Thursday 23 October 2014

D'KALA "IM OF SADDNESS"


SALAMUN SALAM
Sedih bila hidup dikalangan orang menyakitkan hati


Kebaikan yang tidak dihargai malah dibalas dengan menyakitkan hati?
Pernahkah kita terpaksa berpura-pura untuk kelihatan baik pada luaran terhadap seseorang, tapi dalam masa yang sama kita mencaci sumpah seranah terhadapnya?

Walaupun kita tersenyum, membuat gerak badan yang mesra dan bercakap dengan penuh sopan, tapi dalam masa yang sama dalam hati kita sebenarnya “ membunuh” mereka dengan kemarahan dan bersangka buruk apabila terasa sakit hati.

Kita tidak sedar sebenarnya kita yang egois!

Sebenarnya itu kita tidak cukup baik lagi, belum cukup ikhlas.
Kita ego.

Tetapi mengapa pula kita yang ego, sedangkan merekalah yang jelas-jelas lebih ego dari kita?


Mari saya terangkan..
Sebenarnya kita ego sebab kita mahukan sesuatu. Kita mahukan sesuatu situasi itu diselesaikan mengikut cara kita.
Selalu kita merasakan orang lain salah dan kita adalah betul. Kita merasakan apabila kita sudah memberi dengan kebaikan, kita juga harus dibalas dan dilayan dengan kebaikan.

Sebenarnya kita silap.
Kita tidak sedar bahawa secara umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada kita sesama makhluk yang terbatas.

Sebarkanlah kebaikan kita yang seikhlasnya, tanpa perlu kita terpaksa berpura-pura baik dengan orang yang kita tidak suka.
Memang bukan tugas kita untuk menjaga hati setiap orang, tetapi kita sendiri harus sentiasa berbuat baik dengan sesiapa pun, seikhlas hati. Percayalah, bermula daripada ini, kita akan merasakan lebih banyak kebaikan yang akan datang kepada kita apabila kita menetapkan niat untuk menyebarkan kebaikan kita secara ikhlas.



bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, ‘Teori memang mudah , praktikal nya?, kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’
Sabar itu Beautiful.
No suffer afflicts us beyond our capability.

menyakitkan hati


Perasaan menyakitkan hati memang memenatkan. Jadikan Ini sebagai ladang peningkatan diri walaupun kebaikan dan kasih sayang tidak selalu dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang, Jangan pernah bosan berbuat kebaikan dan menabur kasih sesama insan, kerana satu saat nanti kita akan merasakan kepuasan dalam hidup kita.


perkara yang menyakitkan hati selalu datang apabila kita cuba berbuat baik oleh itu, bunuh mereka dengan kebaikan
(kill them with kindness)


P E A C E







No comments:

Post a Comment