Monday 16 February 2015

D'KALA NAK KALA PASAI PINK



Salamun salam.... 

Status tajuk lagu peraduan warna kala pink, tapi baca la sat na... Yuhuu....., hari ni singgah sat nak masuk parking tang kala-kala ni. Dah brapa minggu tak dan nak mengala tang nie. #nak habaq cheq sebok latew. Percaaayalaaaaaah... cheq memang sebok baq youu... Sebok mencari ilham memajukan sumber-sumber ekonomi negara cheq ;). Moga berkat sokongan dan dorongan dari mereka yang sentiasa berada di tulang belakang cheq serta redhaNya cheq dan nonie akan terus bersemangat memajukan usaha niaga kami. Tudiaaa... ayat lagu masuk percalonan usahawan zon utaqa.. #angan-angan melangit, doakan ya ;) 

Masuk tahun 2015, banyak jugak aturcara cheq dengan my nonie mengatur. Untuk new plan biz, kami berdua mengambil kata sepakat cuba buka satu cawangan kecik Little Pink Studio - Wedding + Rental Station di Sungai Petani, bertempat di teratak cheq. Butik comei di satu bilik comei kami mulakan operasi. Mai cheq mai, cheq maiii kita berkenalan dengan Little Pink berkonsep 'D.I.Y' (Do It Yourself) 'Kami Sedia, Anda Reka'.



Little Pink Studio official logo
cerita kala pink nie la, lalala.. 
Little Pink Studio ilham dari NonieErnie...



Pakej Mini Pelamin







Pakej Photo Booth





Little Pink juga menyediakan khidmat kepada yang berminat untuk menyewa secara 'loose' item. Konsep D.I.Y ni sangat fleksibel dalam merealisasikan majlis anda,  sangat mudah dan sangat save buget, bak tagline Little Pink kami 'Kami Sedia, Anda Reka'. Jangan lupa konsep ni anda diminta mengambil barangan yang disewa secara 'Self Services'. Jika ada yang berminat untuk menggunakan khidmat sentuhan dari Little Pink Studio secara total kami akan mengenakan 'installation fee' secara berasingan. Untuk lebih banyak info pasal Little Pink Studio, sila la ke link-link ini, follow la ya...

or Instagram LittlePinkStudioWeddingRental


Ni la story mory what is going on, why sejak dua menjak nie cheq tenggelam tak timboi?!?. Ilham nak mengarang ada tapi tak dan nak menyelit, bizi gaban banyak bab nak tengok, nak jaga and nak pe pantau. Al-maklum la memberi fokus. 1st time nak handle balik bab mak andam, so many things cheq must to do it and must to study hard. Kalau cheq tak study betoi-betoi alahai mati nak mengadam. Pakai keraq tangan ni gantung kain backdrop saja. 

Nak biznes ni mesti kena serba serbi boleh. Ya..boleh!, cheq kalau boleh semua bab nak jaga, bab isteri, ibu, anak, partner biznes, sebagai pekerja, teman, saudara mara. Fuhh.. banyak bab kan?!? moga-moga cheq tabah dan bersemangat dalam perjuangan cheq yang masih belum selesai. Cheq seorang insan biasa yang masih memerlukan sokongan dari semua pihak. Sila tunjuk ajaqku semua, #tundukjepun. Doakan cheq dan Little Pink Studio bersama my partner naa.. :). Sekian, terima kasih.


ku sambut pinkmu dengan hati yang terbuka my boo, 
moga usahasama ini dalam redhaNya...



TERIMA SAHABAT



P E A C E






No comments:

Post a Comment