Saiyidina Ali bin Abi Talib pernah berkata,
"Cintailah kekasihmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya,
siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
Ucapan ini diriwayatkan oleh Hafiz Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Beberapa riwayat yang lain menisbahkan kata-kata ini kepada Nabi s.a.w namun melalui sanad yang sangat lemah.
JANGAN MELAMPAU MEMBENCI
Apabila kebencian melampaui garis (moderate), kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Rasa sesak dada dibuatnya. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci disebut, fikiran menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati seolah-olah terbakar. Ada pengalaman? Kalau takde, bagus! Alhamdulillah =)
Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Sukar dipercayai bahawa dia juga mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik! Maybe, kita ingat kita ni baik sangat agaknya =D
Tdak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil mana pun. Malah tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Sibuk membuka aib & keburukan orang itu untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikannya. Na'uzzubilah. Minta dijauhkan oleh Allah dari tabiat seperti ini. Aamiin..
Tahap yang lebih parah, bukan hanya membenci si musuh,
malah turut sekali membenci setiap orang yang ada bersamanya. Ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran & mungkin haiwan ternakan termasuk ayam belaan & kucing kesayangan si musuh pun turut dibenci sekali agaknya. Aduyai..
Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang dibenci a.k.a musuh. Dan saban hari juga, semakin berkurang bilangan orang yang boleh dipercayai. Akhirnya, hidup berada di tengah-tengah ramai musuh & sedikit kawan. Hati pula selalu berada dalam keresahan.
Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri.
Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata,
"Bersederhanalah dalam mencintai & moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerena berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang binasa kerana berlebihan dalam membenci." (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
: Membela orang yang dicintai adalah satu tindakan yang mulia. Namun membela musuh yang sedang dizalimi jauh lebih mulia.
Mampukah kita?
Ya Allah,
kami meminta & memohon agar kami dapat menjaga keadilan dalam cinta & benci kami.
Dan bantulah kami dalam menjaga mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya.
Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang Engkau timpakan kepada Hamba-Mu di atas muka bumi-Mu ini.
Amiin Ya Rabbal 'Alamiin..
P E A C E