Friday 28 February 2014

D'KALA BERHEEL TERPISAH DUA

Salamun... salam....

Tip tap.. tip tap dah Jumaat, hari terakhir di bulan Febuari..... 

Hari jumaat fesyen nak masuk opiz mestiii nak cari gaya muslimah skit, al-maklum la nak menghormati hari penghulu segala hari. Mood hari ni sarung jubbah meleret. Bila pakai jubbah meleret lawannya kena pakai kasut berheel baru ngam hooo!!!

Cheq ni sakit lutut, sejak sakit lutut nie memang dah jarang sarung heel heel ni, lagipun ketinggian cheq dah terlebih tinggi bila sarung heel lagi la meninggi, jalan dengan kawan-kawan nampak cheq sorang tinggi macam galah. Ikutkan dah lama cheq pencen pakai heel ni, mungkin hari ni terpandang kasut-kasut cheq terbiar lesu entah bila akan bersarung cheq ambik wedges dan pakaiii....  Selesai malasah meleret cheq.

Enter saja opiz dengan senang hati jubbah meleret cheq tak payah peegang-peegang, and then terlepas juga gian sebab dah lama tak pakai heel. Taun bila punya wedges dan berapa taun sekali cheq pakai wedges ni pun cheq tak tau!! lupa?!? 

Hari ni ada dating lunch dengan Rina Bebe cheq pakai wedges plak!!!, memang cheq cari penyakit. Hari lain boleh plak cheq dok diam-diam waktu lunch time. Lupa! hari ni bulan penuh (GAJI) kepala otak buat decisions kita dating dekat CS (Central Square). Lagipun Rina Bebe nak tukar kasut dekat sana, so boleh lunch sekali. Perut kenyang suka hati...... syok la lama tak bergosip CNN dengan anak mami nieee... Hapi jugak anak mami bagi cheq komisyen jual kain dekat dia. TQ frez, nanti cheq jual lagiiii....


Jalan punya jalan nak pe parking tu diaaa azab cheq dah sampai!!!


V


V


V


V


V


V



terpisah dua....


nasib baik dah dekat dengan kereta, mau dalam mall tadi jenuh cheq kawat dengan senget sebelah..... (pecah gusi kami gelak kat tempat kejadian tadi). Rina Bebe dah offer beli la kasut dapat komisyen tueee? sengeh lagiiii, lani sengeh sambil pegang kasut terpisah dua masuk dalam keta. Mampuihhhhhh....


Dari konon nak vogue tak mau meleret-leret cheq kena pakai hat nie...... 

pinjam selipar Rina Bebe masuk opiz....



saiz kaki zirafah pinjam saiz kaki kancil



macam-macam punya cerita daaaaa.....
konon tak mau meleret-leret la hari nie. Nak Vogi Da Vas. Cheq memang serasi dengan fesyen-fesyen sapu lantai.



..bai bai..



P E A C E 





No comments:

Post a Comment