Monday 30 June 2014

D'KALA MY KENIT DAH JADI LONJONG ~ 3 YEARS OLD


Salamun salam


Cover pasai askar kenit.., mesti laaa story mory pasai kenit ni. Sekarang tak kenit dah, lonjong ja cheq tengok. 22hb June baru-baru ni askar lonjong cheq dah genap 3 tahun. Happy Birthday My Mu'azz. Cheq dah turun menurun bab-bab birthday ni jarang celebrate. Just simple-simple celebrate like beli hadiah kat awang lonjong nie saja. Nanti dah besar skit kita celebrate okay.... sekali dalam seumur hidup semoga menjadi kenangan yang abadi... Cerdik skit pandai makan kek, mak cheq buat na... Sekarang layan dulu keta menan daddy beli okay Mu'azz. Umur dah 3 tahun cakap sropa ultraman..... Doa dan harapan dari mummy, Mu'azz rujuk pesanan terdahulu. Hahah... leh gitu?!?


blanja kek omen satu untuk Mu'azz
in sha Allah...
 murah rezeki tahun depan
mummy tunaikan dalam realiti bukan fantasi
 pada Mua'zz




PEACE TO MY LONJONG BOY.... 







Monday 16 June 2014

D'KALA KU TAHU ADA PESANMU DI SITU....



Salamun salam....

Ku tulis buat Abah sempena Hari Bapa, nak ku luahkan terasa malu.. tidak ku titipkan terasa sayu. Akan tetapi dalam sinar matamu aku tahu, ada pesanmu di situ, "Kasih Ayah Tiada Penggantinya"



Ingin kubisikkan resah seorang ayah. Resah kita bersama. Resah warisan lama. Berkesinambungan sejak zaman silam.  

Abah mesti tahu, kehidupan ini tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, kita harungi jua badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan. Kehadiran putera dan puteri kita adalah  kenyataan. Walaupun perjalanan peristiwa  kekadang sepantas  igauan. Rasanya baru semalam, kita panggil anak. Tapi hari ini, sudah bergelar ayah. 

Dulu, kita dibelai dan dimanja. Namun kini  kita adalah “retua” yang telah dipagut usia. Ah, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala. Sudah berkedut garis  di muka. Usia  sudah diambang senja… mentari hidup kian redup. Sudah hampir ke episod penutup.

Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu… terlalu laju. Yang tinggal hanya turisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain  hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi   ujian.

Masih kita ingat detik kelahiran mereka. Seorang demi seorang. Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya. Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Kita ukirkan kalimah tauhid di kanvas hatinya yang suci. Itulah bekal utama,  jati dirinya yang pertama. Dan maktub sudah  janji insan di sisi Tuhan. Anak, kau hamba Allah dan khalifah. Nya. Dan aku adalah ayahmu,  pemegang amanah safarmu yang fana.

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia. Kembara ini terasa panjang bagi mereka yang alpa, lalu masa terbuang sia-sia. Kembara ini terasa begitu pendek bagi mereka yang cerdik, masa akan  terisi dengan  baik.

Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan. Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa. Lihat awan dan bulan… itu semua Tuhan jadikan. Nun, di sana burung dan ikan… Tuhan yang memberinya makan. Kalau di satu ketika anak bertanya, “ayah kenapa jerebu begini?” Katakan, “Tuhan ingatkan kita supaya  menghargai nikmat mentari.”

Walaupun masih di tahap fikrah terendah, anak mesti diajar mentauhidkan Allah. Kuasa hafalannya, terokailah. Kecepatan menirunya, eksploitasilah. Semuanya menuju satu. Segala terjurus lurus.  Awaluddin Makrifatullah – awal agama mengenal Allah.

Lepaskanlah anak ke persada buana. Jangan dikurung, nanti mereka pemurung. Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan.  Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya. Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh. Agar mereka tahu menilai pahala. Arif mengenal dosa. Selalulah berdamping dengannya. Dengarkan luahan katanya yang tersurat. Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.

Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan. Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita. Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba. Istiqamahkan didikan, berilah pimpinan. Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kitapun selalu tersasar. Sering juga kita melakukan yang mungkar. Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah. Jadilah seorang ayah… yang selalu bermujahadah. Pesan kepada anak kita… sayangilah keluarga kerana di sana ada sumur cinta yang setia sampai bila-bila!


SAYANGI KELUARGA
Bahagia seluruh semesta
bermula dari sebuah keluarga
dari titis susu ibu tersayang
terbinalah sungai kasih yang panjang
Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
membina semangat dan cita-cita
Rentaslah seribu lautan
kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga
Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah




P E A C E