Wednesday 18 September 2013

D'KALA INGINI TERMOTIVASI ~ SIC


Salam... salam... salam... Part - SIC (Sharing is caring)

Hari ni renungan panjang lagi...., still memikirkan kejadian yang berlaku 2 3 hari kebelakangan ini. Otak macam biasa pikirin lagi.... dan tangan ni sroll sana sini and rasa nak  share part 'Sharing Is Caring' ni, agar sentiasa termotivasi....


Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.

Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.


Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.

 
"Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi tiada bertepi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal selamanya dalam ketidakselesaan itu sendiri."




BOOKING 'VILLA MEWAH' DI SYURGA!
 
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut. Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang tanpa sebarang wang muka. Tak payah susah nak kene buat loan kat bank. Besttt kan! ;D

Al-Hafiz Ibn Al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim Al-Ahmasi:
"Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja untuk membangunkannya. Apabila mereka ditanyakan: "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab:"Kami sedang menunggu bahan-bahannya."
 
Macam mana arkitek & kontraktor nak bina sebuah rumah yang indah & mempersona kalau tak ada batu-bata, simen & bahan-bahan lain yang diperlukan kan? Tapi yang bezanya, 'villa' kat syurga bahan-bahannya tidak memerlukan sebarang charge & tax yang hebat. Cuma perlu zikir ja. Tanpa zikir, tiada 'villa' untuk anda di 'sana' nanti. Kalau zikir separuh-separuh, kejap-kejap, kadang-kadang, ikut mood, maybe 'villa' tu pun separuh juga agaknya. Ada dinding ja. Tapi tak da bumbung, tingkap & pintu yang tercipta ;D
 
Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu tengah giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
 
Ibn Rajab Al-Hanbali bercerita, Suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata:
"Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama 'Villa Kebahagiaan' (Dar al-Surur). Kami telah membina & menghiasinya dengaan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah 7 hari nanti rumah itu akan sempurna dibina." 7 hari kemudian, orang yang soleh itu meningal dunia.
 
ZIKIR & POHON SYURGA
Hadis ini & beberapa hadis yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat dari zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.

Al-Tirmizi & al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca
Subhanallah Al-azim wa bihamdihi,
maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 
Sesiapa yang membaca:
'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar',
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia temasuk aktiviti menuntut ilmu.
 
Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah:
"Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil & bacaan Quran."
 
Tokoh tabiin yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabah berkata:"Majlis zikir ialah majlis halal & haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji & yang seumpamanya."

WANGIAN DARIPADA PELBAGAI MINYAK WANGI
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:"Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal & tidak mampu dibeli."

Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Tak memerlukan pembiayaan yang banyak. Kalau nak bina sekarang di atas dunia, takda ongkos. Al-maklum kerana masih bergelar seorang student. Lagipun, cukup la sekadar yang mampu & tak perlu untuk terlalu bermewah-mewahan di atas dunia ni sebab rumah tu takkan bertahan lama. Tetapi dengan hanya mengucap tasbih & tahlil,kita telah menanam pokok di taman-taman syurga yang abadi.
 
Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk mebangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah & zikir setiap masa.
 
Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetapi tidak menghentikan zikirnya. Subhanallah..
 
Sa'id bin zaid berkata:
"Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi."
 
Malik bin Dinar berkata:
"Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari."
 
Tetapi, Abdullah bin Ghalib, sedangkan dalam perbincangan pun, masih
meneruskan zikirnya. Andainya kita terus menerus berzikir, pasti tiada umpatan sesama sendiri akan terjadi..
 
Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita semua untuk berzikir menyebut nama-Nya agar semakin indah & hijau kediaman kita di syurga Ilahi kelak. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
 
 
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah berfirman:
"Aku bersama  hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku & kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)."
(Riwayat Ahmad & Ibn Majah)

 
 
 



P E A C E
 
 
 


No comments:

Post a Comment