Wednesday 25 September 2013

D'KALA BANGUN BERDIRI


Salam.. salam.. salam..

Cuaca memang sangat serasi dengan mood hari ini. Alam seakan-akan tersenyum meraih rasa senang hati. Masakan tidak, duduk dengan rasa tenang hati memandang langit sambil menikmati secangkir kopi. Langit seolah-olah berbicara,
 
“Apa sahaja usaha yang kau sudah lakukan pada hari ini?"
 
Nyata masalah akan sentiasa ada. Maka orang yang rasa bertanggungan untuk memikul beban dan mengubah demi sejahtera bersama, memang patut rasa terhempap dengan bisikan pertanyaan itu. Tanda hidup ini sentiasa akan ada banyak tanggungjawab sebenarnya.
 
.. mula berfikir bersama secangkir kopi..,
 
Dan aku tidak akan berlama-lamaan dan lemas,
dalam ruang waktu yang selesa
 
Perlu berdiri teguh, bukan kerana membiarkan kejahatan, tapi meneguhkan diri dalam kekuatan...
 
 
 
 
 
P E A C E






Monday 23 September 2013

D'KALA 'SHARE THE DESIGN'



Salam...salam...salam...

Ini Baju Melayu 2 in 1,
Design ni campur konsep
 
Melayu + India
 
Tengkuk baju tak tercekik
Baju labuh terbelah di kanan kiri baju
Seluar  straight cut cutting
untuk kelaianan 
boleh di kontrakan dengan warna plain
 
 
butang baju sepatutnya warna biru sama warna dengan seluar tu
tapi wasalammm
malam raya baru siap.... apa ada jalannnnn...
 
 
 
boleh pakai ke mengaji AL-Quran
 

or
di'pyjamas'kan
 

Baju ni boleh dimuat turun dengan jeans mengikut warna yang sesuai, Itu gaya santai boleh bawa ke 'outing'. Majlis formal seperti pergi mengaji jadikan satu suit paling best jika mengaji sebelah malam, balik mengaji terus boleh ke katil beradu zzzzzzzzzzz.... Material design ni dari Japanese Cotton baru nyenyak tidor dan badan tidak berpeluh.
 
 
Selamat mencuba Baju Melayu 2 in 1 ini.  Boleh di pakai pada bila-bila masa dan sesuai pada semua keadaan jika pandai disuai padankan. Nak memakainya? tak perlu simpan tunggu raya or nak pergi mengaji sahaja. Berbaloi.... design cam gini, stylo melo.... kanak-kanak riang ria ceria...
 
 
 
Sumber kain dari Kamdar semester RM14.00, (Japanese cotton)
corak dan warna sangat meriah dan keanak-anakan...
 
 
 
Next paten

cari corak ni pulak
(style be'boy' yang duduk tu
bakal design copy n paste cheq)
 
 
 
 
 
 
P E A C E
 
 
 
 
 
 

Thursday 19 September 2013

D'KALA, YA! HIPOKRIT

 
 
 
“Eh, hipokritnya aku. Dulu aku tidak begini.. Aku rasa macam tak layak langsung!”
Sekali lagi, memang andalah orang yang
hipokrit!
 
Atau pun, bagi sesiapa yang mahu istiqomah memberi kebaikan pada diri, juga kepada orang lain. Yang dirinya sentiasa tercabar dengan kerenah manusia yang pelbagai. Perlu tenang.... berkata pada diri
 
YA!
 
Dalam perubahan itu, memang ada hipokrit!
 
 
 
 
P E A C E
 
 
 

Wednesday 18 September 2013

D'KALA RASA ITU!


Salam.. salam.. salam..


Bestnyaaaa boleh tersenyum, dikala otak masih berfikir sesuatu
 
Sebagaimana kau merasakan dirimu dalam ketidaksempurnaan, maka ketahuilah berita yang gembira itu selalu ada.
Khabar Kebaikan Itu Halus
 
Pagi semalam CHEQ
Buka sampul, Nampak sesuatu
settle 2 perkara 
 ~ S E N Y U M ~
 

 
.....Alhamdullilahhhhhh.....
 
P E A C E
 
 
 
 

D'KALA INGINI TERMOTIVASI ~ SIC


Salam... salam... salam... Part - SIC (Sharing is caring)

Hari ni renungan panjang lagi...., still memikirkan kejadian yang berlaku 2 3 hari kebelakangan ini. Otak macam biasa pikirin lagi.... dan tangan ni sroll sana sini and rasa nak  share part 'Sharing Is Caring' ni, agar sentiasa termotivasi....


Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.

Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.


Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.

 
"Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi tiada bertepi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal selamanya dalam ketidakselesaan itu sendiri."




BOOKING 'VILLA MEWAH' DI SYURGA!
 
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut. Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang tanpa sebarang wang muka. Tak payah susah nak kene buat loan kat bank. Besttt kan! ;D

Al-Hafiz Ibn Al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim Al-Ahmasi:
"Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja untuk membangunkannya. Apabila mereka ditanyakan: "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab:"Kami sedang menunggu bahan-bahannya."
 
Macam mana arkitek & kontraktor nak bina sebuah rumah yang indah & mempersona kalau tak ada batu-bata, simen & bahan-bahan lain yang diperlukan kan? Tapi yang bezanya, 'villa' kat syurga bahan-bahannya tidak memerlukan sebarang charge & tax yang hebat. Cuma perlu zikir ja. Tanpa zikir, tiada 'villa' untuk anda di 'sana' nanti. Kalau zikir separuh-separuh, kejap-kejap, kadang-kadang, ikut mood, maybe 'villa' tu pun separuh juga agaknya. Ada dinding ja. Tapi tak da bumbung, tingkap & pintu yang tercipta ;D
 
Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu tengah giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
 
Ibn Rajab Al-Hanbali bercerita, Suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata:
"Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama 'Villa Kebahagiaan' (Dar al-Surur). Kami telah membina & menghiasinya dengaan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah 7 hari nanti rumah itu akan sempurna dibina." 7 hari kemudian, orang yang soleh itu meningal dunia.
 
ZIKIR & POHON SYURGA
Hadis ini & beberapa hadis yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat dari zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.

Al-Tirmizi & al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca
Subhanallah Al-azim wa bihamdihi,
maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 
Sesiapa yang membaca:
'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar',
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia temasuk aktiviti menuntut ilmu.
 
Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah:
"Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil & bacaan Quran."
 
Tokoh tabiin yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabah berkata:"Majlis zikir ialah majlis halal & haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji & yang seumpamanya."

WANGIAN DARIPADA PELBAGAI MINYAK WANGI
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:"Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal & tidak mampu dibeli."

Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Tak memerlukan pembiayaan yang banyak. Kalau nak bina sekarang di atas dunia, takda ongkos. Al-maklum kerana masih bergelar seorang student. Lagipun, cukup la sekadar yang mampu & tak perlu untuk terlalu bermewah-mewahan di atas dunia ni sebab rumah tu takkan bertahan lama. Tetapi dengan hanya mengucap tasbih & tahlil,kita telah menanam pokok di taman-taman syurga yang abadi.
 
Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk mebangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah & zikir setiap masa.
 
Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetapi tidak menghentikan zikirnya. Subhanallah..
 
Sa'id bin zaid berkata:
"Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi."
 
Malik bin Dinar berkata:
"Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari."
 
Tetapi, Abdullah bin Ghalib, sedangkan dalam perbincangan pun, masih
meneruskan zikirnya. Andainya kita terus menerus berzikir, pasti tiada umpatan sesama sendiri akan terjadi..
 
Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita semua untuk berzikir menyebut nama-Nya agar semakin indah & hijau kediaman kita di syurga Ilahi kelak. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
 
 
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah berfirman:
"Aku bersama  hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku & kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)."
(Riwayat Ahmad & Ibn Majah)

 
 
 



P E A C E
 
 
 


Wednesday 11 September 2013

D'KALA MOOD HARU KELUAQ DAH!


Salam..salam..salam
 
Baru buat entry pasal masalah sakit lutut, ni ada hati pulak nak survey cari bag back. Amboi lutut dah ok ka?. Nak jalan-jalan cari bag back nak pe mana cheq?!?
 
Ekceli... jalan tak de hal. Yang buat hal, lutut.... Tuan badan trima kenyataan seadaanya.  Tak boleh nak jadikan masalah yang  dihadapi sekarang untuk tidak bergerak or scroll down my moods. Masalah tetap masalah, cari jalan penyelesaiannya adalah ubat paling mujarab. (ayat semangat skit). Sakit tetap pasrah menyerah.... mara tetap cheq mara.... Mana leh tahan beb... jalan-jalan cuci mata.... agenda paling cheq suka. Termasuk u alls kan?
 
2014.... (awal angan-anganku) anak-anak semakin membesar, planning leh tokoh tambah... angan-angan 2014 banyak. Nama pun angan-angan, apa boleh senarai, kita senarai... yang mampu kita senarai kat atas skit...yang tak berapa nak mampu letak bawah-bawah. Janji tulis, buat tak buat, belakang kira.... ada rezeki jalan, tak dak dok diam-diam........................
 
Nak cerita pasai bag back ja pun.... dah kelaut pulak!!! Dalam koleksi beg cheq, cheq tak dak lagi bag pack yang safe journey. Sekarang ni kalau travel jauh-jauh skit asyik dok kedong handbag besau lagu ni...

style gilo..... lawo beg dia
(kenan beg ni hat! my mission bag pack)
 
 
ok gak... byk pack pack
 
 
 
 

comei..
banyak compartment, cheq suka




yang nie lagi banyak compartment
mmmm.... next
 
 
 

 
 stylo melo ~ yang melo-melo memang cheq suka
 
 
 
Mission nak cari bag back kat Union Mall. 2014, Union Mall aku datang. Cheq cari yang copyright sudah, janji melooo. Setiap sorang mesti kena ada bag pack baru best travel. Cheq nak travel pe mana tungguuuuuuuuuu............!?!!??, lutut tercabut pun tungguuuuuuuuuuu....????!!?
 
 
 
~ BAG BACK ~
 
pulak dah!
 
 
 
 
P E A C E
 
 
 
 
 
 

Tuesday 10 September 2013

D'KALA OH MY LUTUT

Salam.. salam.. salam,

Usia makin meningkat.. tulang semakin rapuh.. Sejak usia menginjak ke 3 series, memang terasa la tulang temulang cheq ni sudah x segagah dulu...  Cheq terlibat secara aktif dalam sukan sejak usia 10 tahun... lumba lari memang dah tentu.. lagi-lagi mula main netball plus hoki sejak darjah 4 dan naik ke darjah 5 mula mewakili sekolah.. sampailah usia cheq ke 30thn masih aktif.  Lutut ni tidak secomel dulu berdiri (hahaha). Cheq tersedar yang tulang lutut cheq ni dah mula goyah terutama masa turun tangga... Masa tu terfikir jugak, mungkin faktor usia, penambahan berat? tak mungkin.... cheq sekeping, faktor keturunan! mak and abah cheq ok saja. Faktor pemakanan cheq! YA, betul...
 
Adoi la adoi.... lani time hujan cheq jadi takot. Cuaca sejuk rasa mencengkam sampai ke tulang hitam.... pastu takot nak jalan sebab takot dengar bunyi meletop, tulang lutut ni dok berlaga....
 
Suatu tika dulu, cheq tgh tidor bila bangun kaki kanan dah x boleh dibengkokkan.. sakit berdenyut-denyut.. dan dalam masa beberapa jam lepas tu cheq rasa kaki dah tak berfungsi.. serius gilarr.. cheq x memain na... buat kali pertama cheq dapat rasa macam nak lumpuh.. cuba nak bangun tapi langsung tak boleh sebab kaki dah x rasa apa-apa lagi.. meraung sat beb !!! Panik gak... Last-last call Kak Noor, jom pe rumah Pak Mid. Cheq pe mengurut, meraung tapi alhamdulillah, lepas tu lutut beransur baik.. Minggu ni hujan lagi...fobia cheq mai pulak dah. Penakot hujan! Oh My  Lutut..... jadi balikkkkkkkkkkkkkkkkkk.............


 
Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur. Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab yang sama. Jom mengenal jenis sakit lutut yang dialami serta membantu dari segi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Secara ringkas sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami:

Jenis Masalah LUTUT yang dialami:
·     Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang.
Sakit lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif berkerja serta menjaga rumah tangga. Puncanya adalah dari kepala atau tempurung lutut. Pada peringkat awal beberapa tekinik senaman untuk menguatkan sendi ini amat mujarab. Sila lihat cara latihan ini dilakukan.
·      Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera.
Kecederaan lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya. Mengetahui langkah langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit, bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan.
·      Lutut sering terpelecok setelah tercedera seketika dahulu
Akibat kecederaan sukan atau jalanraya beberapa minggu atau bulan sebelumnya kini lutut menjadi tidak stabil dan senang terpelecok menyebabkan seseorang itu was was melakukan akitiviti aktiviti lasak.
·        Lutut sakit, bengkak dan membengkok.
Akibat kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak dan membengkok. Ketahui rawatan yang dapat dilakukan.
·     Lain lain masalah lutut yang jarang dialami:
- tanda kecederaan lutut yang serius telah berlaku, sekiranya ia bengkak dan sakit setelah terpelecok atau akibat dikasari.
- Ramai pesakit tidak menyedari akan kecederaan mereka kerana kesakitan dan bengkak akan reda dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
- Pesakit hanya menyedari fungsi lutut tidak normal apabila cuba bermain semula dan mendapati lutut senang terkehel dengan sendirinya. Malangnya ramai yang masih tidak mendapatkan rawatan pada peringkat ini.
- Dalam masa beberapa tahun lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.

yang kala merah tu masalah cheq


LAGI INFO, CHEQ baca..

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)
dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di
Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang
disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama
yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang
bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe
memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk
tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk
tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius.
Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas
mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-
ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula
menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi
ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara
yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh
membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah
tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul)
berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu
pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki
terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan
yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana
kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi
mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan
lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan
berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk Asia,
terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian
secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien
penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang
diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas
susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua
gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang
disarankan setiap hari.
 
 
 
new menu untuk kamus pemakanan ku
(cheq tak suka susu) huuu....huuuu....
 
 
 picit hidung telan lah...., janji 10,000 steps
moga-moga... AMINNN
 
 

Now dah tak boleh nak skip-skip ambil Pil kalsium. Gula-gula kalsium yang sangat sedap boleh dibeli kat Cosway.. (kena start dari sekarang dah)  tak mau bila usia meningkatkan ke 4 series, cheq pakai tongkat!!! Kesihatan memang penting.. maklumla.. badan nak pakai lama.... KATAKAN PEACE PADA CIK SUSU...


 
PEACE SUSU PEACE LUTUT...




 

Friday 6 September 2013

D'KALA CRITA 'ENDING SYAWAL 2013'



Salam, salam, salam
 
Pejam celik, pejam celik dah penghujung Syawal... agak-agak hari ni ada tak last Raya Open House?  Baru-baru ni tempat tumpah darah cheq mencari rezeki pun buat Open House, huitttt meriahhhh!!!. Sapa tak suka mai open house kan?. Leh makan-makan, sembang-sembang, gurau-gurau and than gelak berderai dengar latest gosipping. Perut lapau tambah lagi. Best kan Syawal penuh dengan makan-makan.
 
 
Syawal 2013 ku tinggalkan dengan lagi kenangan. Open house Ambangan yang terasa meriah. (Ambangan tu tempat keja guwe). Tahun ni juga cheq beraya sakan. Ikutkan nak pe beraya sampai ke Perlis dengan Cik Nonie tapi tak jadi sebab setiap kali singgah beraya rumah kekawan lepak 3, 4 jam, nak buat cam mana bukan senang nak jumpa kekawan walaupun tinggal searea. Tahun ni my SIL pun requested buat potret family keluarga Tok BEE. And than tahun ni juga rasa meriah sebab buat apa ada coverage.... cerita raya pun masuk beloggggg. Tu meriah kot?!? Dulu dok senyap-senyap..., sekarang leh story mory.. Best...best... meriah
 
 
My Famili....., Tok BEE anak cucu  
best plak guna nama Tok Bee, rasa komesial
 
 
 
My CHERRY 2C
Zurida tiada... moga-moga suatu hari nanti akan jumpa juga
 
 
 
My colourful Colleagues....
cheq yg tangkapppppp so cheq tak dak!
 
 
 
 it's me, semangga!
cheq bz buat keja jaaaaa......
 
 
 
 
 
P E A C E 
 


Monday 2 September 2013

D'KALA #TAGBUMIMESIR#

Salam, Salam, Salam


 
Otak menjadi jem. Jem bukan tersekat dalam kesesakan traffic. Tapi otak jem akibat terlalu banyak loading. Sebenarnya banyak agenda tersendiri untuk menulis, menitip or menyimpan karangan-karangan cheq,
 
Tapi pabila melihat bumi Syria bergolak...........................
otak hilang tumpu
otak buntu
otak pecah berderai
otak sedih sayu
otak mencari-cari
otak kehilangan ayat indah untuk mengarang
 
Otak tertumpu pada bumi Syria yang bermandikan darah. Sesungguhnya cheq sedih. Membisu seketika. Tangan asyik scroll mencari, melihat, membaca, menonton komen-komen ilmuwan mengapa ujian sebesar ini terjadi di bumi para Anbiya...
 
Mood kelaut untuk mengarang or menulis. Ayat dua, tiga patah cheq tulis cheq KIV jadi deraf. Otak sangat-sangat buntu.......................
Hati cheq sayu
Jiwa cheq layu
Tangan cheq kelu
Langkah cheq kaku
 
Seriously aku tak sanggup nak share youtube bumi mesir berdarah............ kedengaran tangisan ayah... ibu... anak-anak menangis..................... mana tahannnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Otak cheq dah jem hampir seminggu.... PLEASE PRAY FOR THEM. BERSYURKUR LAH KITA BERPIJAK DI BUMI YANG ALLAH IZINKAN MASIH BAHAGIA
 
 
 
 
 
 
 
 
P E A C E