Tuesday 1 July 2014

D'KALA AJI~KUTA & ZK KONA'S INDAHAUS

Hai... Salamun salam dari Car Booth Sales
 Aji~Kuta ZK Kona's

Ini cerita sudah berlalu, nak masuk dalam dairi jugak sebab takmau terlepas dari liputan sejarah dairi hidup cheq. Cheq dalam bulan Jun lepas sebok jugak. Banyak sangat benda-benda bersusun dalam jadual nak buat. Jadual ikutkan bizi. Kan! Jun cuti sekolah. Mana nak bawa anak dara cheq jalan-jalan, pastu nak pergi menyelam cari stok Aji-Kuta.., pastu nak follow-up projek kecik cheq yang nyawa-nyawa ikan, (moga kali ini tidak dikecewakan). Fuyooo bagainya nak buat. In Sha Allah kita mampu merancang  DIA jua yang menentukan akhirnya. Car Booth ni ikutkan tak ada dalam perancangan tup tup dengan izinNya cheq dapat ikut serta. Yang rancang bagai nak rak nak pe bercuti bersama MIL family tak jadi. Kesian my Echa... next time ya... Udak tetiba kena pegi kursus... so soriiii Echaku.


Assistant Aji-Kuta gigih susun prop...


berjaya juga hadir ke Car Booth Sales ni selama 2 hari


Orang kuat pemberi semangat padaku My Nonie.. jiran sebelah Aji-kuta, see My Nonie dia lebih semangat dari cheq. Dari Kolumpo turun Sungai Petani for Car Booth Sales. Kita pohon dibukakan pintu rezeki. Alhamdullilah jalan pintu rezekiku pada bulan Jun... Thank you ALLAH.

Akak ni jiran Aji-Kuta sebelah kanan, dia jual barang kraf. Stay dekat Sri Astana, so peramah.

Ni jiran jual baju kanak-kanak, dari Kulim Padang Serai


Akak ni jiran depan Aji-Kuta dia jual buku..., Dia kata banyak lagi buku kat rumah dia. Peruntukan buget beli buku 600 permonth. Mau stok tak banyak... 

Yang lain-lain jiran tak sempat nak skodeng... Next time jumpa lagi yaa... Liputan diakhiri dengan wasalam setakat ini sahaja dari Ajikuta promo...





PEACE CAR BOOTH SALES






No comments:

Post a Comment