Thursday 9 January 2014

D'KALA BOLEH PERCAYA KAH?


SALAM....


AKU HARAP AKU SENTIASA MEMPERCAYAI... 
WALAPUN KEPERCAYAAN KIAN PUDAR


Dek pandainya bercakap, berhujah dan berkempen, dia terlantik. Tetapi apabila menjadi pemimpin, baru tembelang dan ‘temberang’nya ketara. Menyebut tentang pemimpin, kita bercakap tentang pengaruh. Individu yang berpengaruh tidak dapat memisahkannya dengan kepercayaan. Bila orang percaya, pengaruh kita kuat dan kepimpinan kita pun mantap.

Berbeza dengan sekarang, setelah dilantik menjadi pemipin, orang semakin hilang kepercayaan. Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai.  Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. sinis ungkapan mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,
but then came Vietnam;
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster..    

Bagaimana membina kepercayaan? 

Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan. Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. 

Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti. Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta. Kepercayaan lebih utama.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, anda boleh lihat betapa kita sering menerima ‘isyarat’ yang berbeza-beza daripada mereka yang bergelar pemimpin. Tidak kiralah pemimpin di peringkat mana – samada di peringkat keluarga, organisasi atau yang lebih daripada itu. Cakap lain, buat lain. Kita sering tertanya-tanya apakah bermuka-muka itu satu skill kepimpinan masa kini?

Malah kelihatan, semakin lama memimpin, semakin pandai pula bercakap berbelit-belit. Cuba kita lihat benar-benar cakap-cakap orang yang bergelar pemimpin – ucapan, kata-kata dan saranannya kekadang berbeza-beza mengikut tempat, audiens dan majlis yang berbeza-beza. Usahkan orang lain, anak isteri sendiri tidak akan akur dan taat!





P E A C E




No comments:

Post a Comment