Thursday, 29 May 2014

D'KALA ...ALL GROWN UP NOW


Salamun salam............ 

semua untukmu, ibu.. ayah..


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed


Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I'm all grown up now

It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day


And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
‘Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

Selamat Hari Ibu untuk cinta hatiku
Mak Bee & Mak Liza..


celebrate skali Birthday Papa Burn.... 

Ibu Ayah merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini  diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Ibu & Ayah adalah amanat dari Allah yang perluku jaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.






LOVE IBU & AYAH

“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa 
murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”
(Riwayat al-Hakim)


P E A C E




Wednesday, 28 May 2014

D'KALA NAK TULIS KARANGAN BERSARANG...


Salamun salam.... 

Pejam celik, pejam celik lama juga tak buat karangan dekat My kala-kala nie. Mai angin tak dak kala, nak berkala pun No aidiaa heh! ;) . Time bulan April baru nie cheq bizi mengalahkan PA Manager. Orang pompuan ni kalau tak membizikan diri mana bolehkan? Kita ni sentiasa ada agenda yang perlu membantu, memantau, menolong dan menjalankan tugas-tugas khas. Cheq semestinya PA kepada orang-orang disekeliling cheq. PA pada Cik D (sudah maklum), dan PA pada Mak Bee & sewaktu dengannya. 

Penghujung bulan Mac hingga awal bulan April cheq bizi bantu My Mak Bee dan keluarga kecikku bersiap-siap nak berangkat mengerjakan umrah. Mak Bee dan keluarga kecikku dah selamat pergi dan selamat kembali pun, Alhamdulllahhhh.. syukrannn.

Sebelum berangkat macam-macam pesanan cheq trima daripada my adik dengan My Mak Bee, "Jangan lupa siram pokok", "kucing bagi makan", "Ikan adik dengan rumah dia jangan lupa tengok-tengok" "kejut adik Yat pe keja", "nanti dekat mak nak balik jangan lupa masak, Hphone jangan tinggai merata-rata... bla..bla..bla.." tudiaaa Hphone masuk juga dalam senarai Mak Bee... (cheq dgn HP sentiasa terpisah)  Padat dengan pesanan mana dan nak update belog kala nie. Otak full tank. Cheq fokus...cheq fokus dengan pesanan yang diterima.


My family's kecikku..


Trima kasih mak & abah sentiasa kenang daku dalam setiap 
penjuru doamu....  



Selepas bizi dengan acara membantu My Mak Bee... lari plak balik bantu Mak Liza... so memang bersawang lah kala-kala. Tuan belog banyak acara perlu dimuat turun dulu. Yang dahulu cheq dahulu kannn... baguih oooo..,   mai.. mai..berkenalan dengan cheq belog ni yang sedia bantu...

Kenduri kesyukuran di rumak Mak Liza... 
di bulan Rejab




Masak sendiri menu-menu tue..... Mastar cef jugak. Selesai masak urut napasss.., lega woo. Risau wooo... Mak Liza buat panggilan 200 orang wooo... gerun cheq dan chef-chef yang bertugas pada hari kejadian... ;) Thum-up buat kami's.



Dalam pertengahan bulan April... tetiba rasa nak join carbooth sales dekat SP Plaza plak.., Nak tolong promo Aji-kuta Adidas Collection Cik D cheq. Kan dah kata cheq memang Mrs Bizi, ingat cheq ni boleh dok saja ka? NO.. no.. no... bila cuti kaki ni sropa lipas kudung. Sana sini penuh aturcara....


Mr.D punya carbooth, jom berkenalan
~ajiku-ta Collections~

my assistant, askar kenitku... 
Mummy simpan kenangan nie 
Nanti besaq mummy cerita kisah benar... luv you Mu'azz






Selamat berkenalan dengan "ajiku~ta Adidas Collection" 
i, mem besar sedia membantu aja... taugeww dia Cik D cheq.. ;)




ADIOS AMINGOS... P E A C E







Monday, 31 March 2014

D'KALA R4BIA


Salamun salam

BERSAMA R4BIA
Bir Rabi4 Var 

"mungkin mereka terdiri daripada pemimpin yang sedikit di sebuah tanah, sebuah tanah Arab yang satu daripada Marakesh ke Bahrain, mereka adalah Rakyat Arab yang satu." 

 Pemimpin mereka, "like Everest themself, like Himalaya themself" 


P E A C E





D'KALA PEACE TO YOU 'GG'

Salamun salam....

Apa yang dirasai, diketahui, diamati, digali ingin saja dikongsi bersama D'kala ini. Hah... ;) senyum aja la masalah jiwa aku ini. 
  
Siapa tak kenal George Galloway ? TAPI aku baru saja kenal dia. Aku teruja mengetahui manusia hati mulia ini. Moga hidayat miliknya dari Allah swt. Orang non-muslim memperjuangkan hak-hak orang muslim. Aku jadi bisu sepertiga malam. Bercakap tentang haq dan batil dalam isu perjuangan dengan pedas di mata dunia.

Seorang ahli politik British dan bekas ahli parlimen dari tahun 1987 hingga 2010. Beliau terkenal dengan sikap anti peperangan. Galloway juga begitu lantang dalam kempen-kempen menyokong Palestin terutamanya dalam krisis pendudukan Israel di Gaza. Galloway menjadi naib presiden pertubuhan Stop The War Coalition (StWC) yang ditubuhkan pada September 2001. Pertubuhan ini menentang kempen "War on Terrorism".

George Galloway. Aktivis Misi ke Gaza semua kenalnya. Beliau ahli Parlimen berpemikiran liberal dan bersemangat sosialis. Beliau banyak menyumbang jasa kepada Islam dan umat palestin. Beliau faham apa itu "perjuangan" dan alquran, cuma belum dapat hidayah. Beliaulah banyak mencarikan dana dan tajaan utk FLOTILLA cawangan barat. 

Walaupun ada sesetengah aktivis Flotilla ketika ini sudah mengiktirafnya sebagai muslim kerana dia terlalu baik dan terbuka dengan muslim. Malah, beliau juga pernah cakap sanggup mati untuk mempertahan penindasan ke atas umat palestin yang majoriti beragama islam.  Macam ni sikapnya mana aku tak jadi bisu. OH TUHANKU.. Ikutkan banyak lagi yang aku terkejut bila mengetahui perjuangannya.  


Aku petik kata-kata En. George Galloway : 
Dunia Arab hanya memerlukan sedikit titisan hujan 
sahaja untuk menghidupkan padang pasir yang luas, 
dan titisan hujan yang sedikit itu bakal 
hadir tidak lama lagi.... :I




TO YOU SIR
P E A C E 




Sunday, 30 March 2014

D'KALA 31.3.2014


Dear diriku dipagi Isnin,


Macam-macam mood aku lately nie...
* Sedih dengan orang-orang Malaysia yang memang "aneh-aneh" perangainya
* Perkembangan di sekeliling dan dunia menjadi aku penat kepala (boleh tolong fikir ;() 
* Dugaan MH370 banyak memaksa otak terbawa-bawa hingga aku menyepi bak di dalam tembok china. 
* Kemudian panas di luar bagaikan sama panas di dalam - di tempat kerja memang ada saja pencabar, tak tahu apa dalam hatinya :( Politic is not my game... my games is settle the works. 

Kepada orang-orang yang sangat "aneh" jiwanya - Aku doakan semoga Allah swt memberi perlindungan kepada mereka - Moga kedaulatan Agama, Negara, Bangsa dan diri terpelihara.

Pabila aku mendengar manusia membicarakan mengenai kemuliaan dan kehinaan. Dua perkara yang kontra. Apa yang kita faham?


Perkara-Perkara Yang Kontra

Semuanya berlaku dengan kehendak Tuan Punya Dunia. Seperti ini; Walaupun ramai orang yang memuji-muji seseorang manusia itu, boleh jadi ALLAh Ta’ala hendak menghinakan dia sebenarnya. Dan boleh jadi, walaupun manusia sekeliling menghina seseorang, ramai yang tidak suka padanya, boleh jadi ALLAh Ta’ala hendak memuliakan dia dengan didahului perjalanan yang sukar.

Perkara yang aku takuti dan aku pasti kita semua juga takuti; dimana kesenangan, kepintaran, dan kejayaan dalam pelajaran yang kita alami itu adalah tanda kemurkaan.

Eh kenapa pula? Kan berjaya tu. Murka apanya?

Kadang-kadang, apabila ALLAh Ta’ala murka pada seseorang, ALLAH akan berikannya kesenangan di dunia. Itu namanya Istidraj. Dan kadang-kadang, apabila ALLAH Ta’ala suka pada seseorang, ALLAH berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia lebih mengingati ALLAh. Dan kesenangan yang dia ada itu pula, adalah kelalaiannya baginya. Semuanya, ujian dari Tuhan. Datangnya segala kesenangan dan manfaat dalam hidup itu adalah ujian. Hadirnya segala kesakitan, kesedihan dan keterlukaan itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur.

Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya itu bukanlah kerana kekayaannya. Hina itu bukanlah pula pada kemiskinan pada yang berusaha.

Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata dan mencantas kata-kata lain dengan lidahnya; ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu akademik. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana dengan sifat kasih ALLAh Ta’ala menyorokkan aibnya daripada diketahui oleh orang ramai. Kita ini penuh keburukan. Tinggal sahaja, keburukan itu tidak busuk seperti bangkai. Siapalah sebenarnya kita ini. Sekiranya ALLAh Ta’ala berkehendakkan dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun yang mahu kenal dan berkawan rapat dengan kita, kan?



Renungkan. Yang kontra itu ada hikmahnya.
Buat diri ini, semoga ALLAh merahmati.

P E A C E






Tuesday, 25 March 2014

D'KALA ON MAC


Salamun... salam.. 

On March, ibarat episod drama bersiri 

OH!, Sedih.... Dukacita... Pilu... Hiba....  so touching on March. Ibarat drama bersiri yang sambung menyambung. Ya betul! tak salah kita bersedih dan melayan kesedihan sebab itu fitrah yang dianugerahkan. Ya aku sedih!?!. Aku bagai dipanah rasa kesedihan yang berpanjangan..... bermula dengan melayan perasaan ku yang sedih walaupun seinci. Dalam berfikir mencari jalan keluar dari kesedihan, Bangggggggg....!! buka TV pada hari Sabtu Malaysia dikhabarkan dengan tragedi yang betul-betul menyayat hati.... MH307 hilang dari radar pada 8hb Mac... (Kalau aku hanya seinci sedih, mereka bagaimana?) 

Aku membisu hilang kata-kata akan kejadian ini, aku betul-betul sedih.... episod sedihku sambung kembali..,

Oh! Ya Allah.. yang berkuasa, sungguh besar kuasaMu sehingga membuat kami terpaku kaku.... dengan redha kami pasrah akan Kun FayakunMu. Dengan rendah hati serta ketabahan yang kami pohon dariMu meminta petunjuk keluar dari musibah dan ujian ini. Aku insan yang kerdil di sisimu meminta ehsanMu Ya Allah, berikan mereka kekuatan, ketabahan, ketenangan, ketinggian akal fikiran dalam menangani masalah yang besar ini. Aku sedih, aku kasih, aku kagum, aku terpana melihat mereka yang di anugerah akal yang mulia memberi pertolongan, menghulurkan kebaikan tanpa meminta balasan. "Terima kasih wahai manusia yang berhati mulia". Aku jeles sebab kamu tidak terlepas dari pandangan mulia disisi Allah swt. Ketahuilah manusia hati mulia, malaikat sentiasa merahmati kamu, ingin ku curi bagaimana istiqomahmu wahai insan hati mulia...?, Kejadian ini membuat aku jauh mengembara membawa hati dan jiwa bersama. Maaf ya aku sensitif dalami, erti kata lain aku over dalam melayan jiwa. (Rahsia diri kot, emmm....no komen sebab tak tau nak kata lagu mana? )

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaaBirahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa. Engkau pemurah, Engkau penyayang Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan. Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi Mengabulkan setiap doa dan harapan. Segala duka hatiku hilang hilangkan Semua salah dosaku mohon ampunkan, airmata lukaku hapus-hapuskan. Doa hari-hariku harap kabulkan. 

Walaupun aku tiada pertalian saudara terdekat dalam kejadian ini tapi entahlah ianya seperti satu lembaran istiqomah yang baharu buatku. 

Betapa lamanya aku mendalami istilah DIAM ini, aku melihat akan diriku. Apapun ertinya biarlah rahsia masing-masing, "I is PEACE" just respect our choice, tak perlulah kata apa-apa.. sebab rahsia tetap rahsia.... yang penting ada kebaikannya di situ. Lately ni memang aku banyak berdiam, terlalu banyak bercakap sukar menemui kefahaman rupanya.. apabila kita bercakap atau meluahkan sesuatu apa yang kita harapkan? Mestilah sebuah "FAHAMI AKU","AJARI AKU", "BANTU AKU".  Salah telaanku lagi banyak bercakap meneruskan persolan banyak lagi aku temui kekusutan. Maka diam adalah lebih baik... itu juga pesan Nabi SAW, sabdaNya : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. ”Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Diam itu Lebih Baik, LEBIH BAIK DIAM
Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab :“Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”(Riwayat Bukhari). “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. Riwayat Abu Naim) 

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Diam orang mukmin itu ibadah. Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan. Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan seperti dia mengumpat atau kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang. Atau dia diam itu menghormati percakapan orang mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu Baik atau jahat. Dia biarkan saja orang itu bercakap dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu. Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu ataupun kecuaian dan kelalaian yang telah dibuat, supaya dia bertaubat ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan atau pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim) “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi).

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Al-Fatihah dan salam takziah 
pada insan-insan terpilih olehNya

P E A C E




Sunday, 16 March 2014

D'KALA A.K.U


Salam... 


#buatdiriku#titikku#




PEACE BERSAMAMU 'YA ALLAH'