa cheq sampai Pangkor plak.
 
 
 Sessi fotosut sebelum nak naik but
 Haiii
 
Haii lagiii
 
Yatie geng's
 
"Aunty noni tinggai kita ka mummy?"
 
 watak tambahan 1 nie, mmg suka overrr!
 
 nie bukan taman anggur, tapi
 
Para-para Classy Lady's in here,
 
yang nampak krusi putih tu my room
 
kolam nie memang pembukaan majlis, tenangkan!
 
aktiviti mengelorakan kolam renang yang tenang tadi
 
pukol brapa nak abis aktiviti kuak lentang, kuak itik, segala kuak ni
 
 
Selesai aktiviti segala kuak nie, kami sepakat nak buat Island Tour. Harga untuk Island Tour RM80.00 untuk sebuah van bagi muatan 10 orang. Tempat yang dikunjungi Kilang Satay Fish, Taman Fu Lin Kong dimana terdapat replika Tembok Besar Negeri Cina, kemudian kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan sekitar Pulau Pangkor. 
 
 
Island Tour 
Mummy ready to go

go Daddy
 
Stand by...
 
go...
 
tak puas ati sebab tak satu van dengan Abang Amar
 
 
Destinasi 1 : Kilang Satay Fish
kualiti gambar sangat sedih, sebab?
 
main kejar-kejar dengan askar kenit nie. Kat sini macam-macam ada ikan bilis, ikan masin, ikan parang, sotong kering, udang kering, satay ikan, satay sotong, isi siput, isi ikan and sgalanya hasil lautan yang dikeringkan. Semua dijual disini. Macam ZK apa pun tak leh! Leh penat dok kejar askar kenit nie. Hai laaa den loteh!
 
 mesyuarat tergembar! den sempat skodeng dari kejauhan saja 
 
 
Destinasi 2: Taman Fu Lin Kong
 ni dia replika tembok cina
 
 ZK and the geng's sempat kat replika tembok batu besaq saja
 
Mr Daddy pun kat tembok batu besaq gak!

nie pun tembok batu jugak!
 
Dekat Taman Fu Lin Kong ni kami singgah lama skit sebab kanak-kanak kendos, ribena, askar main sampai tak ingat dunia. Ada small playground kat situ. Boleh la buat sessi fotoshot dengan replika tembok besar cina, yang mana tak sempat sampai tembok besar cina, tembok batu besaq pun jadi lah! Taman ni sebuah tokong cina lama tinggalan sejarah kaum cina dolu-dolu. Now salah satu destinasi pelancongan untuk Pulau Pangkor.
 
 
Destinasi 3 : Industri Pembuatan Kapal
Sesambil ronda-ronda kita leh tengok kepakaran orang pulau nie buat kapal
Kat hujung sana tempat buat kapal busaq-busaq
 
 
Kapal dalam pra-pembinaan
 
 
Harga kapal ribu-ribuan leh cecah jutaan. Kaya orang pulau nie 

 cantiknya keindahan alam
 
 
Destinasi 4 : Kota Belanda
 Hasil tinggalan sejarah orang Belanda, meriam belanda kot!  

 Cheq tak dan nak baca sejarah kat sini, sebab
 
 
cheq keja main aci ligan
 
ligan askar kenit nie....
 

Mr Daddy please ligan plak
 
muka dah sembik, Mr Daddy tak mau kawat dengan dia dah
 
Kota Belanda
 
Izah hero's & Yatie hero's di Kota Belanda
 
Bye Kota Belanda!
 
 
Destinasi 5 : Pusing-pusing Pulau Pangkor
Time check out dari van ZK terus ke bilik merehatkan diri selepas penat main aci ligan dengan askar kenit ZK.  Dia pengsan sebab letih Tour Island lagi sakan. Geng's yang lain keluaq menikmati pemandangan pantai and sunset nan senja. ZK leh tarik nafas lega dan siap-siap untuk aktiviti di sebelah malam pulak.
 
Sebelah malam tok ketua dah booking dinner, BBQ set. Makanan WOW!  wala sodap! Macam2 ada  sotong bakar, ikan bakar pelbagai spesis, nasi and .....!?! Sebenarnya macam-macam ada tapi tak leh focus sebab askar kenit kalut nak turun main belon pulak dah. Kakak echa punya pasal lani bawa belon masuk kandang, mummy Zarirah tak leh menikmati dinner yang lazat dengan tenangnya. Haiii stressss! Baru saja tarik nafas lega tadi. Dia buat kalut pulak. Mentang-mentang bateri dia dah penuh, tidoq dengan nyaman dalam bilik tadi now dia mula dahhhh. 
 
BBQ TIME'S

Semangga gambar BBQ time. Tuan tanah tak dak jugak?!?

ZK balik awal skit time nie sebab askar dah tunjuk perasaan. Balik buat susu n tenangkan askar kenit ni. Dia dah dapat pistol buih-buih belon. So dia kawat lagi sakan. Sebelum keadaan menjadi diluar kawalan, baik balik masuk kawalan. ZK terlepas episode santai BBQ time's bersama teman-teman.
 
Seterusnya sessi Karoke time's. Mengasah suara sumbang sumbing para Classy Lady's. Besa lah dah lama tinggai zaman pra sejarah dalam bidang nyanyian nie. Malam tu tak sangka Mama shelly pandai goyang duh! Ama'lena duh..duh..duh! Mama Yatie dengan ZZ (Ziana Zain) kening terangkat lagi beb!. Mama Nonie goyang Memori Daun Pisang dengan Mama Shelly, dengan ZK kami duet Lagu Doa buat Kekasih. Pastu macam-macam lagi la episod yang berlaku...................., sampai la episode artis jemputan eton meon in the haus. Seram sejuk time nie ZK dengau sorunya. Layan je la artis veteran nak join Classy Lady's jugak, nasib baik kami ni very the supporting tak lastik je makcik sorang nie. Makcik kami ni suka suki je bukan nak masuk Akamedik Fantasiya, cool makcik! Susah hati ZK dengar dia mengomen suara kawan-kawan ZK mengalahkan akak Ogy. Takpa makcik kami faham nah selagu untuk makcik Menaruh Harapan "sepanjang perjalanan ini...................phewitt!!

 
KAROKE TIME'S
Ama'lena duhhh...


Zena Zun In D'Haus
 
Cari dimana artis jemputan kita?
 
Selesai berkaroke kami gembang sampai pagi. ZK on and off, kejap join kejap masuk bilik tepuk askar kenit I laaaa.... I tetap miss u all geng's. Akhirnya dapat jugak sembang sakan bersama sahabat lama, lama-lama. Lama lagi ZK berkawat. Nanti kita suh tok ketua arrange lagi. Penuhkan tabung masing-masing for next trip please!. Paling penting semua yang terlibat termasuk para Classy Man's sangat supporting memberi support apa yang Classy Lady's buat. Bagus! Next trip leh ikut lagi. Bravooo we lap you man's.
 
~ siri seterusnya bersambung lagi selepas pekena milo secawan ~
 
peace yoo!
 
 



1 comment:

  1. Askar kenit buat abg ammar baca seropa tengok maharaja lawak. Terbaik Aunty !!!

    ReplyDelete