Tuesday 2 September 2014

D'KALA IBARAT CERMIN



SALAMUN SALAM,  pabila hati terdetik.... ini sebagai perantara hati di kala ini.



Tak perlu majoring in counselling dan psychology dulu baru layak motivate & nasihat orang lain. Kerana kita manusia yang sama mempunyai hati & perasaan. Terusik bila disakiti. Sedih bila dibenci. Terasing bila diabaikan. Sakit bila diperkecikan. Normal kan?


Apa yang kita ada & miliki, bukannya milik kita hakiki. Itu kan pinjaman. Apa yang kita ada & miliki, bukan hasil titik peluh kita mutlak. Itu kan ujian. Apa kata kita jadi kaunselor buat orang sekeliling kita? Tak susah, sekurang-kurangnya fahamilah situasi mereka. Bukan menjatuhkan. Jadikan cerita jatuh & bangun dalam hidup kita, mampu memberi inspirasi kepada orang lain. 


Jangan hanya berfikir untuk menuntut hak. Sentiasa berusaha untuk memberi & menunaikan hak buat orang sekeliling. Sebagai contoh, dalam perkahwinan. Banyaknya perselisihan berlaku kerana manusia hanya inginkan hak mereka & tanpa menunaikan hak yang sepatutnya. Mereka tercari-cari kebahagian dalam rumahtangga sehingga terlupa membawa kebahagian dalam rumahtangga.


Manusia terlalu memikirkan hati & perasaan sendiri sehingga terlupa menitikberatkan hati & perasaan orang lain. Dan akhirnya hanya menyakitkan orang lain. Adil ke? Selalu terbaca, 'kawan ketika kita senang  & berjaya mudah sangat dicari & kawan ketika kita susah & gagal sangat sukar dijejaki.' Tapi betul ke kita sentiasa ada buat kawan kita ketika dia sangat memerlukan?


Percayalah. Hidup kita ibarat depan cermin. Apa yang kita buat, itulah yang akan kita dapat balik.





"MY CERMIN"



P E A C E 





No comments:

Post a Comment