Salam, salam, salam
Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa
Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta
Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur
Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah
Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam
Dengan kurnia..
banyakkan syukur
Dengan bala..
janganlah kufur
Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas
Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan
kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..
Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali
oleh : Pahrol Mohd Juoi ~ petikan : Allah Seeker
~ INFO AMAL ~
CHEQ DAPAT MSG DARI USTAZAH WAN BERBUNYI : SALAM, PROGRAM WAKAF QURAN DI MASJIDIL HARAM, MEKAH UNTUK ORANG HIDUP ATAU MENINGGAL. SEBUAH QURAN RM50. SILA HUBUNGI USTAZ SAIFUL @ USTAZAH WAN UNTUK AKAD WAKIL.( GANJARAN 100,000 KALI GANDA PAHALA MENANTI,
IN SHA ALLAH )
Utuk sesiapa yang berminat bagi program wakaf Al-Quran sila lah contact Ustazah WAN : @0129636406, dan selamat beramal
"Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sedikit, tetapi yang harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah"
P E A C E
No comments:
Post a Comment