Tuesday 18 November 2014

D'KALA SURAT 'MAH' KUBACA JUGA...





Salamun salam.., 2 mejak ni.... memang sungguh viral surat laki MAH nie... Macam-macam surat jawapan on behalf Mah ada. Haiiii... laki Mah, nasib Mah tak sempat bertukaq jadi Mona Fendi tidak sepucuk surat pun kau tak sempat nak tulih. Mah Oh Mah.. OMGoat!!! #busuk kambing .


Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.




SURAT LAKI MAH :- (emmm...jantung nebes baca isinya)
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai lah Mah... cheq pun emo jugak baca surat laki mung ni. Tapi Mah, or sesiapa Mah No.2, 3, 4, 5, 6, 7.... or beribu-ribu Mah yang ada senasib Mah, nafsu lelaki pendek dan isk.. isk..kotoq!!!. Sanggup noo? Ya! Depa memang sanggup pun...? Tak payah terkezut lagu nampak hantu. Tapi terkejut lah lepa memang hantu?!?  #hat spesis macam nilah noo.

Tapi wahai laki Mah or laki-laki mirip laki Mah
Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang. Baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:



Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa  untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz..

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.


Ini Madah untuk Mah..


MADAH SUMAYYAH

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur…
Cinta kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu…
Kerna kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
… menjadi sorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya…
Bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti hajar
Waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah
Selalu derita
Kerana Syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu…
Dipagar ribuan nikmat! 


Jadilah diri kita sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya merasa tidak dihargai oleh suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk ‘dikorbankan’ hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar sekalipun kita dipinggirkan oleh suami, ingatlah suami bukan segala-galanya.

Bangun, dan binalah harga diri semula. Insya-Allah, apabila kita mula menghargai diri sendiri barulah orang lain akan menghargai diri kita. Kita adalah unik justeru tidak ada siapa yang serupa dengan kita sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Cara yang terbaik untuk membanding ialah bandinglah diri kita sekarang dengan potensi kita yang sebenar.

Ubahlah diri ke arah yang lebih baik, insya-Allah kita akan lihat suami, anak-anak dan seluruh isi rumah kita akan berubah. Dan perubahan itu boleh berlaku dua cara. Pertama, memang suami, anak-anak dan rumah tangga kita berubah menjadi lebih baik seperti yang kita harapkan. Kedua, kita yang berubah lalu mampu melihat, mentafsir dan bertindak terhadap suami, anak-anak dan rumah tangga yang masih sama dan ‘gitu-gitu’ jua tetapi dengan perspektif yang berbeza.

Apa yang dulunya kita lihat sebagai derita sudah bertukar bahagia kerana hidayah yang Allah jatuhkan ke dalam hati kita telah memberi makna yang berbeza. Dunia tidak berubah, tetapi mata hati kita yang berubah lalu yang kita lihat hanya yang indah-ndah sahaja. Alangkah bahagianya punya hati yang begitu… bila pahit dirasakan ubat, bila manis dirasakan halwa, bila masam dianggap ulam. Itulah hati yang mampu dan disediakan untuk setiap isteri dan anda layak untuk memilikinya!

Kita tidak perlu menyaingi suami untuk mendapat keyakinan diri. Dia tetap dia dan kita tetap kita. Jangan menunggu suami menghargai diri kita, barulah anda merasa diri anda berharga… sebaliknya hargailah diri kita terlebih dahulu barulah suami akan menghargai kita. Merendah diri di hadapan suami, bukan bererti mengorbankan harga diri kita sebagai insan yang sempurna ciptaan Allah.

Ingatlah kata-kata ini: Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga.  Teruslah menjalankan tanggungjawab dalam keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali-kali ‘sakit jiwa’ kerana tidak dihargai justeru di dalam diri kita sudah ada keyakinan bahawa diri kita memang berharga!


SUMBER foto ~ editing dari nonie ernie



Hidup adalah kesinambungan ujian yang berterusan. Setiap kita diuji. Jangan menyangka hanya kita yang diuji, tetapi semua manusia ada habuannya masing-masing. Tetapi biasalah, kita hanya nampak pelangi yang ada di atas kepala orang lain. Maksudnya, kita sering merasakan, hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia… hanya kita yang menderita. Pada hal, setiap kita diuji, pada titik kelemahan masing-masing. Dan inilah cerita… isteri yang diuji.


P  E  A  C  E





Monday 17 November 2014

D'KALA DIMUDAHKAN.. MUDAHKANLAH... ;)


SALAMUN SALAM...



Mudah sahaja, dalam kehidupan tidak perlu sakiti orang lain kalau ingin berjaya atau lihat orang lain berjaya. Setiap orang perlu kerja kuat dan perlu mengamalkan tabiat “mathalamat tidak menghalalkan cara”. Apa yang kita buat perlu mengikut landasan yang betul dan tidak menyakiti orang lain. Kita berjaya dengan keja kuat dan daya usaha kita tanpa menidakan keupayaan orang lain. Berilah pujian terhadap diri sendiri dan tidak mengatakan keburukan orang lain itu dan ini. Mudah sahaja naikkan nama diri sendiri tanpa memburukan orang lain. Katalah diri kita sendiri tanpa mengata orang lain. Sangat mudah amalan hidup begini. Kejayaan kita harus datang dari usaha kita sendiri. Kalau kita berusaha sudah tentu rezeki akan bertambah. Tidak perlu banyak merungut dan mengata itu dan ini jika inginkan sesuatu... hidup ini adalah sangat mudah kalau kita memudahkannya.



TIKET APA YANG HARUS DICARI

"U S A H A"

#Entry khas buat insan bernama Anakku ;)


P E A C E 




Thursday 6 November 2014

D'KALA 'SESUNGGUHNYA CINTA'



" disebalik kesusahan, Allah selitkan kesenangan...
disebalik kesulitan, Allah titipkan kejayaan...
apa yang perlu kita lakukan, 
usaha tanpa ada keputus asaan "

masa yang dahulunya bergerak perlahan lahan...kini seakan akan begitu pantas berlalu...meninggalkan hari hari terdahulu...
zaman kecilku...zaman remajaku...zaman kebebasanku...dan kini, zaman kedewasaanku...
adakalanya, 
terasa juga sepi ini...tapi itulah yang harus dilalui...belajar untuk berdikari...dan meletakkan pergantungan pada Ilahi...

memetik seuntai mutiara kata dari Imam Al Ghazali..

" ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, 
disisiku sentiasa ada Yang Memerhati "

benar, setiap ketika yang kamu rasakan bahawa tiada siapa berada disampingmu, 
Dia ada untuk mendengar keluh kesahmu...
Dia memerhati, tanpa kamu sedari...
untuk itu kita harus sentiasa berdoa...mohon padaNya...agar diberikan kekuatan untuk teruskan hidup yang hanya sementara...oh dunia..

seringkali, hati ini berbisik seorang diri..

kenapa aku tidak seperti orang lain?
Tuhan membalas..
mengapa kamu perlu menjadi seperti yang lain, sedangkan Aku ciptakan kamu dengan penuh keistimewaan..
jadilah diri kamu yang sebenar..

kenapa pula aku selalu didatangi ujian dan masalah besar?
Tuhan membalas..
ceritakan padaKu, Aku akan tunjukkan jalan keluar..
untuk itu kamu akan belajar erti sabar..

tapi, bukankah ianya mustahil terjadi?
Allah membalas..
tiada apa yang mustahil bagiKu, segalanya akan terjadi disaat Aku memakbulkannya..

tapi, adakah aku boleh lakukannya?
Tuhan membalas..
segalanya mampu kamu lakukan, melalui kekuatan yang Aku berikan..

Ya Tuhan, aku merasa sepi :'(
Tuhan membalas...
Aku selalu ada, bahkan tidak akan pernah tinggalkan kamu..

Ya Tuhan, aku tidak layak mendapat keampunan :'(
Tuhan membalas..
bertaubatlah, dengan itu Aku telah memaafkan dan mengampuni dosa kamu.. 

Ya Tuhan, aku takut :'(
Tuhan membalas..
jangan takut, sesungguhnya Aku ada bersama kamu..
dan disetiap langkah perjalanan orang yang benar..

tapi, tiada sesiapa yang benar benar tulus mencintaiku :'(
Tuhan membalas..
Aku sayang dan kasih pada setiap hamba hamba yang mengingatiKu..

tapi, aku tidak tahu bagaimana untuk kembali ke jalan yang benar :'(
Tuhan membalas..
Aku akan tunjukkan kamu jalan terbaik yang Aku sediakan..

apa jalan yang Tuhan sediakan untuk aku?
Tuhan membalas..
satu satunya jalan yang Aku sediakan, itulah jalan Islam..
berpeganglah pada Al Quran dan As Sunnah..
nescaya kamu tidak akan sesat selamanya..
setiap perkara yang ingin kamu tanyakan, di dalam Al Quran tersedia jawapan...
bacalah dan ketahuilah maksudnya..






bolehkah aku berjanji tak kan lelah mendampangiMU
sebagaimana 
KAU tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh Ar-Rahmaan Ar-Rahim

#ku adalah manusia yang paling beruntung memiliki kamu SANG PENCIPTA ku



P E A C E






Wednesday 5 November 2014

D'KALA LAWAK KAMPUS APPEARING

Salamun, Hi! Jom nak keluar jap. Anak cakap nak beli Lawak Kamus. Nak melawak pun dia nak baca skrip sekarang ni  :). Kita ronda-ronda cuci mata dan cuci poket.

Yang memudahkan itu simple. Yang simple itu kekadang tidak terlalu penuh dan tidak terlalu kosong. Hi.hi.. yang penting cocok dengan kita aja dong. 

OOTD untuk kanak-kanak tiba-tiba nak bergaya muslimah. Al-maklum hari-hari tengok Si ibu lilit sana, cucuk sini.. dia pun nak. Tak salah kita muslimahkan gaya mereka untuk menarik minat dihati nak melilit sama. Paling mudah dengan adanya Inner. Gaya simple sweet dan jangan menyerabutkan mereka, bawa keluar nampak muslimah kang balik jadi makjemah. Jom beli Lawak Kamus sama-sama.




#INNER SILANG + SHAWL
#H&M TOP
#LEGGING EC LEMARI



lawak kamus outfit 50% guna #INNER




P E A C E