Thursday 8 January 2015

D'KALA KALA...KALAAAAAAA...



SALAMUN SALAM...  SALAM JUMAAT

Saya masih 'mencari' & terlalu banyak lagi silap di dalam diri. Bantu saya dalam mencari sebuah 'erti'. SYUKUR ATAS KESEDERHANAAN INI, MAAF JIKA MASIH BELUM MEMULANGKAN HAK SIPEMBERI. MASIH MENCUBA MENCARI.. 

Kenapa perlu mengembara di atas dunia sehingga ke penghujungnya untuk menjejaki sesebuah kesempurnaan? Tidak akan ku jumpa kerana kesempurnaan yang hakiki hanya milik Ilahi. Hargai apa yang dimiliki & sama-sama pupuk perasaan kesyukuran atas segala apa yang telah dikecapi. Kalau kita bersyukur, confirm Allah tambah lagi! Allah tak kenakan sebarang bayaran pada kita melainkan melakukan sesuatu only for the sake of Allah. 

“Handbag dia jenama Hermes, beli kat Mall Bukit Bintang.
handbag aku pulak, jenama ala-ala ja.”

“Dia ada kereta. Tak payah berpanas berpeluh bila sampai di tempat kerja
Yang aku pulak, terpaksa jalan kaki awal setengah jam supaya tak terlambat. 
Siap berpeluh bertimbun-timbun dan sunburn lagi.”

“Whoaa. Dia pakai SK II la. Mahal! Bergaya! Masuk tv tuu
Aku pakai pencuci muka jenama Safi je. Beli kat mana-mana pun ada.”


Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah mereka yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah mereka yang berkaki ayam. Jika berkaki ayam, pandanglah mereka yang tiada berkaki. Bagaimanakah perasaan mereka yang tiada berkaki pula?

Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada malah sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi.

BERKASUT, BERSELIPAR , BERKAKI AYAM & TIADA BERKAKI


Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayr..




P E A C E





No comments:

Post a Comment