Wednesday 17 September 2014

D'KALA GENG'S TING TONG @LANGKAWI


salamun salam, #LANGKAWI,2014#


Alhamdullilah... selamat dah bercuti dengan Geng's Ting Tong cheq. Macam tak percaya tali persaudaraan kami sentiasa dipelihara dan di berkati sepanjang kami berhubungan. Trima kasih TOK Ketua. Jasamu dikenang selama-lamanya... ayat kipas tekan No.10. 

Percutian singkat nak JJCM + menyoping. 

Langkawi sangat sesuai bagi outing kaum ibu. #PECAH PALA# Semua dapat tiket solo boleh qenyeh sampai ke telinga dengan goyang-goyang "Shelly". Percutian dirancang dari bulan ke bulan oleh Tok Ketua dan cheq selaku Asst yang menerima arahan darinya. 

LANGKAWI mendapat persetujuan bersama-sama, so jom kita enjoyyyyyy.
Bak kata TK "Saat kita sibuk menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri dan ibu kadangkala kita perlukan masa untuk bersama teman". 

sumber dari Nonie Ernie


Perancangan untuk segala booking, deal and everthings cheq kongsi blog TOK KETUA  dia buat coverage cantekkk punya untuk dikongsi.

Mai nak share-share cerita, kita kira sharing is caring la noo. Apa yang rasa baik cheq tulih dalam blog ni ambik buat tips, kalu rasa tak cukup info or tips google blog jiran len naaa. Ekceli penulisan dalam D'kala-kala cheq ni untuk ditinggalkan sebagai kenangan buat Mek Echa cheq. Tambah-tambah cerita sebuah perhubungan yang disebut BFF. Echa slalu tanya cheq "BFF tu apa mummy"?, "Best tak BFF tu?". 

Langkawi sebagai satu ceritera penyambung BFF kami.

Hari yang dinanti sudah tiba, 6/9/2014. Pukol 7.45 pagi Zura and Ana pickup cheq dekat tepian Tol Sg.Petani Utaqa. Lokasi check point kami di Kuala Kedah rumah Chu Azah. LANGKAWI bakal kami bersantai-santai. Mood gedik's bermula dengan acara pilih tudung koleksi Zila's. Habis borong tudung baru mengadap santapan pagi.


Menu breakfast ditaja oleh Azah & Chu Family's, 
tima kasih banyak-banyak len kali Azza taja gi naa,
serius sodap..


kasi posing breakfast satuu..



kiambang bertaut kembali...  
posing sekeping sebelum berangkat


ni masalah apa cheq tak tau cerita!?!
Zura & Noni setelah 21 thn terpisah
excited sampai tergomoi a.k.a ternoda,
over nak peluk la tue???


Habis santapan,  Geng Ting Tong berjalan kaki ke Jeti Kuala Kedah dari rumah Chu Azah (dekat ja). Jalan tok tek.. tok tek.. sambil bersembang pong pang.. pong pang.. (meriah tak hingat dunia) tup tup.. dah sampai Jeti. Feri kami pukol 11.00 pagi. Lama sudah cheq tak naik feri pegi Langkawi, last percutian ke Langkawi tahun 2003 dengan Cik Nonie. #minum ayaq telaga mahsuri# #rahsia nak adek# #tawakal#.

Geng Ting Tong, Rombongan LANGKAWI 2014 

               


Geng Lady Classy ahli ting tong

Tengok Tok Ketua orang len steady dengan gambar potret cun baekk punya, dia leh dok korek buah nyok... memang kapla ayaq nyok betoi la Tok Ketua kami niee.., cheq minta potret foto dia.., dia kata "Tok malusss..".

Apa-apa pun macehhh Tok Ketua mempotretkan foto-foto kami ni. Terasa comei-comei belaka. Terlajak 20 han gituw.. (sedia-sedia nak rasa muda belia, al-maklum ler percutian baru abis ambik SPM, huhuhu..)




Wajah sebelum menaiki feri




Wajah dalam feri

Sebelum naik feri mood macam-macam ada, #Nebes pagi hujan tak breti-breti# #Laut alun besaq# #Hujan stil rentik-rentik#. Awal kat dalam feri mood selfie berseri-seri. Selepas suku feri berjalan kami and the geng kena pindah daaa.. berkecampuk geng kami sudah daa..., suku di sana, suku di sinun, suku nun di ataih feri. Tempat kami dirampas... yang tadi ting tong.. ting tong.. sedia sedia berselfie bertukaq diam sunyi sepi. 

Dalam sejarah cheq naik feri tetiba uwek.. uwek. Cheq muntah 3 kali dalam feri. Kalih-kalih ada geng muntahan jugak.. AnaRi my geng. Dia muntah sampai kelaut dari cheq, cheq skit skit ja mudik ke hulu, yang lelain steady beb.... 

Anarita mood kelaut, and cheq sempat lagi snap foto dia, 
kan dah kata cheq mudik ke laut skit ja... Hahaha.. Anari dipapah oleh Mak Elly.


Akhirnya selamat tiba di Jeti Langkawi. Alhamdullilah.. berakhir sudah mood nebes kat dalam feri.

#TINGGI SUNGGUH DILAMBUNG OMBAK#

jangan tak berubat kalau takot dilambung ombak, dengar tu AnaRi... tula tak makan ubat tadi?!? ngehhh ;)


Sampai saja di Jeti Langkawi kami settle pasai kereta sewa kemudian terus ke Sri Idaman Condo, sampai ja Condo berebut sropa nak masuk dorm. Hahaha.. memang mengimbau kembali kenangan di asrama sewaktu tika dulu. Meriah laaa... bergamat brebut bilik. Stress hilang bersama gelak tawa teman-teman yang ting tong ting tong sungguh. Kami berehat baring kepala sat yang terhoyang dalam feri tadi sambil menikmati kek ayaq tangan dari Tok Ketua kemudian solat. Bagus semua ahli rombongan mendengar kata. Pukol 3.00 nak berangkat keliling pulau, semua get ready ya..  

menu acara the geng's


Selepas ini destinasi pertama kami di Langkawi....

KOTA MAHSURI

Jom geng kita menelaah Sejarah Mahsuri. Kita ni semua keturunan Mahsuri tinggai darah ja tak brapa nak putih dah.. so jangan buat tak kisah dengan sejarah kita warisan kita. Jom masuk masuk timba sejarah... ulangkaji yang lama dah berkarat..

kaktie blajaq sejarah sambil posing baekk punya

lenggang mak limah..


muka orang penin tapi selpiyah berseriee..



 kita di Telaga Mahsuri, geng's 
       baca-baca




Posing seround kat Telaga Mahsuri, 
tera leh posing jenuh tunggu yang tertonggek.. yang terpejam.. yang tersenggeh.. yang nak tunjuk rantai tudung baru... sropa bawa budak tadika riuh rendah.. #SEMPOI#


 sekarang di Perkampungan Kedah, bagi                      tumpuan skit bleh dak geng's






jenuh tunggu posing mak limah, mak jemah, mak timah semua ada kat sini, mak elly jugak vogue.. menang kat dia la tang nie.. 
#CHAMPION AHLI KOPERAT#


cari sapa anak mat salleh tang nie?
#SO SPORTING GENG'S#



 Tempat Mahsuri dibicara untuk disula

barisan kabinet  Dato' Pekerma Jaya, terdiri dari
- Panglima Sang Serot
Panglima Hitam
- Panglima Ahli Dagang
- Panglima Keris

ahli-ahli datang mengadap sejarah



Tok Sidang Zura tengah berhujah pasai pisang berjuntai, 
dia baca sejarah skali dia explain semua orang 
ternganga terpesona tanda faham... 



#SEMPOI PUNYA PROPA#



depa nak posing lagiiee


sekeping..sekeping.. cisss



Jom destinasi seterusnya 






Destinasi kita, JJCM LAKSA POWER 
Persinggah JJCM terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi menuju ke pantai Cenang Langkawi. Anggota rombongan order laksa power, rojak pasembor dengan ayaq nyok.


selpiyah sekeping
#TANDA MAI SINI#

Sian Anari still tak ok, cuba suruh selpiyah lagu cheq,
hey sere yea.. yea.. yea la

TK korek ayaq nyok sambil senggeh melerettt


#KU JEJAKI MU LAKSA POWER#
#BOLEH LA# 2 BINTANG DARI 3


Moh kita berangkat ke desnitasi seterusnya... nexttt


nampak tu tag TK @ TELAGA HARBOUR

Telaga Harbour di Langkawi adalah tempat berlabuh kapal-kapal mewah yang boleh dilawati, kebiasaannya menjadi tempat bergambar pelancong tempatan. Telaga Harbour juga adalah antara tempat yang menarik untuk bersarapan atau minum petang sambil melihat kapal-kapal berlabuh. Tempat makan menarik yang boleh dikunjungi ialah kedai roti eksklusif The Loaf milik mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad berada di sekitar ini. 

Awat tiba-tiba ayat cheq srupa tulis karangan... huhuhu. Gila siyott mai tang ni semata-mata nak buat photoshoot lagu America Next Top Model... tudia barisan modelllll.














everything is perfecto, semua hapi dengan gambar masing-masing. Prasan tercomei bila lagi kan?!?. Sepanjang 21 tahun, ini yang pertama kali outing without bodyguard dengan hand guard... Terbaek boleh posing tak yah nak cover-cover. Memang geng masyuk ayaq punya nie. Kenangan yang tak boleh di ulang-ulang hanya sekali tertulis dalam lipatan kehidupan kita ni geng's. Esok balik kita nak usung pinggan mangkuk periuk blanga mana leh posing mosing dah.. so hari ni kita enjoy..


jom.. jom.. Tok Pandu ajak gerak ke destinasi seterusnya

"you Tok Pandu gerak la dulu" kata Zura
"aku jugekkk Pandu" balas Shelly



Seterusnya ke Pantai Cenang... menikmati minum petang





Geng's posing satu kaih....

Anari kalu gambar tak leh blah,
tekong laa.. kalu dia pangung, srupa tekong nasyid seperti zaman
dahulu kala. Memang aura tekong budak nie..


Lepas menikmati minum petang, kami beransur pulang ke apartment. Mandi manda, nak tukar uniform untuk dinner belah malam pulak. Best sungguh Lady's Outing dengan member-member ni, just santai jer berdondang dendang. Gosip propa tak yah cakap la.. setiap seminit sesaat Mak Elly buat drama Queen. Jenuh la dok gelak srupa langsuir dalam apartment. Tu yang seronok bila line jadi clear. Nak jadi minah propa sapa tak jeling-jeling. Bila lagi kan... leh senda gurau dengan teman tapi mesra. Inilah masa yang ditunggu-tunggu dah dapat peluang kita guna sebaik mungkin. KAWAN ITU EMAS, KENANGAN ITU HARGA. 

#TAK BOLEH BAYAR LAGU BELI SET PINGANG RM10 HENGET WOOO#.



Sebelah malam anggota kabinet jamu selera di pantai cenang sesambil nak ber'Nite Walk' di Cenang Street. Kami jejalan sampai lebam. Soping kat Uptown Cenang, sebab ada yang nak beli uniform untuk esok, ada nak tudung sedondon, ada nak baju tidoq.. sgalanya nak baru. Memang dasar meyoping tak hingattt.. kekawan cheq nie!?! Selesai beronda-ronda kami balik menikmati tidor yang tah berapa jam. Selebihnya faham-faham ja la... nama pun Lady's Outing Days... persidangan tergempaq sedia-sedia.


PAGI 7/9/2014, LANGKAWI


menikmati breakfast yang di included dalam pakej penginapan.. wokey la sebab bangun pepagi hujan membasahi bumi ingat larattt nak pe skodeng breakfast time-time macam nie. Semua ok ja... janji kita leh makan. Yang penting agenda mesyuarat harus di bentang lagiii


tuan pengerusi mesyuarat menanti para peserta

mesyuarat dimulakan....

agenda mesyuarat meluluskan selepas breakfast pe soping kat beras terbako... yang lain-lain agenda, mesyuarat tidak meluluskannya


so Destinasi awal pagi di Beras Terbakar

#CUBA CARI SAPA MANDI#

Anggota kabinet ni kalau bab menyoping cepat saja lulus, tak sempat tau hamba nak bersiram dah kena suruh masuk dalam keta. Jom.. jom.. beli kain batik, tunggu lagii tak mau pe menyoping. 
#PECAH PALA PECAH POKET#



partner-partner soping.. TK dok perati ja kami's.
"Sekeping Tok Ketua...," ngeh ;)


borong kain batik dengan beg Saloma,
ambik mood untuk next eksperimental punya design for 
LEA CHEMPAKA ~ The Kid Kurung
#BATIK TANAH MAHSURI#

Selesai memborong kain batik, souvenir, dan macam-macam ada di Beras Terbakar kami berangkat untuk mengemas bagi episod akhir sebelum pulang. Memborong pinggan mangkuk dan cekelat, fuyooo.... berat mata memandang berat lagi jiwa yang menanah tengok barang-barang depa menyoping.


semua get ready, comei-comei dah nak berangkat pulang...
#MISS THIS MOMENT AGAIN#

Barisan geng's sudah siap dengan muka berseri-seri, destinasi pecah kepala yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli anggota kabinet ke Haji Ismail Group. Jom..jom.. kita tengok apa yang latest edition di PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD punya koleksi



meeting tergempaq sudah berlansung, 'LIVE' lagi


tengah sempoa, berjuling mengira RM 



tengok mulut dengan muka kawan-kawan cheq, berseri tak yah 
apply moisturizer punya bercahaya,

demo nak hidang jamuan raya pun 'LIVE' jugekkk....

#MELERET DUIT DISINI#


ni yang latest waktu kami and the geng's menyoping kat PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD, meriah mata menanah nak pilih






ni saja yang sempat 'take the pic'

#JAMU MATA# #JAMU POKET#



Kami habiskan masa setengah hari juga menyoping pinggan mangkuk, periuk blanga dan cekelat malat di Haji Ismail Group ni. Puas hati boleh menipiskan segala yang ada dalam beg duit. Mai Langkawi tak dak perasaan macam kami and the geng's mohong...lerrr. Berayar ayaq mata tengok benda-benda macam tue... gigit gusi la kalu tak beli 1 2 3 barang kan?!? Serius harganya memang terbaek dari ladang untuk para-para wanita yang gemar bab kitchen appliances.

Satu lagi nak pesan, nak membeli belah make sure tiket feri pe beli dulu dekat Jeti, kang soping punya soping nak balik feri tak der, brenang la koo dengan labu-labu kooo nanti. Atau booking la lagi semalam menginap sambil pegang periuk blanga. Hihihi.. kami and the geng's ambik tiket feri baru menyoping. Tok Ketua very a good planner mengatur segala program kami. Semua sengeh sampai ke telinga puas hati dengan misi Lady's Outing @ LANGAKWI 2014. Kenangan yang sangat terpahat diingatanku hingga ke hari ini. 


hasil tangkapan segala pinggan mangkuk, periuk blanga 
dan cekelat malat



Dorm bakal ditinggalkan untuk 
kembali ke sarang masing-masing selepas ini


#RINDU KAU ORANG 500% GENG'S#

Dulu-dulu kalu cheq rindu dengan mereka ni slalu belek-belek album nak mengimbau semula zaman pahit manis sepanjang cheq bersama-sama. Tak sangka pula hasrat kembali bersama-sama dalam percutian Lady's Outing di Langkawi 2014 menyatukan semula kami. Walaupun Izah, Zurida, Mimi, As dan Along tidak bersama tapi kalian masih segar di dalam ingatan wahai teman. Dimana pun kalian berada jauh atau dekat kami sentiasa mendoakan kebahagian mengiringi perjalanan hidup kita bersama- sama, SAHABAT.


Cheq nak berbalik pada soalan yang Mek Echa selalu tanya pada cheq, kalau pegang album tengok gambar kekawan lama, dia mesti tanya "BFF tu best tak mummy?". Nak jawap lagu mana tue? Jawap sat jawap sat... , Soalan sropa BM kertas (1) time SPM. Ringkas tapi nak kembangkan pecah pala weiiiiiii.... ngehhhh!!!

KITA's suatu waktu dulu

Wahai anak ku Aisyah... mummy bersahabat dengan aunty-aunty ni banyak liku-liku yang mematangkan kami, nanti semakin Aisyah membesar pasti kau akan memahaminya wahai anakku. Satu lagi pesanan dari omak ni, siapa pun sahabat kita jaga mereka dengan tulus semampu daya, nak bersahabat biar kita indah dimata mereka walaupun dimata mereka kita sebaliknya. In Sha Allah suatu hari nanti kita PASTI di rindui... dan dirindui, PASTI...



Ini sebagai pengganti diri


Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri". Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam. Semua umat islam adalah bersaudara. Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan bantu membantu.. dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan. Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita. Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur.. hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”


BFF eva forevaa..

Disini cheq nak akhiri dengan berbanyak tima kasih pada Tok Ketua, Tok Sidang, Tok Pandu, Tok Siak, Tok Penasihat dan macam-macam tok yang hadir di dalam persidangan dekat LANGKAWI tempoh hari. Semoga kita kekal ting tong.. ting tong tanpa was-was. Semoga dirahmati halalan toyyiban.. sepanjang persahabatan ini terjalin moga tulus dan mulus sepanjang hayat.. AMINNNNN....


p/s 1 ~ Salah silap ayat cheq terkata, terkasar, 
terbabas pohon dimaafi.

p/s 2 ~ Gambar-gambar cheq pinjam dari sumber Anari 
dan Nonie juga trima kasih.


Next idea on processing loading..

cheq nak cari ilham bagi next usul pada Tok Ketua, pasni nak outing di mana puloo... sapa nak ikut sila angkat tangan angkat kaki naa.... 

#BEG BESAQ#




P E A C E 







3 comments:

  1. aku sedihhhh baca entri hg....hu hu hu

    ReplyDelete
  2. best3....boleh buat novel.....

    ReplyDelete
  3. Nonie ~ awat hg sedih... kita bukan pe ting ting ka??
    Anari ~ suke suki saja Ana

    ReplyDelete