Tuesday 19 February 2013

D'KALA KHIDMATKU

13 TAHUN SUDAH
HB FEBRUARI 2013,
 
OMG! sudah 13 TAHUN ZK memberi khidmat disini. Dalam diri ZK sebagai seorang pekerja mesti rasa macam-macam ada... like an astro pakej.
 
 
so hard working  ;)
 
 khidmatku adalah rezekiku
 
Selagi mana kita mengalas tugas sebagai seorang pekerja kenalah sentiasa tepuk minda INGAT!
(ZK tepuk dahi sendiri)
 
 
1. Dalam Islam, sifirnya sangat mudah. Jika rezeki yang kita cari itu sumbernya halal, maka kehidupan kita akan diberkati dan setiap usaha mencari rezeki itu akan diberi pahala. Sebaliknya, jika rezeki yang kita cari itu sumbernya haram, maka kehidupan kita akan jauh dari keberkatan Allah SWT, ditambah pula dengan dosa yang akan dipikul.
 
2. Apabila bercakap soal “keberkatan”, satu lagi perkara yang perlu kita jaga ialah bagaimana untuk menjamin keberkatan dalam rezeki kita. Terdapat sesetengah orang yang secara zahir, pekerjaannya halal, tetapi rezeki yang diperolehinya tidak berkat. Antara sebabnya ialah terdapat perkara-perkara shubhah dalam urusan pekerjaan yang dilakukannya. Inilah yang perlu kita lakukan muhasabah dalam diri.
 
3. Dalam bekerja perlu berusaha memperbaiki mutu dan prestasi kerja bermula dari sekarang. Indahnya Islam, kita mempunyai alternatif bagi memperbaiki diri. Jika dilihat daripada senario amalan negatif, sudah pasti rezeki yang kita terima mempunyai masalah dari segi keberkatannya. Sebab itu kita ada zakat yang wajib dan sedekah yang sunat. Inilah antara alternatif terbaik bagi menjamin rezeki kita diberkati Allah SWT.
 Sesungguhnya zakat dan sedekah itu pembersih kepada rezeki yang kita perolehi. Allah s.w.t berfirman. “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah al-Taubah, ayat 103).
 
4. Kita perlu bersyukur di atas anugerah pekerjaan yang kita ada sekarang. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan diri sendiri agar sentiasa proaktif dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Menunaikan amanah kerja dengan cara yang terbaik menunjukkan rasa syukur kita di atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”
(Surah Ibrahim, ayat 34).
 
5. Setiap kebaikan yang kita lakukan semasa menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja, pasti akan mendapat balasan daripada Allah SWT. Kadang-kadang terdapat dalam kalangan kita yang cepat terasa hati kerana tidak diberi anugerah atau hadiah atas perkhidmatannya yang cemerlang, lalu merajuk, mogok serta hilang semangat untuk terus melaksanakan kerja dengan cara terbaik. Ingatlah, ganjaran daripada Allah SWT itu lebih baik daripada yang selainnya. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, (sama ada) lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan berikan balasan pahala kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97).
 
 
moga-moga ZK 
 In Sha Allah
 

No comments:

Post a Comment