Monday 31 March 2014

D'KALA R4BIA


Salamun salam

BERSAMA R4BIA
Bir Rabi4 Var 

"mungkin mereka terdiri daripada pemimpin yang sedikit di sebuah tanah, sebuah tanah Arab yang satu daripada Marakesh ke Bahrain, mereka adalah Rakyat Arab yang satu." 

 Pemimpin mereka, "like Everest themself, like Himalaya themself" 


P E A C E





D'KALA PEACE TO YOU 'GG'

Salamun salam....

Apa yang dirasai, diketahui, diamati, digali ingin saja dikongsi bersama D'kala ini. Hah... ;) senyum aja la masalah jiwa aku ini. 
  
Siapa tak kenal George Galloway ? TAPI aku baru saja kenal dia. Aku teruja mengetahui manusia hati mulia ini. Moga hidayat miliknya dari Allah swt. Orang non-muslim memperjuangkan hak-hak orang muslim. Aku jadi bisu sepertiga malam. Bercakap tentang haq dan batil dalam isu perjuangan dengan pedas di mata dunia.

Seorang ahli politik British dan bekas ahli parlimen dari tahun 1987 hingga 2010. Beliau terkenal dengan sikap anti peperangan. Galloway juga begitu lantang dalam kempen-kempen menyokong Palestin terutamanya dalam krisis pendudukan Israel di Gaza. Galloway menjadi naib presiden pertubuhan Stop The War Coalition (StWC) yang ditubuhkan pada September 2001. Pertubuhan ini menentang kempen "War on Terrorism".

George Galloway. Aktivis Misi ke Gaza semua kenalnya. Beliau ahli Parlimen berpemikiran liberal dan bersemangat sosialis. Beliau banyak menyumbang jasa kepada Islam dan umat palestin. Beliau faham apa itu "perjuangan" dan alquran, cuma belum dapat hidayah. Beliaulah banyak mencarikan dana dan tajaan utk FLOTILLA cawangan barat. 

Walaupun ada sesetengah aktivis Flotilla ketika ini sudah mengiktirafnya sebagai muslim kerana dia terlalu baik dan terbuka dengan muslim. Malah, beliau juga pernah cakap sanggup mati untuk mempertahan penindasan ke atas umat palestin yang majoriti beragama islam.  Macam ni sikapnya mana aku tak jadi bisu. OH TUHANKU.. Ikutkan banyak lagi yang aku terkejut bila mengetahui perjuangannya.  


Aku petik kata-kata En. George Galloway : 
Dunia Arab hanya memerlukan sedikit titisan hujan 
sahaja untuk menghidupkan padang pasir yang luas, 
dan titisan hujan yang sedikit itu bakal 
hadir tidak lama lagi.... :I




TO YOU SIR
P E A C E 




Sunday 30 March 2014

D'KALA 31.3.2014


Dear diriku dipagi Isnin,


Macam-macam mood aku lately nie...
* Sedih dengan orang-orang Malaysia yang memang "aneh-aneh" perangainya
* Perkembangan di sekeliling dan dunia menjadi aku penat kepala (boleh tolong fikir ;() 
* Dugaan MH370 banyak memaksa otak terbawa-bawa hingga aku menyepi bak di dalam tembok china. 
* Kemudian panas di luar bagaikan sama panas di dalam - di tempat kerja memang ada saja pencabar, tak tahu apa dalam hatinya :( Politic is not my game... my games is settle the works. 

Kepada orang-orang yang sangat "aneh" jiwanya - Aku doakan semoga Allah swt memberi perlindungan kepada mereka - Moga kedaulatan Agama, Negara, Bangsa dan diri terpelihara.

Pabila aku mendengar manusia membicarakan mengenai kemuliaan dan kehinaan. Dua perkara yang kontra. Apa yang kita faham?


Perkara-Perkara Yang Kontra

Semuanya berlaku dengan kehendak Tuan Punya Dunia. Seperti ini; Walaupun ramai orang yang memuji-muji seseorang manusia itu, boleh jadi ALLAh Ta’ala hendak menghinakan dia sebenarnya. Dan boleh jadi, walaupun manusia sekeliling menghina seseorang, ramai yang tidak suka padanya, boleh jadi ALLAh Ta’ala hendak memuliakan dia dengan didahului perjalanan yang sukar.

Perkara yang aku takuti dan aku pasti kita semua juga takuti; dimana kesenangan, kepintaran, dan kejayaan dalam pelajaran yang kita alami itu adalah tanda kemurkaan.

Eh kenapa pula? Kan berjaya tu. Murka apanya?

Kadang-kadang, apabila ALLAh Ta’ala murka pada seseorang, ALLAH akan berikannya kesenangan di dunia. Itu namanya Istidraj. Dan kadang-kadang, apabila ALLAH Ta’ala suka pada seseorang, ALLAH berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia lebih mengingati ALLAh. Dan kesenangan yang dia ada itu pula, adalah kelalaiannya baginya. Semuanya, ujian dari Tuhan. Datangnya segala kesenangan dan manfaat dalam hidup itu adalah ujian. Hadirnya segala kesakitan, kesedihan dan keterlukaan itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur.

Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya itu bukanlah kerana kekayaannya. Hina itu bukanlah pula pada kemiskinan pada yang berusaha.

Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata dan mencantas kata-kata lain dengan lidahnya; ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu akademik. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana dengan sifat kasih ALLAh Ta’ala menyorokkan aibnya daripada diketahui oleh orang ramai. Kita ini penuh keburukan. Tinggal sahaja, keburukan itu tidak busuk seperti bangkai. Siapalah sebenarnya kita ini. Sekiranya ALLAh Ta’ala berkehendakkan dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun yang mahu kenal dan berkawan rapat dengan kita, kan?



Renungkan. Yang kontra itu ada hikmahnya.
Buat diri ini, semoga ALLAh merahmati.

P E A C E






Tuesday 25 March 2014

D'KALA ON MAC


Salamun... salam.. 

On March, ibarat episod drama bersiri 

OH!, Sedih.... Dukacita... Pilu... Hiba....  so touching on March. Ibarat drama bersiri yang sambung menyambung. Ya betul! tak salah kita bersedih dan melayan kesedihan sebab itu fitrah yang dianugerahkan. Ya aku sedih!?!. Aku bagai dipanah rasa kesedihan yang berpanjangan..... bermula dengan melayan perasaan ku yang sedih walaupun seinci. Dalam berfikir mencari jalan keluar dari kesedihan, Bangggggggg....!! buka TV pada hari Sabtu Malaysia dikhabarkan dengan tragedi yang betul-betul menyayat hati.... MH307 hilang dari radar pada 8hb Mac... (Kalau aku hanya seinci sedih, mereka bagaimana?) 

Aku membisu hilang kata-kata akan kejadian ini, aku betul-betul sedih.... episod sedihku sambung kembali..,

Oh! Ya Allah.. yang berkuasa, sungguh besar kuasaMu sehingga membuat kami terpaku kaku.... dengan redha kami pasrah akan Kun FayakunMu. Dengan rendah hati serta ketabahan yang kami pohon dariMu meminta petunjuk keluar dari musibah dan ujian ini. Aku insan yang kerdil di sisimu meminta ehsanMu Ya Allah, berikan mereka kekuatan, ketabahan, ketenangan, ketinggian akal fikiran dalam menangani masalah yang besar ini. Aku sedih, aku kasih, aku kagum, aku terpana melihat mereka yang di anugerah akal yang mulia memberi pertolongan, menghulurkan kebaikan tanpa meminta balasan. "Terima kasih wahai manusia yang berhati mulia". Aku jeles sebab kamu tidak terlepas dari pandangan mulia disisi Allah swt. Ketahuilah manusia hati mulia, malaikat sentiasa merahmati kamu, ingin ku curi bagaimana istiqomahmu wahai insan hati mulia...?, Kejadian ini membuat aku jauh mengembara membawa hati dan jiwa bersama. Maaf ya aku sensitif dalami, erti kata lain aku over dalam melayan jiwa. (Rahsia diri kot, emmm....no komen sebab tak tau nak kata lagu mana? )

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaaBirahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa. Engkau pemurah, Engkau penyayang Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan. Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi Mengabulkan setiap doa dan harapan. Segala duka hatiku hilang hilangkan Semua salah dosaku mohon ampunkan, airmata lukaku hapus-hapuskan. Doa hari-hariku harap kabulkan. 

Walaupun aku tiada pertalian saudara terdekat dalam kejadian ini tapi entahlah ianya seperti satu lembaran istiqomah yang baharu buatku. 

Betapa lamanya aku mendalami istilah DIAM ini, aku melihat akan diriku. Apapun ertinya biarlah rahsia masing-masing, "I is PEACE" just respect our choice, tak perlulah kata apa-apa.. sebab rahsia tetap rahsia.... yang penting ada kebaikannya di situ. Lately ni memang aku banyak berdiam, terlalu banyak bercakap sukar menemui kefahaman rupanya.. apabila kita bercakap atau meluahkan sesuatu apa yang kita harapkan? Mestilah sebuah "FAHAMI AKU","AJARI AKU", "BANTU AKU".  Salah telaanku lagi banyak bercakap meneruskan persolan banyak lagi aku temui kekusutan. Maka diam adalah lebih baik... itu juga pesan Nabi SAW, sabdaNya : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. ”Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Diam itu Lebih Baik, LEBIH BAIK DIAM
Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab :“Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”(Riwayat Bukhari). “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. Riwayat Abu Naim) 

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Diam orang mukmin itu ibadah. Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan. Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan seperti dia mengumpat atau kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang. Atau dia diam itu menghormati percakapan orang mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu Baik atau jahat. Dia biarkan saja orang itu bercakap dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu. Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu ataupun kecuaian dan kelalaian yang telah dibuat, supaya dia bertaubat ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan atau pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim) “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi).

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Al-Fatihah dan salam takziah 
pada insan-insan terpilih olehNya

P E A C E




Sunday 16 March 2014

D'KALA A.K.U


Salam... 


#buatdiriku#titikku#




PEACE BERSAMAMU 'YA ALLAH'



Wednesday 12 March 2014

D'KALA #HOPE#370#


SALAMUN...SALAM....

YA ALLAH.. ajarilah kami bagaimana
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.



HOPE TO SEE YOU..... WE LOVE YOU....
P E A C E





Sunday 9 March 2014

D'KALA #PRAYFORMH307#


Salamun... salam... 



ALLAH SWT TIDAK PERNAH MENJANJIKAN
BAHAWA LANGIT ITU SELALU BIRU
BUNGA SELALU MEKAR
DAN MENTARI SELALU BERSINAR
TAPI KETAHUILAH BAHAWA ALLAH SWT
SELALU MEMBERI PELANGI DI SETIAP BADAI
SENYUMAN DI SETIAP COBAAN
DAN JAWAPAN DI SETIAP DOA





P E A C E 

Wednesday 5 March 2014

D'KALA BERNILAIKAH PANDANGAN KITA?

Salamun... salam..

Seriously susah nak komentar kata-kata seperti di atas ni. Kita akan merasai diketika kita terpilih merasainya...

“The quieter you become, the more you can hear.” – Baba Ramdas

Siapakah kita? Siapakah kau?
Selagi lagi. Jangan jadi penghukum.

Dia mempunyai emosi dan kita juga mempunyai perasaan & emosi yang terusik dengan kata.

 Sekali lagi diulang.
Untuk hidup tenang, berbaik sangkalah. Jangan jadi penghukum. Hidayah. Petunjuk. Kerja manusiakah dalam memberi hidayah kepada seseorang? Buat kali yang terakhirnya. Jangan jadi penghukum tanpa kaca mata al-rahim kerana kita juga pendosa yang mengharapkan kasih sayang & rahmat dari-Nya.

Seseorang itu sikit amalnya.
Luarannya biasa biasa sahaja.
Seseorang ini banyak amalnya.
Luarannya tertutup rapi tiada cela.

Tetapi,

siapa tahu seseorang itu masuk ke syurga Allah kerana amalnya yang sedikit dihiasi dengan kecantikan berbaik sangka terhadap saudaranya & keikhlasan tanpa dirosaki oleh racun bangga.
Dan siapa tahu seseorang ini tergelincir ke neraka Allah kerana amalnya yang banyak tetapi dikaburi dengan riak & berburuk sangka terhadap orang disekelilingnya.


Siapa sangka?
Sudah terbukti bahawa Allah sahaja yang Maha Layak Menilai.

Apa lagi yang kita nilai?
Bernilaikah pandangan kita?


Cheq nak noted skit, mood tengah melow time nie...., 
Bernilaikah dengan PC isu bikin panas HS & MR.R, jangan buat 
kenyataan yang tersilap langkah. Makan diri... makan diri, 
because you asked for it?!? Kahwin je kalau dah mampu, 
beri ja nafkah ikut mampu... fullstop. #urutdadababmacamnie#



HI! FIVE
P E A C E


Monday 3 March 2014

D'KALA MIRROR.. MIRROR ON MY WORLD

Salamun salam........

Siapa diri cheq bila di dalam cermin. Hiii.., cari intro nak buat entry promotion tapi keluaq mai jadi ayat motivasi plak dah!!!. Renggos la sales kalau cam ni. Mai.. cheq mai, cheq mai.... 

Nak share cerita pasai cermin. Serius, cermin besaq! tapi harga kecik, terbaek di pasaran punya nie!!!. History bermula cheq cari cermin yang selim ala-ala badan cheq saja, nak gantung dekat sudut stor. Senang skit nak tengok-tengok muka ni  bila dekat tingkat bawah. Letih la berkawat naik tangga pe.... balik, pe balik. Skali Mr. D bawa balik cermin besaq gedabak ukuran 3 kali badan cheq dengan ketinggian lebih dari cheq. Ambik bising sangat nak cermin... nak cermin...

Disebabkan harga terbaek di pasaran kami nak share la dengan kekawan, sesiapa berminat dengan cermin ni.... let calling.. calling... us, serius cermin besar harga dia kecik. (harga berpatutan). Berminat sila deal dengan MR. D or Ms. ZK 


Mirror.. mirror on the world 


segi empat sama = RM 220 termasuk COD Kedah & Penang
segi empat sama = RM 180 termasuk COD Kedah & Penang


terbuka untuk pembayaran 2 kali, settle down MR.D COD untuk anda....



yes...  P E A C E