Monday 31 March 2014

D'KALA PEACE TO YOU 'GG'

Salamun salam....

Apa yang dirasai, diketahui, diamati, digali ingin saja dikongsi bersama D'kala ini. Hah... ;) senyum aja la masalah jiwa aku ini. 
  
Siapa tak kenal George Galloway ? TAPI aku baru saja kenal dia. Aku teruja mengetahui manusia hati mulia ini. Moga hidayat miliknya dari Allah swt. Orang non-muslim memperjuangkan hak-hak orang muslim. Aku jadi bisu sepertiga malam. Bercakap tentang haq dan batil dalam isu perjuangan dengan pedas di mata dunia.

Seorang ahli politik British dan bekas ahli parlimen dari tahun 1987 hingga 2010. Beliau terkenal dengan sikap anti peperangan. Galloway juga begitu lantang dalam kempen-kempen menyokong Palestin terutamanya dalam krisis pendudukan Israel di Gaza. Galloway menjadi naib presiden pertubuhan Stop The War Coalition (StWC) yang ditubuhkan pada September 2001. Pertubuhan ini menentang kempen "War on Terrorism".

George Galloway. Aktivis Misi ke Gaza semua kenalnya. Beliau ahli Parlimen berpemikiran liberal dan bersemangat sosialis. Beliau banyak menyumbang jasa kepada Islam dan umat palestin. Beliau faham apa itu "perjuangan" dan alquran, cuma belum dapat hidayah. Beliaulah banyak mencarikan dana dan tajaan utk FLOTILLA cawangan barat. 

Walaupun ada sesetengah aktivis Flotilla ketika ini sudah mengiktirafnya sebagai muslim kerana dia terlalu baik dan terbuka dengan muslim. Malah, beliau juga pernah cakap sanggup mati untuk mempertahan penindasan ke atas umat palestin yang majoriti beragama islam.  Macam ni sikapnya mana aku tak jadi bisu. OH TUHANKU.. Ikutkan banyak lagi yang aku terkejut bila mengetahui perjuangannya.  


Aku petik kata-kata En. George Galloway : 
Dunia Arab hanya memerlukan sedikit titisan hujan 
sahaja untuk menghidupkan padang pasir yang luas, 
dan titisan hujan yang sedikit itu bakal 
hadir tidak lama lagi.... :I




TO YOU SIR
P E A C E 




No comments:

Post a Comment