Tuesday 5 March 2013

D'KALA LAHAD DATU

Disaat perajurit negara sedang bersabung nyawa mempertahankan kedaulatan negara masih ada manusia yang tidak mempunyai kewarasan dalam membuat kenyataan macam tak sekolah. Sekolah tinggi jugalah walaupun ada SPM. Yang lagi tinggi ada PHD tapi dalam hati ada PHD jugak. Hanya sebab perbezaan politik, amboi...amboi... sedapnya mulut ehkaw bercakap. Nak bercakap jangan guna kepala lutut guna kepala akai (fikiran). Yang membezakan kamu bodoh adalah fikiran kamu. Emosional tahap gaban sekali pun dekat kerajaan jangan sampai negara sendiri yang ehkaw duduk selama ni, kau hilang semangat patriotik. Patutnya kita marah dengan tindakan Kesultanan Sulu tiba-tiba tersedar dari lamunan nak tuntut SABAH dan SARAWAK balik. (En. Keturunan Sultan Kiram tolong belajar sejarah balik kat Sulu, tak dak buku sejarah mai kami bagi pinjam). Kejadian yang berlaku di SABAH sangat menyentuh perasaan ZK. Tambahan melihat nyawa anggota keselataman kita yang sedang bertugas terkaku bisu tidak bernyawa demi mempertahankan negara.

ZK paling menyampah kalau leh nak tukaq jadi ultraman. ZK nak fire je CIN..CIN yang suka cucuk cucuk kita gunakan meduim politik bakar semangat kita sesama melayu bergadoh, menyalahkan satu sama lain padahal melayu majoritinya mentadbir negara Malaysia tercinta ni. Agak-agak kalu lepa tadbir negara ni, melayu-melayu ni dapat jawatan apa tak tau? Haisss! tak faham dengan masalah orang melayu ni... seronok bergadoh sesama melayu tapi dengan lepa leh pulak jadi geng padahal lepa ni guna kita saja. Lepa tau apa ubot orang melayu yang mudah lupa? Adoi laaaaaaaaa. Ding! Dong! Bangun melayuku ayoh bersatu. Jangan layu dalam genggaman bukan melayu. Aku bukan anti perkauman na.. tp sangat tidak suka lepa buat melayu gadoh-gadoh.

Nama pun sebuah NEGARA. Rasanya takdak satu negara dalam dunia ini tidak ada perlembagaan or undang-undang. Kerajaan SULU kot tak dak undang-undang hentam kromo nak perang. Kita ni tak mau ada pertumpahan darah ajak berunding dulu. Kita tau.. lepa pun islam, kita sesama islam nak berperang pun ada hukumnya.. Amboi tunjuk hero... nak perang-perang jugak. Keizinan berperang dalam keadaan yang kritikal telah diwahyu oleh Allah kepada Nabi s.a.w berbunyi : "Berperanglah dalam jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang melanggar batas. Bunuhlah mereka itu dimana saja kamu jumpai dan usirlah mereka itu sebagaimana mereka telah mengusir kamu. Tetapi ingat pula, bahawa fitnah adalah lebih berbahaya dari pembunuhan. Tetapi janganlah kamu berperang di dalam Masjidil Haram (Ka'bah), kecuali kalau diperanginya kamu di sana."

Walaupun ZK berada nun di Sungai Petani, tercheta. ZK sentiasa mengikuti perkembangan di Lahad Datu. Sebok jadi CNN membaca, mencari, mengupdate, mengkaji WHY HAPPEN's? Banyak persoalan kedengaran kenapa polis mana pergi askar-askar kita. Mungkin nyawa yang menjadi taruhan kita mudah emosional berbanding menerima QADA dan QADAR tuhan menguji barisan kepimpinan kita. Ini ZK share sedikit petikan di mana seorang perajurit negara dalam keadaan mood standby sedang menerangkan apa yang terjadi kepada makciknya Chooyaya & Along so, sila baca and fahami.

Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini?

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Evaluate la sendiri. Mana rasa betul terima, and mana rasa salah diam. Ok? DIAM. Jangan buat spekulasi sendiri.


Al-Fatihah buat mereka yang terkorban... 
 Wahai Perajurit LAHAD DATU
engkau wira bangsa
engkau pejuang sebenar
engkau taruhkan nyawa
demi kami rakyat jelata
demi kami tak kira bangsa
demi kami untuk keamanan negara
Engkau gugur ibarat kasturi yang sentiasa mewangi
Engkau kaku ibarat jasad yang sentiasa hidup
 
Wahai Perajurit LAHAD DATU
darah kalian tumpah menguris jiwaku
nyawa kalian sepi menyentuh hati ini
Sumpah aku tidak lupa jasa kalian taburi
menyanyangi MALAYSIA sepenuh hati ini
Tiada yang bernilai untuk ditukar ganti
Ayuh bersatu hati pertahankan ibu pertiwi ini
 
mood syahdu membuat ZK menulis syair gurindam buat WIRA-WIRA NEGARA ku.
 
 
PEACE YO MALAYSIAN'S KU
 


No comments:

Post a Comment