Thursday 21 February 2013

D'KALA JUMAAT

 RENUNGAN BERSAMA
 
Bila i follow you, i can see you. ZK prasan bila drive slowly like a siput sedu dibelakang you, ZK leh nampak kekurangan keta yang berada di hadapan ZK, siap boleh belek apa yang tak ok. Lampu brek tak nyala, lampu signal blur, lampu belakang rosak and macam-macam lagi. Why i so bz body you!?! coz malang tidak berbau Cik None.
 
Sebenarnya apa yang cuba ZK simpulkan adalah, bila kita berada di belakang seseorang baru kita boleh nampak kelemahan orang yang berada di hadapan kita. Baru ZK sedar kekadang orang yang menegur kita mungkin dia nampak kelemahan kita. Paling penting dia sangat CONCERN untuk kita memperbaiki kekurangan yang kelihatan.
 
Bak simpulan kata ZK, keta yang kelihatan kurang enak jika dibaiki skit demi skit akhirnya ok jugak. Yang penting pandu selamat, nyawa selamat. Begitu juga teguran. Walaupun tak semua suka ditegur. 
 
Jangan samakan pula diri kita sebagai hamba ALAH seperti kereta. Kereta ngak punya jiwa dan hati dong!!
 
 
Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
 
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
 
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah. 


PEACE! 
(puisi petikan dari I LUV ISLAM.COM)
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment