Tuesday 9 July 2013

D'KALA DIA TEH, AKU KOPI

Salam, salam, salam....
 
Tetiba halwa telinga nie sedap plak dengar LADY PINK nyanyi lagu Just Give Me A Reason. Cheq kalau dengar lagu part lirik memang hayati betul-betul punya, peeling beb! Just give me the reason why kita tidak rosak hanya bengkok...
 
 
suka part PINK nyanyi tang nie...
 
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again 
 
...direct translate dari cheq...
hahaha ;)
 
 Hanya memberi saya sebab
 
Hanya sedikit cukup
 
Hanya kedua kami tidak patah hanya bengkok
 
Dan kita boleh belajar untuk mengasihi lagi
 
Ada dalam bintang
 
Ia telah ditulis dalam parut di hati kita
 
Bahawa kita tidak rosak hanya bengkok
 
Dan kita boleh belajar untuk mengasihi lagi

 
Oh, kita boleh belajar untuk mengasihi lagi
 
Oh, kita boleh belajar untuk mengasihi lagi
 
Oh, oh, bahawa kita tidak rosak hanya bengkok
 
Dan kita boleh belajar untuk mengasihi lagi
 
 
Bagi aku alasan!?!, lirik lagu yang sempoi kena dengan artikel yang ingin aku kongsi dan renungi bersama. Realiti bukan Fantasi?!?
 
 
 
Pasangan Yang Perangai Berbeza Itu Serasi?
 
Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza.
Adakah itu dikira serasi?
Ya, itulah keserasian. Bayangkan jika kita seorang yang bising dan isteri kita pula seorang yang kuat melalak, bagaimana rumahtangga kita? Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.
Malah, jarang juga kita jumpa suami isteri adalah pasangan penjenayah. Jika suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim, isterinya pula sangat berbudi dan baik hati.

Pentingnya Perangai Berbeza
Sekarang lihatlah pasangan kita, bagaimanakah dia? Redhalah dengan isteri atau suami kita, kerana itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Saidina Umar juga seorang yang kuat mengomel.

Pada zaman Rasullullah SAW, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Tidak tahan dengan situasi itu, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar. Isterinya juga sedang membebel tidak henti-henti. Tapi tidak terdengar pula suara Umur membalas. 
 
Katanya dalam hati, jika isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba – tiba Sayidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari? Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteriku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan sedemikian terhadapmu“,
 
Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak bersabar dengan ragamnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak – anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaan itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).
 
Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri. Yang kanan biasanya lebih kuat daripada kiri. Tetapi andainya kedua – dua tangan boleh bekerjasama, banyak kerja dapat diselesaikan dengan sempurna. Oleh itu, jangan risau jika kita dikurniakan pasangan yang mempunyai perangai berbeza =)
 
 
...........aku suka keju, dia suka sinkong...........
Dia Teh, Aku Kopi


You're holding it in,
You're pouring a drink,
No, nothing is as bad as it seems,
We'll come clean!
 
 

 
 P E A C E 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment