Tuesday 4 February 2014

D'KALA MOOD MACAM-MACAM KALA

Salam Januari di bulan Februari..,



Cerita Isnin di hari Selasa, sessi luahan macam-macam ada....

Lama sungguh tangan cheq ni stop tup tap tup tap.... sangat bizi dengan jadual 2014. Bukan senang nak menstabilkan jadual masa dengan aturcara majlis sempena tirai baru Januari 2014. Banyak agenda 2014 yang perlu diselesaikan mengikut perancangan semasa. Kita merancang, DIA menentukan segalanya. 

Jadual baru, Echaku punya acara.
- 7.15 ready to go, gerak anta Muaz pastu Echa
- 7.45 KAFA Echa 
- 8.00 Cheq In Da Opiz ;)
- 10.45 Ambik Echa dari KAFA hantar pe rumah Tok Bee
- 17.45 End Office, ambik muaz dari rumah maktok (pengasuh)
- 18.30 Check in rumah Tok Bee 
- 19.00 makesure Echa dinner (tertakluk hari Ahad & Isnin shj)
- 19.30 homeworks & time table untuk esok 
  (tertakluk pada Ahad & Isnin sahaja)
- 20.00 Tuisyen (tertakluk hari Ahad & Isnin shj)
- 22.00 Tamat tuisyen
- 22.30 Check in 'My Home sweet home' 
*(tertakluk hari Ahad & Isnin sahaja, tak leh ikut terbungkai cheq)

Letih wooow....  tu di minggu awai-awai dulu, Minggu pertama dan kedua Januari. Tahun nie my Echa masuk KAFA. Darjah 2 baru cheq antaq dia masuk KAFA. Cheq dapati prestasi dia agak menurun dalam bab pembacaan dekat tempat mengaji yang lama. So cheq tukorrr.... Dah tukor, jadual cheq pun turut bertukor. Dari leh bangun pagi bersantai-santai sekarang pagi-pagi buta dah masuk opiz. Caya lahhh... 

Cerita minggu ketiga my Echa buat drama nak masuk tuisyen pulokkkk... Dia beria nak tuisyen dengan Cikgu Sains sekolah dia lakkk.., my Echa so kalot sampai berdrama ayaq mata lah!. Dia suruh cheq tanya bila boleh tuisyen, 10 kali ulang bila nak telepon, semangat la wahai anak cheq. Nak tuisyen pulokk dahhh?!?

Cheq pun kalot susun jadual. Woooo tuisyen kol 8.00 malam sampai kol 10.00 malam. Adoi la anak, mak cheq letihhh... cheq taraa letih ka??, (hari Ahad dengan Isnin jadual cheq ketat). Sekarang jadual hari Ahad dan Isnin dah tukor, so termasuk aturcara dalam rumah, semua benda kena setel awai sebelum tidoq. Lani anak tidoq awai cheq pun sama naik tidoq awai. Tak dak masa nak dongdang dendang lipat baju tengah-tengah malam. Iron uniform lepas tengok drama no way dah! Waktu tidoq anak tepat 9.30pm. Tudia cheq pulun buat jadual. 

Mulai berjadual nie kan, tiada masa jalan-jalan cari makan belah malam lagi. Daily day cheq kena ikut atuqcara majlis yang sedia ada, tidakk!! cheq yang terbabas.... 

- mood dah cooldown -

discuss pasai transport ambik Echa dari KAFA dah setel
discuss pasai tuisyen dengan Echa dah setel
discuss jadual hari AHAD dengan ISNIN dengan Echa pun dah setel

Setel bab Hal Ehwal Rumah Tangga


Coming Up

bab pecah kepala

iaitu, Hal Ehwal Tangga Pejabat!?!

Hal Ehwal Pejabat, mestilah bab kerja kan! Cheq tetiba jadi plus bizi. Malas nak share cerita bab periuk nasi nie... yang penting cheq cuba buat selagi boleh. Selagi otak cheq ni mampu pikiq lagu mana nak bekerja dengan kerja-kerja yang ada, cheq usahakan. Payah kita nak menyoal di mana skop kita? The End kita juga di pusing di balikkan, selagi ada kerja buat ja kerjakan? kan... kan... kan... Dalam otak tengah stress cheq godek sana sini plus memujuk diri menerima kenyataan,jumpa ayat termotivasi cheq pun terkesan. Cheq share na, intipatinya;

“Jika kakak di beri pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

beginikah yang berlaku? 
pikiran ku "Mood stress" lagi 


Dalam aturcara hal ehwal rumah berjadual baru dan hal ehwal pejabat yang mencabar... cheq memang mengharapkan weekend yang ceria. Baru demam rasa boleh kebah, cheq demam tau dak?!?. Stress sampai demam. Alhamdullilah dalam demam-demam pun leh layan my Echa pegi celebrated birthday kawan dia. Mood hapi la skit boleh lupa nombot-nombot yang berselerakkan dalam kepala otak nie. Tengok belon, tengok kartun and tengok gelagat kanak-kanak riang ria, pastu minggu akhir Januari last minit dapat jemputan celebrated birthday anak nakan. Mummy dia kata tak plan tetiba saja jadi majlis tu.... stress semakin berkurangan berganda-ganda sebab otak boleh layan benda lain dahhh... 


2nd week di bulan Januari
Birthday classmate My Echa

Birthday Girl 'Cik Puteri' 


Echa hapi, mummy hapi too


Minggu akhir di bulan Januari 
celebrated Birthday Rayyan 

2 bradik ni sangat suka... tema Upin Ipin 


kata mummynya last minit punya preparation,
ada tema lagi!?!


kalau betoi-betoi punya preparation lagu mana mummy Rayyan? 

Sesiapa yang berminat untuk menyediakan majlis-majlis yang berkaitan sila ke https://www.facebook.com/sixtosixwardrobe
 mummy Rayyan ni pakar dalam bidang-bidang berkenaan




MOOD cheq ibarat pasir pantai berubah, 
dalam stress pun kena bagi ceria ;)




Mood ceria datang bila keazaman 2014 untuk mengakifkan semula projek 'COPY & PASTE'. Mereka baju kanak-kanak ilham daripada mereka yang terhangat di pasaran. Cheq memang suka beli kain comei-comei, tak kira time janji sesuai dengan kanak-kanak cheq beli dan simpan. Ada masa cheq design. Bukan senang nak tunggu ilham masuk, kena berimiginasi dulu. Imiginasi cheq yang simple-simple aja dong! Buat masa sekarang sel-sel sedang berhubung. NEW ilham Army Jubah, Bo'Boy Jubah dan baju raya Gegirl. Projek ni atas keminatan cheq, insyaAllah jika diizinkan rezeki ada bersamanya, cheq akan terus berusaha.... sekarang cuba bereksperimental dulu. 

Tajuk ilham 'Copy & Paste'



'Copy & Paste' inspiring by Shea Rasol


'Copy & Paste' inspiring by Iman Muda Hassan 

Doakan cheq Man Jadda Wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berhasil, jangan pernah remehkan impian walau setinggi apa pun sesungguh Tuhan Maha Mendengar.



MOOD orang stress bercerita lagu nie laa, ke tepi ke tengah ke atas ke bawah..

ada masanya stress rasa nak haria
ada masanya ceria bagaikan kena histeria

...INILAH KEHIDUPAN...



P E A C E 



No comments:

Post a Comment