Wednesday 31 July 2013

D'KALA RAMADHAN KE 22

 
Salam....

 


Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana
 
Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua
 
Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi
 
Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya
 
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua
 
 
 
 
 
 
 
P E A C E
 
 
 

Tuesday 30 July 2013

D'KALA FIKIRAN JAUH MELAYANG

SALAM... SALAM... SALAM...
 
Seriously hari ni masuk ofis aku cari semula petikan yang pernah aku baca ni. Semalam aku drive balik dari tempat kerja otak masih berfikir satu 'kes kejadian', drive....punya drive... sampai dekat Laguna Merbok baru perasan, OH MY GOD! Ya Allah... lupa ambik Askar Kenitku. Otak kalau tak fokus hilang tumpuan woooo! Awatla.. awatla aku fikir sampai jauh sangat?
 
Tetiba satu perasaan lain pula wujud, macam ni ka TERLUPA!?! baru faham macam ni lah Kes Cikgu yang terlupa hantar anak ke rumah pengasuh tu!, Dia fikir apalah sampai TERLUPA dan TERTINGGAL anak dalam kereta.  Ya Allah, 'TER'. Kes cheq, cheq fikir kejadian meja dan sewaktu dengannya sampai terlupa nak ambik anak, Alhamdullilah tersedar akhirnya....
 
Cheq nak kongsi apa yang difikirkan semalam, pasal 'SIKAP'. 'No Comment' hanya mampu baca petikan di bawah sebagai satu pelajaran or panduan or pengetahuan. Walaupun sedar kita tiada hak untuk menilai seseorang, jauh beribu-ribu lemon untuk bersuara. Kalaulah DIA TAHU, JANGAN BUNUH HANG NADIM NANTI MUNCUL HANG JEBAT!                                                                                                                                     



SUMBER Petikan ~ USTAZ PAHROL MUHD JUOI
Kaedah pengurusan saya ‘simple’. Tegas dan jelas. Yang bekerja dengan baik berikan ganjaran dan yang buat masalah berikan hukuman. Hasilnya… awak tengok syarikat saya sekarang,” kata seorang pengurus sebuah syarikat pembekal makanan halal kepada saya sewaktu kami menghadiri kursus pengurusan dan kepimpinan.
 
Saya tersenyum, membuka laluan untuknya terus berkata-kata. Sejak dari awal perbualannya sehinggalah sekarang, dia sentiasa mendominasi perbualan. “Lihat berapa banyak anugerah kecemerlangan yang saya berikan untuk staf. Mereka tentu berpuas hati dan akan memberi pulangan yang tinggi untuk syarikat nanti. Mereka untung dan saya sebagai pemilik syarikat untung. Sama-sama untung.”
 
“Yang buat masalah, mereka terima akibatnya!”
Saya terus diam. Mencari ruang untuk mencelah yang sejak tadi belum diberikan. “Berapa ramai pekerja yang kekal sejak awal penubuhan syarikat?” tanya saya mengalih sedikit hala tuju perbualan. “Bilangan jari. Ramai pekerja baru. Saya tidak bimbang… saya punya kemampuan kewangan untuk mendapat tenaga-tenaga baru. Yang berhenti atau diberhentikan mudah sahaja mencari gantinya.” “Itu petanda yang tidak berapa elok, “ jolok saya tiba-tiba.
 
“Mengapa?”
 
“Jika pekerja kerap bertukar ganti… itu menunjukkan syarikat awak belum berjaya, “ kata saya berlapik. “Tapi syarikat sentiasa buat keuntungan berganda setiap tahun! ”Saya senyum. Betapa dia hanya fokus kepada keuntungan. Pada hal ukuran pencapaian sesebuah berdasarkan ‘Balance Score Card’ syarikat ada empat – tercapai objektif kewangan, kepuasan pelanggan, proses kerja dalaman yang baik dan faktor pembelajaran dan perkembangan pada warga kerja.
 
“Awak hanya fokus kepada telur emas tetapi tidak menjaga angsanya,” kilas saya tiba-tiba. “Maksud awak?” “Tentu awak pernah dengan cerita angsa bertelur emas. Seekor angsa bertelur emas sebiji sehari. Tuan punya tidak sabar menunggu. Disangkanya dalam perut angsa ada banyak telur lalu angsa itu dibunuh dan dibelah perutnya…” “Awak tahu apa hasilnya pada pemilik angsa? Telur emas tidak dapat dan angsanya mati. Rugi berganda. Begitulah akibatnya jika hanya fokus kepada produktiviti dan kualiti kerja tetapi menafikan perasaan, jiwa dan kebajikan pekerja,” tambah saya dengan cepat agar penjelasan saya tidak dipotong.
 
Dahinya berkerut. Nampaknya dia mula berfikir dan cuba memahami input yang saya cuba sampaikan. “Tetapi saya masih mempunyai beberapa orang pekerja yang setia. Mereka sangat patuh dan sentiasa memberi kerjasama”“Awak perlu bijak membezakan antara pekerja yang setia dan pengampu. Di keliling awak kadangkala hanya seorang pengampu bukan  yang bijak dan kritis, ”celah saya agak tegas. “Saya tidak suka orang yang kritis. Bagi saya mereka adalah duri dalam daging. Orang yang menikam kita dari belakang. Mereka seperti ini saya cantas dengan cepat.”
 
“Itu hak awak. Tetapi syarikat jangan dilihat sebagai organisasi membuat keuntungan sahaja tetapi perlu dijadikan sebagai institusi pendidikan. Kita perlu memberi ilmu, mendidik, mendengar, menghargai,  dan jika memimpin pekerja,” kata saya. “Antara kebijaksanaan dan kesetiaan, saya memilih kesetiaan,” jawabnya. “Tanpa perhubungan yang erat dan kasih sayang sejati awak akan hilang kedua-duanya…” “Saya kira saya telah mendapatnya sekarang,” ucapnya sambil tersenyum. Dia kelihatan begitu yakin. Saya menggelengkan kepala perlahan-lahan.
 
“Awak hanya akan dapat pengampu yang bekerja tanpa kreativiti dan inovasi. Mereka hanya hebat membuat kerja rutin.  Atau pekerja yang takut dan tertekan dalam diam yang  kreativitinya tersekat tetapi belum mendapat tempat lain untuk meninggalkan syarikat!” tusuk saya berani. Dia menggelengkan kepala. Tidak bersetuju. “Saya percaya kepada ketegasan. Kita perlu jelas bahawa syarikat bukan sekolah berteraskan pendidikan. Syarikat adalah sebuah organisasi bermatlamatkan keuntungan. Awak tidak faham!”
 
“Itu betul jika dilihat pada ukuran yang biasa. Tetapi awak juga yang menegaskan sejak awal tadi bahawa awak hendak mengurus dan mentadbir syarikat secara Islam. Islam melihat pekerja sebagai matlamat, keuntungan sebagai alat. Berbeza dengan ukuran biasa yang melihat pekerja sebagai alat untuk mendapat keuntungan.” “Pekerja sebagai matlamat? Maaf, saya tidak faham.” “Yang paling berharga dalam mana-mana institusi ialah manusianya. Itulah harta yang paling bernilai. Sama seperti sebuah famili… yang bernilai bukan rumah, kereta dan set perabotnya tetapi manusianya, yakni suami, isteri dan anak-anak. Begitulah dalam sebuah syarikat Islamik,  yang paling berharga ialah pekerja bukan yang lain.”
 
“Habis keuntungan tidak penting?” “Awak jaga angsanya, insyaAllah ia akan bertelur emas setiap hari,” jawab saya pendek. “Salahkah saya memberi hukuman?” “Tidak salah. Mana-mana organisasi mesti ada peraturannya. Tetapi hukuman adalah jalan akhir setelah proses perhubungan, penerangan, perbincangan, penjelasan dan komunikasi yang telus dan tulus dilaksanakan.” “Saya tidak masa untuk itu… saya sibuk mengurus hal yang lain.” “Awak seorang pemimpin atau seorang pengurus?” tanya saya.
 
“Saya pemimpin syarikat ini!” “Pemimpin perlu fokus kepada manusia. Hanya pengurus yang fokus kepada sistem. Pemimpin perlu mendekati, memberi ruang dan peluang untuk pekerja didengari, bermesra dan menyayangi pekerja. Paling penting, kasih sayang. Kita boleh menyayangi  tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi.”
 
“Jadi tak perlu hukuman?” “Peraturan ditambah undang-undang tetapi tanpa kasih sayang hanya akan mencetuskan pemberontakan!” jawab saya jelas. “Pemberontakan telah saya padamkan…” “Yang nampak boleh awak padamkan. Tetapi bagaimana yang terpendam?” “Yang terpendam biarkanlah. Itu hak mereka. Asal jangan buat tidak senonoh dalam syarikat…” Saya senyum. Seronok berbincang dengan orang yang berbeza ‘school of thought’ begitu. Kita akan dapat corak fikiran yang berbeza. “Yang terpendam sebenarnya lebih berbahaya. Mereka akan membatas daya  kreativiti dan produktiviti. Mereka akan bekerja di bawah batas kemampuan dan kebijaksanaan. Melaksanakan bekerja tanpa keghairahan dan semangat berpasukan yang tinggi. Nak mengampu mereka tak tega, nak memberi pandangan takut pula  jadi Hang Nadim.”
 
“Hang Nadim?”
 
“Hang Nadim adalah kanak-kanak bijak dalam cerita Singapura dilanggar todak. Dia boleh berfikir secara kreatif. Think outside the box, kata  orang sekarang. Daripada berkubukan betis baik berkubukan batang pisang. Itu pemikiran strategiknya. Akhirnya, Singapura selamat tetapi Hang Nadim tidak selamat.” “ Apa terjadi kepada Hang Nadim?” “Dibunuh raja. Kalau masih kanak-kanak sudah begitu bijak, apalagi kalau sudah dewasa nanti, fikir raja. Aku boleh dilawannya, lalu Hang Nadim dihukum bunuh!” kata saya. Mahu sahaja saya menyoal, berapa ramai ‘Hang Nadim’ yang telah awak ‘bunuh’ dalam syarikat awak? Setelah habis manis, sepahnya dibuang. Namun, tidak tergamak saya bertanya demikian. Tidak berakhlak. “Tetapi saya tidak begitu. Saya hanya menghukum yang salah, bukan yang bijak.” “Tidak salah menghukum tetapi pemimpin perlu mendidik dahulu sebelum menghukum. Tanya dan dengarlah penjelasannya. Jangan dengar daripada pengampu. Jika kesalahan dalam bentuk fizikal dan material, dapat hujah nyata atau bukti-bukti yang tertulis. Jika kesalahan dalam bentuk kata-kata dan sikap datangkan saksi yang adil. Jangan bunuh Hang Nadim, nanti muncul Hang Jebat ”
 
“Wah macam mahkamah pula. Tadi macam sekolah.” “Seorang pemimpin lebih rela disalahkan kerana tidak menghukum daripada tersalah menjatuhkan hukuman. Takutilah doa orang yang zalim. Orang yang bersalah sekalipun mesti diberi hak diadili dengan saksama sebelum dijatuhkan hukuman!” “Saya bukan seorang pemimpin negara… saya hanya pemimpin syarikat perniagaan.” “Sekalipun pemimpin di skala yang paling kecil, semua pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya.
 
Hendak dengar cerita burung dan ulat?”
 
Dia memalingkan wajahnya. Tetapi saya terus berkata, “semasa burung hidup dia memakan ulat tetapi apabila burung mati, dia pula yang dimakan ulat. Kita tidak selamanya di atas… walaupun sekarang kita terus menaik ke atas. Mungkin itu hanya untuk meninggikan tempat kita jatuh. Lebih tinggi, lebih sakit nanti. Berhati-hatilah…” Dia berlalu pergi. Tiba-tiba, tok, tok, tok, kedengaran ketukan di pintu. Saya terjaga. Isteri menyapa, “tertidur kerana baca cerita Hang Nadim?” Saya terjaga sambil merenung buku cerita lama di tangan. Subhanallah, saya berfikir atau tertidur. Atau berfikir dalam tidur tentang… Hang Nadim!
 
 
 
 

Monday 29 July 2013

D'KALA JUMPA SEORANG 'Pakcik'

Salam.. salam.. salam..
 
Bagaimana harus aku luahkan rasa ini, intro ayat telenovela plak! Yoo..yoo.. ini betul-betul kejadian bukan cobaan.., sebenarnya nak cerita bab minta derma ja. Kejadian minta derma kali ni lain skit sebab dok melekat dalam ingatan cheq sampai hari nie... 
 
Ahad baru ni cheq bersama anak-anak pojaan hatiku ke klinik nak ambik MC Kakak Echa (demam lagi), dan antibiotik untuk Adik, adik selsema takmau baik. Tengah menunggu untuk dipanggil masuk jumpa doktor tetiba seorang pakcik masuk dalam klinik..., dia ke hulur ke hilir depan kuarter pertanyaan. Sangkaan cheq mungkin dekat kuanter tak dak staff.. muka dia risau semacam, sat dia kat kuanter ubat, sat dia depan bilik doktor pastu dia ketuk pintu bilik doktor. Otak cheq pikir dia memang emergency nie. Cheq pun tegur la dia, "Pakcik pe kat kuanter, pakcik daftar dulu. Pakcik tekan loceng, staff ada kat dalam tu..." Ayat cheq tak dan habis lagi, dia terus jalan mai dekat cheq, dia kata "Minta maaf Nak, Pakcik sebenarnya bukan nak jumpa doktor tapi nak minta derma...." dia hulur I/C, pengesahan JKK apa tah? (pengesahan dia tidak sihat) dan surat doktor kot!. (Biasa la nak minta derma semua dokumen kena bawakan!?!) Dia bagitau cheq dia ada penat + asma, sapa-sapa pun tak mau ambik dia kerja lepas dapat tau dia ada penat + asma. Kerja sikit dah rasa semput....pastu asyik cuti sakit. "Nak, kalau pakcik tak cari duit nak makan apa Nak?" Part nie dia sayuuuu......
 
Adoi laaaaaaaaaaa pakcik...... sayu la..... dia kata lagi "Pakcik memang malu nak minta derma ni tapi kena buang juga rasa malu sebab...... *@^#!@#??.." Cheq dah tak dengar apa dia kata..... slow, pakcik tu pe dekat kuanter semula sebab staff klinik keluar time tu. Cheq ni teraba-raba la cari duit, beg doremon.... besa la time tu laaaaa cari duit tak jumpa. Pakcik tadi serah semua dokumen-dokumen pengesahan dia untuk minta derma kat staff tadi. Cheq pun minta Echa bagi duit kat pakcik tu. Tiba-tiba dia jalan mai dekat cheq...... trima kasih Nak! aku cakap "Pakcik itu ja saya mampu...." dia kata "dah cukup, ni rezeki", tak putus-putus ucap trima kasih dekat cheq... padahal siput je cheq derma kat dia. Jika dibandingkan rasa simpati yang semakin menebal pada pakcik time tu rasanya tak berbaloi derma banyak tu. (Sebab tengok dia cium duit tu sambil ayaq mata dok mengaliq, dia kata "cukup Nak, trima kasih.. cukup Nak..." ~ dah rasa macam drama tengok kat TV) 
 
Pakcik tu duduk sambil tunggu derma dari doktor. Aku nampak dia angkat tangan berdoa..... doa dia tak putus-putus sambil sapu air mata.... Aku memang tak baca dokumen tadi..... dia sakit apa? tinggal kat mana? orang mana? Asal ingat peminta derma yang biasa-biasa saja tetiba jadi luar biasa pulak dah!. OH! sayu tengok pakcik....
 
Staff klinik tadi keluar bawa duit derma... pakcik tu skali lagi tak putus-putus ucap trima kasih... kirim salam pada tuan doktor...., (mmmm ; aku senyum) dan cakap terima kasih pada tuan doktor, skali lagi dia mai kat aku..... trima kasih ya Nak!! trima kasih Nak!! tadi cheq senyum kali ni aku plak nak nangis.... dalam hati, dalam otak, dalam dada macam-macam rasa time tu........................... Allah... pakcik derma saya sangat sedikit.... jika nak di beli dengan ucapan trima kasih pakcik yang tak putus-putus tu. Cheq dah terkelu seribu bahasa. Dia keluaq, dekat pintu klinik dia angkat tangan skali lagi berdoa............. dia sapu doa tu dekat pintu klinik, dia cium............ Ya Allahhhhhhhhhhhhhh............. tip..tip..tip cheq sodeh.... ;(
 
Nilah kejadian peminta derma paling menyayat hati cheq jika nak dibanding dengan kejadian-kejadian sebelum ni. Walaupun bukan tak pernah jumpa orang minta derma yang OKU.. yang tragis dari pakcik tadi..... tapi why i'm so touching dengan pakcik tuuuu.... sampai Echa tanya awat mummy cryyyyyyyyy?!?!? Tisu tak dak, lap la dengan lengan bajuuuu... kaverrrrrrrr-kaverrr...
 
 
 
 
"Alangkah indah jika kita saling mendoakan? Tidak perlukan sebarang bayaran. Tidak perlukan sebarang pinjaman. Tidak perlukan sebarang cagaran. Hanya perlukan secebis keikhlasan yang akhirnya jika cebisan-cebisan tersebut digabungkan akan terhasil sebuah kebahagiaan & ketenangan yang tidak dapat dijual beli.
 
Perlu untuk selalu kita ingat bahawa apa yang kita miliki pada saat ini, bukan usaha mutlak diri kita sendiri. Dalam kejayaan, kebahagiaan, ketenangan kita, ada doa mereka. Di luar sana, ada seseorang yang tidak pernah jemu untuk terus mendoakan buat kita. Tidak pernah lupa & tidak pernah berkira walau setiap ketika melepasi tembok kasih & sayang.

Moga Allah mengabulkan & mengurniakan hanya yang terbaik buat mereka yang mendoakan untukku seperti mana apa yang mereka pinta di dalam doa kepada-Nya. Amiin .."


Dari Abu Darda' r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab, pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas dimana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan; 'Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu.'"
[Riwayat Imam Muslim
 

 
Rupanya kebahagian, ketenangan, kejayaan yang  dikecapi ADA DOA seseorang yang mendoakan kita... Terima kasih seseorang.....
 
 

"Pakcik....moga Allah mengabulkan dan mengurniakan hanya yang terbaik buat pakcik yang mendoakan untukku seperti mana apa yang pakcik pinta di dalam doa kepadaNya. Amin..."  Wallahu'alam.
 
 
 
 
P E A C E

 


 

 
 


Sunday 28 July 2013

D'KALA 20 RAMADHAN

Salam, salam, salam
 
Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa

 

Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta

 

Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur

 

Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah

 

Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam

 

Dengan kurnia..
banyakkan syukur

Dengan bala..
janganlah kufur

 

Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa 

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali
 
oleh : Pahrol Mohd Juoi ~ petikan : Allah Seeker
 
 
 
~ INFO AMAL ~
CHEQ DAPAT MSG DARI USTAZAH WAN BERBUNYI : SALAM, PROGRAM WAKAF QURAN DI MASJIDIL HARAM, MEKAH UNTUK ORANG HIDUP ATAU MENINGGAL. SEBUAH QURAN RM50. SILA HUBUNGI USTAZ SAIFUL @ USTAZAH WAN UNTUK AKAD WAKIL.( GANJARAN 100,000 KALI GANDA PAHALA MENANTI,
IN SHA ALLAH ) 
 
Utuk sesiapa yang berminat bagi program wakaf Al-Quran sila lah contact Ustazah WAN : @0129636406, dan selamat beramal
 
 
 


"Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sedikit, tetapi yang harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah"
 
 
 
 
P E A C E
 



Tuesday 23 July 2013

D'KALA BALIK BM

Siri 2 - Ramadhan ke 11, Balik BM

salam.. salam.. salam ..
 
 
Siap bersiri lagi Ramadhan ke 11 cheq. Siri 1 ~ cheq crita pasai bab bersoping untuk anak-anak. Siri 2 nak crita jugak balik buka posa kat Bukit Mertajam. Dah masuk posa ke hari 11 baru sempat balik pe sana. Cheq lani kalau  nak outing kena tunggu shift Cik D senang,  weekend baru ni Cik D kerja malam kita buat 2 outing skaligus tapi entry asing-asing bagi ramaiiiiiiiii dok dalam belog nieeeeeeeeeeee... HeH!
 
Berbuka puasa di rumah Opah & Wan (inlaw cheq), kebetulan semua ada meriahhhhhhhhhhh lah. Entry buka posa  leh  la letak gambar makan penuh meja kan?. Nak tunggu cheq letak menu sendiri and share resipi turun menurun dari cheq kena tunggu dapor berkempoi berasap dulu, bab masak cheq takat-takat rupa ada, tapi rasa kelaut. Tunggu lah nanti na nanti cheq share.... rahsia resipi turun menurun Mak Bee cheq ;)
 
 
di rumah Opah & Wan
 
menu dari Opah
 
 
ketayap dari opah
menu baru kuih pisang dari asst opah
 
 
menu dari Uda Ena - tudia
sehingga menjilat jari


menu dari Cheq - mutabak sodap
 
 
menu dari Cik Da - Ayam Percik



air tembikai & soya
 

Uda dah bizi!
 


yes.... dapat berkumpul berbuka bersama
 
Islam sangat menganjurkan silaturahmi. Bahkan, silaturahmi merupakan inti dari ajaran Islam, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Amr bin ‘Abasah as-Sulami berkata,“Aku berkata,“Dengan apa Allah mengutusmu? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Allah mengutusku dengan silaturrahim,  menghancurkan berhala dan agar Allah ditauhidkan, Dia tidak disekutukan dengan sesuatupun.” (HR. Muslim no. 1927)
 
Silaturahim berasal dari Bahasa Arab, yaitu dari kata shilah dan ar-rahim. Kata shilah adalah bentuk mashdar dari kata washola-yashilu yang berarti ‘sampai, menyambung’. ar-Raghib al-Asfahani berkata, “yaitu menyatunya beberapa hal, sebagian dengan yang lain.” (al-Mufradat fi Gharibil Qur-an, hal. 525). Adapun kata ar-rahim, Ibnu Manzhur rahimahullah berkata, “adalah hubungan kekerabatan, yang asalnya adalah tempat tumbuhnya janin di dalam perut.” (Lisanul ‘Arab) Jadi, silaturrahim artinya adalah ‘menyambung tali persaudaraan kepada kerabat yang memiliki hubungan nasab’.
 
 
 
I N F O ~ R O G E R
 
Cheq nak share info skit, seriously mutabak sedap tu memang sedap... Cheq yang tau  sebab Cik D hari-hari dok updet kat FB dia berbuka posa dengan mutabak... balik dok crita sodap..sodap.. Hari tu balik soping trus gi beli mutabak untuk berbuka. sanggup tunggu mamu buka kedai kol 4 petang tuuu. Wala sedap, puas hati makan, dengan tebalnya, inti yang padat dan terasa dagingnya. So kalau lalu kot Perai nak jalan-jalan cari makan pe Jalan Selat, cari Nasi Kandar Jamal Mohamed, order la mutabak sedap tuuu... Bubaiiiii. 
 
 
 
 
S O D A PPPPPP!!!
 
 
 
 
P E A C E
 
 
 
 
 
 
 

D'KALA PERSIAPAN BERMULA

Ramadhan ke 11 - Persiapan menyambut Syawal

Weekend baru ni cheq n family buat acara mencari keperluan baju raya untuk anak-anak. Mak & Pak anak pakai jer apa yang ada, terjumpa apa yang berkenan leh la topup skit-skit. Huitt.. mak nak juga woooo. Sebelum puasa cheq dah ronda, survey sana sini tapi no big-big sales so no deal. Cheq cari yang sales saja agar buget mengikut jadual keperluan semasa. Cash flow must to follow weiiii...tidak cheq posa lagi sebulan....;)
 
Awal-awal pagi dah siap, al-maklume nak buka pintu soping mall. Pe Penang harus awal coz nak balik awal. Kudrat cheq tak jenuh meronda di bulan posa dari pagi sampai petang. Tambah la cheq bawa askar kenit, bawa dia commando wajib ada, Cik D. Tidak lembut lutut cheq ligan dia dalam soping mall. Slamat dah soping baju raya untuk anak-anak alhamdullilah..... Tahun ni anak dara cheq kalut nak baju kurung raya, baju tak kurung raya... kasut raya... hai macam-macam dia nak... tringat kita dulu pun sama camtu la kalut dengan mak kan!
 
 
Dulu mak cheq anak empat, tapi cheq anak dua cari hat sales sajaaaaaa..... yang tak sales buat-buat tak kenan time raya-raya ni
 
 
soping... moping... times
 
 
my kenit kena gari dalam stroller,
lega dia mau duduk dalam tu
 

bakal dikenakan tax!
 

pegang tak lepas omes dia....

 
check point cheq, 50%, 60%, 70%, suka ka ka..
 

Cik D ushar port dia, cari topi raya,
elo.. lo.. raya times songkok naa!!!
 

 anak dara ni dia pilih kala pink saja,
kala lain dia rabun warna agaknya?



Dalam sibuk-sibuk soping raya kak echa minta beg sekolah pulak dah. Alahaiii... beg sekolah pun nak raya ka kakak?!? Cik D kena kotakan janji la, lagipun beg sekolah Echa dah koyak, macam cerek bocoq lubang sana sini. Baru setengah tahun sekolah dah 2 kali tukaq beg. Cik D kata ni baru betoi-betoi beg sekolah.... so Cik D beli laaaaaah.... mummy pejam mata lah! Mummy approved hat raya-raya sajaaaa naaa, hat tak raya sila lahhh silaaaa...

cheq agree lah dengan Cik D
yang tu betoi-betoi beg sekolah,
 
 
 kakak echa kena babai dengan beg barbies dah,
pasni koyak jugak mummy cari beg kotak!
 
 
Opsss.. ni entry raya bukan entry back to school, so back to tajuk persiapan menyambut raya... so, kita hayati pesanan ini
 
apabila saja hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka kebanyakan di antara kita akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya seperti menyediakan keperluan rumah, menyediakan pakaian, menyediakan makanan dan minuman dan bermacam-macam lagi persediaan, semuanya itu demi meraikan Aidilfitri yang mulia. Tetapi apa yang perlu kita ingat walau macam manapun kesibukan kita, janganlah kita lupa dan lalai kewajipan terhadap Allah Subhanahu waTa'ala khususnya di akhir-akhir bulan Ramadan ini iaitu membayar zakat fitrah kerana ia merupakan satu kewajipan dan pelengkap ibadat puasa serta penampal atau penutup kecacatan-kecacatan yang berlaku ke atas ibadat puasa yang kita lakukan.

Sebenarnya agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak mahu umatnya hidup susah kerana itu kita dinasihatkan supaya hidup sentiasa bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan membazir, contohnya dalam menyambut Hari Raya Al-Mubarak ini, sambutlah secara sederhana dan berhemah, jangan terlalu ikut hati sehingga berbelanja lebih dari kemampuan dan menyusahkan diri, jangan jadikan sambutan Hari Raya Aidifitri untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran dan menjadikan kita bersifat riyak. Biarlah kita menjadi umat yang sederhana yang tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam semua hal. Firman Allah Subhanahu waTa'ala dalam Surah Al Israa' ayat 26 - 27: "….Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"
 
Slamat membuat persiapan raya.... belanjalah dengan berhemat agar pas raya nanti kita tak kira jari 40 kali dok tunggu bila nak gaji pulak nieeee...  ngeeee ;)


 
 
 
P E A C E
 
 
 
 

Wednesday 17 July 2013

D'KALA 9 RAMADAHAN


Salam 9 Ramadhan 
~ BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR BY USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI~

 
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
 
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
 
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
 
 
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
 
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
 
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
 
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
 
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
 
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
 
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!
 
 
 
 
P E A C E