Tuesday 25 March 2014

D'KALA ON MAC


Salamun... salam.. 

On March, ibarat episod drama bersiri 

OH!, Sedih.... Dukacita... Pilu... Hiba....  so touching on March. Ibarat drama bersiri yang sambung menyambung. Ya betul! tak salah kita bersedih dan melayan kesedihan sebab itu fitrah yang dianugerahkan. Ya aku sedih!?!. Aku bagai dipanah rasa kesedihan yang berpanjangan..... bermula dengan melayan perasaan ku yang sedih walaupun seinci. Dalam berfikir mencari jalan keluar dari kesedihan, Bangggggggg....!! buka TV pada hari Sabtu Malaysia dikhabarkan dengan tragedi yang betul-betul menyayat hati.... MH307 hilang dari radar pada 8hb Mac... (Kalau aku hanya seinci sedih, mereka bagaimana?) 

Aku membisu hilang kata-kata akan kejadian ini, aku betul-betul sedih.... episod sedihku sambung kembali..,

Oh! Ya Allah.. yang berkuasa, sungguh besar kuasaMu sehingga membuat kami terpaku kaku.... dengan redha kami pasrah akan Kun FayakunMu. Dengan rendah hati serta ketabahan yang kami pohon dariMu meminta petunjuk keluar dari musibah dan ujian ini. Aku insan yang kerdil di sisimu meminta ehsanMu Ya Allah, berikan mereka kekuatan, ketabahan, ketenangan, ketinggian akal fikiran dalam menangani masalah yang besar ini. Aku sedih, aku kasih, aku kagum, aku terpana melihat mereka yang di anugerah akal yang mulia memberi pertolongan, menghulurkan kebaikan tanpa meminta balasan. "Terima kasih wahai manusia yang berhati mulia". Aku jeles sebab kamu tidak terlepas dari pandangan mulia disisi Allah swt. Ketahuilah manusia hati mulia, malaikat sentiasa merahmati kamu, ingin ku curi bagaimana istiqomahmu wahai insan hati mulia...?, Kejadian ini membuat aku jauh mengembara membawa hati dan jiwa bersama. Maaf ya aku sensitif dalami, erti kata lain aku over dalam melayan jiwa. (Rahsia diri kot, emmm....no komen sebab tak tau nak kata lagu mana? )

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaaBirahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa. Engkau pemurah, Engkau penyayang Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan. Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi Mengabulkan setiap doa dan harapan. Segala duka hatiku hilang hilangkan Semua salah dosaku mohon ampunkan, airmata lukaku hapus-hapuskan. Doa hari-hariku harap kabulkan. 

Walaupun aku tiada pertalian saudara terdekat dalam kejadian ini tapi entahlah ianya seperti satu lembaran istiqomah yang baharu buatku. 

Betapa lamanya aku mendalami istilah DIAM ini, aku melihat akan diriku. Apapun ertinya biarlah rahsia masing-masing, "I is PEACE" just respect our choice, tak perlulah kata apa-apa.. sebab rahsia tetap rahsia.... yang penting ada kebaikannya di situ. Lately ni memang aku banyak berdiam, terlalu banyak bercakap sukar menemui kefahaman rupanya.. apabila kita bercakap atau meluahkan sesuatu apa yang kita harapkan? Mestilah sebuah "FAHAMI AKU","AJARI AKU", "BANTU AKU".  Salah telaanku lagi banyak bercakap meneruskan persolan banyak lagi aku temui kekusutan. Maka diam adalah lebih baik... itu juga pesan Nabi SAW, sabdaNya : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. ”Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Diam itu Lebih Baik, LEBIH BAIK DIAM
Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab :“Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”(Riwayat Bukhari). “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. Riwayat Abu Naim) 

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Diam orang mukmin itu ibadah. Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan. Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan seperti dia mengumpat atau kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang. Atau dia diam itu menghormati percakapan orang mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu Baik atau jahat. Dia biarkan saja orang itu bercakap dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu. Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu ataupun kecuaian dan kelalaian yang telah dibuat, supaya dia bertaubat ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan atau pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim) “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi).

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Al-Fatihah dan salam takziah 
pada insan-insan terpilih olehNya

P E A C E




No comments:

Post a Comment